Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, June 12, 2013

DENGAN SATU KES NI SAJA 3 ORANG INI WAJAR LETAK JAWATAN !

Komen: 3 orang(1. Pengerusi SPR, 2. Timbalan Pengerusi SPR dan 3. Setiausaha SPR) yang beria-ia memberi penerangan dalam media BN mengatakan dakwat kekal boleh tahan hingga 7 hari. Dakwat Tak Kekal Bukti Pengerusi SPR perlu Lepas Jawatan SHAH ALAM, : Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. “Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. “Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik. “Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. “(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.

No comments: