Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, May 23, 2012

KEMUDAHAN UNTUK RAKYAT SELANGOR ! (VIDEO)

TAKKAN NAK TUBUH SURUHANJAYA PERCUKAIAN PLAK ?

Ramai pembayar cukai merungut pasal pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) meminta mereka menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 hingga 6 tahun yang lalu dan ada pula yang dibuat pada tahun yang sama. Mereka merasa tidak puas hati cara pihak pengurusan LHDN membuat kerja taksiran semula cukai mereka yang sudah lama mereka selesaikan. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan pada peringkat awal dahulu lagi, sebelum ada yang sudah terlupa atau tidak ingat lagi dokumen-dokumen yang sudah lama disimpan. Kami ada menerima aduan dari orang ramai tentang masalah tersebut dan diantara perkara yang mereka luahkan adalah seperti berikut:- - LHDN tidak telus mengenai pentaksiran cukai pendapatan - LHDN membuat taksiran berulang ulang kali mengenai tahun yang sama - Borang EA diserahkan dan ditunjukkan kepada Pegawai mereka semasa mengisi Borang Penilaian tetapi LHDN masih meminta untuk memberikan benda yang sama berulang ulang kali - LHDN adalah Jabatan yang tak effektif dari segi pentaksiran sebab selepas pentaksiran dibuat, banyak kali benda yang sama bagi tahun yang sama ditanya berulang kali - Semasa pentaksiran dibuat bersama pegawai LHDN, mereka telah faham apa yang ditaksirkan dan sekiranya mereka faham, KENAPA masih ada lagi pentaksiran yang kedua, ketiga, keempat kelima dan seterusnya dibuat ? - Rakyat terutama yang makan gaji bulanan adalah AMAT “fade up” dengan sikap dan sistem LHDN yang tidak telus seolah-olah Kerajaan ingin memerah rakyatnya untuk membayar CUKAI yang LEBIH sedangkan semasa pentaksiran, Pegawai mereka telah setuju dengan apa yang dibincangkan semasa penilaian/pentaksiran dibuat - Seolah-olah Kerajaan tidak cukup duit untuk menampung pembelajaan dan ada niat yang tidak betul dibuat terhadap rakyat - Seolah- olah LHDN tak percaya apa yang telah di persetujui dan KENAPA baru sekarang nak ulang lagi pentaksiran benda yang sama sedangkan dokumen-dokumen yang lampau entah hilang atau disimpan entah dimana dan susah untuk di cari semula Kesimpulannya LHDN telah melakukan kerja yang berulang-ulang sehingga menyusahkan pembayar cukai membuat pentaksiran semula untuk tahun yang sama. Pihak pembayar cukai mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen telah ditunjukkan kepada Pegawai LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya LHDN setuju mereka harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan turunkan tandatangan sebagai pengesahan yang pembayar cukai sudah selesai membuat taksiran cukai semasa. Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini, supaya tidak membebankan mereka kerana terpaksa mencari dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan. Bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat simpanan fail yang baik dan kemas. Ada diantara mereka yang sentiasa berpindah tempat sehingga mereka terlupa tempat simpanan fail yang lalu. Dengan adanya system E-Filling, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah ini berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah pun membayar cukai mereka. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak English version IRB Not Transparent in Tax Assessment Many taxpayers complain about the IRB (Inland Revenue Board) asking them to review the tax assessment that is more than 5 to 6 years ago and some are made in the same year. They were not happy the way the IRB management to review their tax assessment work that has long been solved. This matter should be resolved in the early years, before there have forgotten or do not remember the document which has long been kept. We have received complaints from the public about the problem, and among the things that they expressed were as follows: - IRB is not transparent about the income tax assessment - IRB makes an assessment repeated again on the same year - EA Form submitted and presented to those officers, when filling in the evaluation form, but the IRB was asked to provide the same thing over again - IRB Department is not effective in terms of assessment for the evaluation is done, many times the same thing for the same year asked repeatedly - During the evaluation is done with IRB officials, they have to understand what is assessed and if they understand WHY there are still make assessing the second, third, fourth fifth and so on? - People, especially, the monthly wage earner is VERY "fade up" with the attitude and the IRB system is not transparent as if the Government wishes to squeeze his people to pay MORE TAXES that whereas during assessment, their officers have agreed with what was discussed during the assessment / evaluation is done - As if the Government is not enough money to cover spending and there is improper intent against the people - As if the IRB cannot believe what has been agreed and Why only now want to repeat the same thing whereas the assessment documents of the past either lost or stored somewhere and difficult to find In conclusion, the IRB has been doing work over and over until the taxpayer's inconvenience to make a reassessment of the same year. The taxpayer is suggested that in the future, taxpayers must make a acknowledgment letter and documents were presented to the IRB Officer during the assessment and if the IRB agree they should keep a copy of the documents presented and initial as confirmation that the taxpayer has been completed current tax assessment. Not all taxpayers have a safe system file, which is good and neat. Some of them are always migrate until they forgot where the last filing. With the E-Filling system, the IRB should be able to overcome the problems occur, where the management of the IRB may use the system better, efficient and orderly manner without having to troublesome the taxpayers to reassessed unless the management careless and did not update taxpayer data that have been already paid their taxes.

Saturday, May 19, 2012

SUBHANALLAH ! KELAB DARI NEGERI MISKIN TUMBANGKAN KELAB KAYA

KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini. KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar. Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Wednesday, May 16, 2012

ALHAMDULILLAH SABAH TERUS UBAH DAN TAMBAH !

Oleh : MUSTAMAN MUSTAIN KINABATANGAN: 25 penduduk pulau Tanjung Batu, 20 minit perjalanan dengan bot dari perlabuhan Sandakan, memohon untuk menyertai PAS dengan diketuai sendiri oleh Ketua Kampung mereka, Selamat bin Abdillah. Borang permohonan untuk menyertai PAS itu diserahkan oleh Selamat kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah. Di samping itu, turut serta adalah rombongan anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang sedang dalam rangka kunjungan ke Sandakan. Selamat mula menjadi Ketua Kampung pada tahun 1989 lagi. Namun sejak Mac lalu, seorang ketua kampung baru dilantik di pulau itu tanpa melalui peraturan yang biasa dimana Salamat tidak dimaklumkan mengenainya. "Tahu-tahu sejak Mac, elaun saya tidak diberikan," kata Selamat kepada rombongan lajnah Penerangan PAS ini. Sebulan lalu, Hamzah bersama beberapa rakannya dalam PAS Sabah turun ke pulau Tanjung Batu yang mempunyai 200 keluarga ini. Ketika itu, jambatan yang menghubung antara rumah ke rumah sudah hampir reput dan berlubang di sana-sini. "Baru dua minggu lepas (dua minggu selepas kunjungan Hamzah), mereka membina jambatan baru ini," kata Selamat. "Baru saja saya datang berkunjung ke sini, tuan-puan sudah dapat jambatan baru. Bayangkan kalau tuan-puan undi PAS dalam pilihan raya umum nanti, saya yakin apa yang tuan-puan hendak akan diberikan semuanya," kata Hamzah ketika memberikan ucapan ringkas di majlis hari ini. Tuan Ibrahim, ketika berucap pula mengajak penduduk di situ membuat perkara yang sama. "Macam kedai di kampunglah tuan-puan. Kalau ada satu kedai, semua harga ditentukan oleh kedai itu. Tetapi kalau ada dua kedai yang berniaga, kedua-duanya akan saling menurunkan harga dan kita pengguna yang akan untung. "Begitu juga dalam politik ini. Selama ini Umno sahaja yang ada. Sekarang PAS datang menawarkan khidmat untuk tuan-puan semua, jadi kita bertandinglah secara yang adil. Saya yakin tuan-puanlah yang bakal untung nanti," kata beliau. Beliau juga yakin, jika Pakatan dipilih penduduk di sini dalam pilihan raya umum akan datang, kemudahan untuk rakyat akan jauh lebih besar lagi. "Sekurang-kurangnya Umno akan berusaha memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk tuan-puan," katanya. Beliau juga yakin, selepas rombongan beliau balik, Umno akan datang segera ke pulau ini dan memberikan segala kemudahan untuk penduduk tempatan. "Jadi tuan-puan ambillah apa yang mereka bagi kerana itu hak kita sebenarnya sebagai rakyat...bak kata Menteri Besar Kelantan, bagi duit ambil, bagi kain pakai bagi gula buat air tetapi bila mengundi pilih bulan," kata Hamzah menambahkata Tuan Ibrahim. Semalam, kira-kira 50 penduduk pulau Shanghai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi menyertai PAS. Borang permohonan juga diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Monday, May 14, 2012

BILA MAMAK PEJUANGKAN MELAYU TANPA ILMU !

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan sahutan perkauman “Ketuanan Melayu” dengan ugutan dan taktik ketakutan bahawa Malaysia akan kembali kepada tahun 1511 jika BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13. 1511 adalah tahun kejatuhan kesultanan Melaka kepada kuasa Portugis dan permulaan penaklukan kuasa asing di Malaya. Tan Sri Nor menggunakan tahun 1511 untuk menyokong dakwaan palsunya bahawa pembangkang tidak mempunyai kebolehan untuk menerajui agenda bumiputera. Perbandingan ini adalah salah kerana Portugis merupakan kuasa asing manakala pilihan raya umum ke-13 akan ditentukan oleh rakyat Malaysia. Ironiknya, sepatutnya PR yang menuduh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kehadiran pengundi hantu yang diragui, termasuk warga asing yang didaftarkan sebagai pemilih, yang berupaya untuk memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang akan datang. Adalah jelas bahawa sekiranya BN mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum yang akan datang, hitam akan menjadi putih dan putih akan menjadi hitam seperti yang ditunjukkan oleh New Straits Times dan Utusan Malaysia yang terpaksa meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu. Dengan menggunakan agenda perkauman bumiputera dalam pilihan raya umum yang akan datang, Tan Sri Nor dan UMNO telah memberi isyarat yang kuat bahawa mereka tidak mempedulikan pengundi bukan Melayu. UMNO dan Tan Sri Nor menggunakan agenda bumiputera sebagai satu-satunya agenda untuk memenangi pilihan raya umum, dengan mengatakan bahawa Pulau Pinang adalah contoh di mana orang Melayu telah terpinggir. Cabar Tan Sri Nor Untuk Menyatakan Program-Program Apa Di Bawah Kerajaan Negeri BN Dahulu Untuk Orang Melayu Yang Telah Dibatalkan Oleh Kerajaan Negeri PR. Kerajaan negeri PR Pulau Pinang mencabar Tan Sri Nor untuk menyatakan jumlah orang Melayu yang telah terpinggir di bawah pentadbiran PR. Bolehkah Tan Sri Nor menyenaraikan program-program yang telah dilaksanakan oleh mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri PR? Sekiranya Tan Sri Nor gagal untuk membuat demikian maka beliau tidak berbeza dengan Perkasa kerana menggunakan taktik umpan-perkauman dan taktik ketakutan. Hakikatnya bukan sahaja bantuan kebajikan diteruskan, malah PR telah meningkatkannya kepada tahap yang tidak pernah dicapai oleh kerajaan negeri BN selama 50 tahun. Lebih daripada RM50 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan dan meningkatkan bantuan kewangan daripada RM100 setahun untuk warga emas, OKU, ibu tunggal serta pelajar-pelajar Tahun 1 & 4, Tingkatan 1 & 4. Tambahan juga, kerajaan negeri PR memberi pinjaman mikro-kredit kepada golongan miskin dan ibu tunggal, serta bayaran RM1,000 sekali sahaja untuk waris warga emas dan pelajar-pelajar daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 yang berjaya diterima IPTA serta RM200 untuk setiap bayi baru lahir. Yang paling mengkagumkan, Pulau Pinang telah berjaya membasmi miskin tegar dalam satu tahun, di mana BN telah gagal selama 50 tahun, dengan memastikan bahawa setiap isi rumah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Menjelang 2015, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk membasmi kemiskinan sama sekali. Walaupun apabila kontrak kerajaan negeri diberi melalui tender terbuka berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan pengurusan, 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu. Ini adalah pengurangan jika dibandingkan dengan 100% yang diberi kepada kroni UMNO, tetapi dari segi nilai, kontraktor-kontraktor Melayu yang tulen telah bermanfaat jika dibandingkan dengan kerajaan dahulu. Sebabnya adalah kerana kerajaan negeri PR telah meningkatkan perbelanjaan untuk program-program sosial dan infrastruktur sebanyak 55% daripada RM1,387 juta selama 4 tahun 2004-7 kepada RM2,142 juta di bawah pentadbiran PR selama 4 tahun dari 2008-2011. Sebagai contoh, peruntukan negeri Pulau Pinang untuk projek jalanraya, di mana hampir 100% telah dimenangi oleh kontraktor Melayu, telah ditingkatkan daripada RM10.25 juta pada tahun 2007 kepada RM42.6 juta pada tahun 2012. Dan pada tahun 2012, peruntukan paling besar dalam sejarah Pulau Pinang untuk hal-ehwal agama Islam iaitu RM64 juta telah diluluskan. Dengan bermain emosi dan sentimen dan mengabaikan fakta dan logik, Tan Sri Nor menunjukkan bahawa beliau tidak berbeza dengan Perkasa. Di Pulau Pinang, Perkasa dibenarkan untuk memukul dan mencederakan wartawan, bukan sekali tetapi dua kali di Jambatan Pulau Pinang pada bulan Julai tahun lepas dan pada 26 Februari semasa perhimpunan anti-Lynas di Padang Kota Lama. Tiada tindakan telah diambil ke atas ahli-ahli Perkasa dan UMNO yang ganas. Pada 10 Mei 2012, Perkasa telah dibenarkan oleh polis untuk melakukan upacara pengebumian Hindu di depan pintu rumah saya di Pulau Pinang. Jika Tan Sri Nor berjaya untuk menggunakan ketakutan tahun 1511 dengan pendekatan perkauman agenda bumiputera dan ketuanan Melayu, maka ia akan menandakan penguburan demokrasi, harmoni kepelbagaian kaum dan budaya serta 1Malaysia! Harakah Daily

Thursday, May 10, 2012

JOM HADIR PROGRAM GEMPAR BUKIT SENTOSA & SG TENGI YANG BUAT BN PANAS!

http://pkr-dunbatangkali.blogspot.com/2012/05/pascal-bersih-30-di-bukit-beruntung-11.html

AHLI UMNO RAMAI TERTIPU ATAU BIARKAN TERTIPU OLEH PEMIMPIN SENDIRI

UMNO TIPU RAKYAT DAKWA SUDAH BERUMUR 66 TAHUN? Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946. Umno asal telah meninggal dunia pada tahun 1987 diharamkan oleh Mahkamah kerana pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya Dr Mahathir terpaksa mendaftarkan semula sebuah parti baru yang menggunakan nama United National Malay Organization Baru. Jadi jika Umno mendakwa bahawa tahun ini adalah ulangtahun ke 66 maka terbukti parti itu menipu rakyat dan cuba memutarbelitkan fakta sebenar. Umno sepatutnya meletakkan perkataan baru dihadapan nama Umno kerana nama sebenar Umno sekarang ialah Umno Baru. Blog ini menggesa Pendaftar Pertubuhan supaya memastikan Umno meletakkan perkataan BARU dihujung nama United Malay National Organization (Umno). Jika Umno berdegil pihak Pendaftar Pertubuhan boleh mengambil tindakan ke atas yang memakai nama Inggeris tersebut.

Friday, May 4, 2012

SAPA BUAT ONAR, MAT SABU AKHIRNYA BENAR

Akhirnya Penipuan Terbongkar, Memang Berlaku Perlanggaran Antara Mat Sabu Dengan Kereta Polis. Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis. Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu. "Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik. Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi. Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen. Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera. Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras. Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis. Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan. "Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu. Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak