Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, March 13, 2012

NAJIB TERPAKSA PILIH SATU ANTARA DUA ?

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.

No comments: