Sahabat Intim Blog Ini
Friday, June 28, 2013
KENAPA TUN M MASIH PENGERUSI PETRONAS ?
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar) berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.
“Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
“Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja,” katanya.
Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states).
Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco.
Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir.
“Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir.
“Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar,” tegasnya.
HDO
Wednesday, June 26, 2013
MENTERI BN SAHKAN DAKWAT PRU13 ADALAH PEWARNA MAKANAN !
Menteri BN jelaskan Dakwat kekal semasa PRU13 adalan pewarna makanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.
Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat
Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Tuesday, June 25, 2013
INNALILLAH... ! MASYALLAH PILIHAN RAYA LAGI !
ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu.
Hampir 2 bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama.
Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja.
Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu.
Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput.
Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!!
Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!! (nota: inilah berita dari blogger UMNO)
Monday, June 24, 2013
SEJARAH ! TAHNIAH USTAZ ABDULLAH
JOHOR BAHARU: Dewan Undangan Negeri Johor semalam mencatat sejarah apabila Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS pertama sebagai wakil rakyat di Dun itu.
Ustaz Abdullah, 52, mengangkat sumpah sebagai Adun semalam di dalam Dewan Undangan Negeri Johor Darul Ta'zim.
Ketika dihubungi, Ustaz Abdullah menegaskan bahawa selaku Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, beliau akan memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam khususnya yang berkaitan dengan rakyat negeri Johor Darul Ta'zim.
"Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, pengaktifan institusi-institusi agama di Johor terutamanya pengimarahan masjid.
"Kita juga InsyaAllah akan memperjuangkan isu berkenaan dikembalikan cuti hari Jumaat yang telah ditukar oleh kerajaan Umno Johor sedangkan Johor adalah negeri yang majoritinya umat Islam" tegas beliau yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dalam Pilihanraya yang lalu, Ustaz Abdullah, berjaya menewaskan calon BN, M Soorian dan calon bebas Ravindaran Doraisamy dengan majoriti 3,469 undi.Beliau memperolehi 20,357 undi, Soorian 16,888 sementara Ravindaran 973 undi.
Ustaz Abdullah merupakan lepasan Universiti Islam Lucknow, India dan Universiti Al-Azhar Mesir. Pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Arab Al-Masriyah (2012-2013).
Beliau diantara aktivis masyarakat yang dikenali ramai khususnya bagi umat Islam dikawasan beliau. Selain bergerak aktif dalam NGO kemasyarakatan tempatan, beliau juga aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama dikawasan beliau sejak dahulu lagi.
Menurut beliau, dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh pengundi, beliau InsyaAllah akan memberikan perkhidmatan dan pembelaan tanpa mengira latarbelakang agama,warna kulit dan parti.Hrkh
Thursday, June 20, 2013
LIMA PANGLIMA BN KENA SEMAK !
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran semalam memfailkan permohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap lima ahli BN yang memegang jawatan dalam Kabinet.
Menurutnya, semakan itu dibuat berikutan kes Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sah mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sementara tiga timbalan menteri yang dilantik dalam Kabinet, Waythamoorthy Ponnusamy, Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berhak menyandang jawatan tersebut mengikut undang-undang yang sama.
Tambahnya, pelantikan jawatan di Kabinet perlu dipilih daripada ahli Dewan Negara atau ahli Parlimen yang menang pilihan raya lalu atau mengangkat sumpah sebagai Senator.
"... jelas menunjukkan undang-undang tersebut seseorang yang dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri perlulah menjadi ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat atau seorang senator.
"Mengikut pelantikan kelima-lima orang ini, nampaknya kehendak Perlembagaan tidak diikuti dan saya hairan walaupun PRU sudah kali ke-13, berapa ratus menteri telah dipilih dan dilantik, kesilapan demikian boleh dilakukan lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kulasegaran yang juga naib presiden DAP berkata, melalui permohonan itu kesemua mereka yang terlibat perlu mengembalikan semula anugerah, keistimewaan dan kelebihan kewangan yang diperolehi semasa dilantik menjadi ahli Kabinet.
"Mereka perlu kembalikan segala kelebihan yang diperolehi selepas dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri selepas menerima notis tujuh hari selepas tarikh perintah diperolehi," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak ekemnterian dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memohon maaf kepada rakyat kerana kesilapan yang dilakukan mengenai perkara tersebut selepas mengetahuinya.
"Saya berharap selepas menteri yang terlibat atau Najib mendengar perkara ini, mereka akan meminta maaf kepada rakyat.
"Ini adalah kes pertama pada pengetahuan kami, ia tak pernah berlaku sebelum ini, ini memalukan," katanya.
Friday, June 14, 2013
SUSAHNYA NAK PILIH ANTARA UMNO DAN MIC JER!
5 Syaaban 1434 H
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan.
Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini.
Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri.
“Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum,” katanya kepada Harakahdaily.
Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum.
“PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain,” tegasnya.
harakahdaily/-
Thursday, June 13, 2013
KULI ! INIKALILAH
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI
Wednesday, June 12, 2013
DENGAN SATU KES NI SAJA 3 ORANG INI WAJAR LETAK JAWATAN !
Komen: 3 orang(1. Pengerusi SPR, 2. Timbalan Pengerusi SPR dan 3. Setiausaha SPR) yang beria-ia memberi penerangan dalam media BN mengatakan dakwat kekal boleh tahan hingga 7 hari.
Dakwat Tak Kekal Bukti Pengerusi SPR perlu Lepas Jawatan
SHAH ALAM, : Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
“Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. “Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik.
“Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. “(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.
Tuesday, June 11, 2013
PETI UNDI JUMPA DAN HILANG PADA 10 JUN
Selasa 11 Jun 2013
Gempar !! Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel ??
Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai??
Pada pagi Isnin 10 Jun 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa satu beg peti undi SPR di belakang Hotel Perdana Lawas Sarawak.
Selepas beberapa minit beg peti undi hilang dari tempat tersebut.
Encik Cornalius telah menghubungi office PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini. Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut.
Pandai SUngguh Peti Undi Membawa Diri....Peti Undi Berjalan Atau Berlari Tak Dapat Di Pastikan Lagi..Kita Tunggu Laporan Polis..Ye
FB Kedahkini.
Wednesday, June 5, 2013
BEKAS MB UMNO BERI AMARAN KAT RAJA!
TAJUL ROSALI SUDAH BERI AMARAN PADA RAJA
APA KATA TAJUL ROSLI
Rakyat wajib bangkit pertahan raja - Harussani
KUALA LUMPUR 5 Jun - Seluruh rakyat khususnya orang Melayu digesa bangkit mempertahankan institusi raja yang kini berdepan ancaman daripada kelompok tertentu terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, institusi raja yang menjadi payung kepada agama Islam di negara ini wajib dipertahankan apabila terdapat pihak tertentu mengancam kelangsungan institusi tersebut.
Tambahnya, Islam sendiri mengarahkan setiap umatnya mentaati raja dan adalah berdosa jika rakyat bertindak menderhaka termasuk menghasut orang ramai bangkit mengancam institusi raja.
"Apabila raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam situasi di Malaysia dan saya lihat selepas pilihan raya umum lalu macam-macam ancaman sedang dilakukan ke atas institusi raja.
"Derhaka kepada raja itu adalah satu dosa kerana Islam sendiri mengarahkan umatnya mentaati raja selaku pemimpin," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Raja pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini. -
Tuesday, June 4, 2013
KAMI PUN SOKONG !
Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan - Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara.
“Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal.
Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya.
“Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya.
Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain.
“Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau.
Photo: Wednesday, June 5, 2013. Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan !! Harakahdaily. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara. “Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat. Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal. Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya. “Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya. Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia. “Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain. “Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau. Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan. Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13. “Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya. Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini. Indah.com.
Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan.
Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13.
“Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya.
Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini.
Indah.com.
Dicatat oleh atsixty
Subscribe to:
Posts (Atom)