Mahkamah Rayuan Putuskan "Pemecatan" Bekas Pengarah Penguatkuasa MPAJ Adalah Tidak Sah !
PUTRAJAYA 19 Ogos - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad (foto) mendapat khabar gembira menjelang Aidil Fitri apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pemecatannya daripada jawatan itu, lapan tahun lalu tidak sah dan terbatal. Beliau yang kini menyara hidup sebagai pemandu teksi turut memperoleh ganti rugi khas iaitu tunggakan gaji dan emolumen selama tujuh bulan (RM3,015 sebulan) ekoran pemecatannya pada 11 Jun 2003. Abdul Kudus, 49, mula berkhidmat dengan agensi itu pada 15 Januari 2001 dan kontraknya selama tiga tahun sepatutnya tamat pada 14 Januari 2003. Bagaimanapun, dia dipecat tujuh bulan lebih awal. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie ketika membenarkan rayuan bekas pegawai tentera itu turut perintahkan MPAJ menjelaskan kos sebanyak RM25,000 dan faedah kepada Abdul Kudus. Hakim Sulong yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim ketika menyampaikan keputusan ringkas itu menyatakan, pemecatannya tersebut tidak sah kerana MPAJ telah menggunakan klausa yang salah ketika memecat beliau.
No comments:
Post a Comment