Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, May 10, 2012

AHLI UMNO RAMAI TERTIPU ATAU BIARKAN TERTIPU OLEH PEMIMPIN SENDIRI

UMNO TIPU RAKYAT DAKWA SUDAH BERUMUR 66 TAHUN? Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946. Umno asal telah meninggal dunia pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah kerana pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya Dr Mahathir terpaksa mendaftarkan semula sebuah parti baru yang menggunakan nama United National Malay Organization Baru. Jadi jika Umno mendakwa bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 66 maka terbukti parti itu menipu rakyat dan cuba memutarbelitkan fakta sebenar. Umno sepatutnya meletakkan perkataan baru dihadapan nama Umno kerana nama sebenar Umno sekarang ialah Umno Baru. Blog ini menggesa Pendaftar Pertubuhan supaya memastikan Umno meletakkan perkataan BARU dihujung nama United Malay National Organization (Umno). Jika Umno berdegil pihak Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan ke atas yang memakai nama Inggeris tersebut.

No comments: