Sahabat Intim Blog Ini

Monday, August 26, 2013

ASTAGFIRULLAH ! PEGUAM NEGARA KATA POLIS 'KETAGIH"

EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam. "Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya. Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya. Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa. Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun. Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti. Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis. "Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan. Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal. "Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya. "EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya. Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon. Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan. Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah. "Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya. Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar. Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah. "Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -TMI

Tuesday, August 20, 2013

BERITA HAIRAN KAKI PENGAP !

ISU PERGOLAKKAN DI MESIR ... SURAT YANG HANTAR OLEH AHLI DEWAN PERWAKILAN NASIONAL IKRAM MALAYSIA KEPADA BERITA HARIAN YANG TIDAK DITERBITKAN OLEH AKHBAR TERSEBUT!!!!! Saudara Pengarang, Saya merujuk kepada laporan bertajuk Kaherah Lengang yang tersiar dalam Berita Harian pada 16 Ogos 2013 lalu dan Perarakan bantah perintah darurat pada hari ini mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kaherah. Laporan-laporan dan gambar yang disiarkan amat tidak adil kepada apa yang berlaku di sana, dipetik dari AP/AFP yang membawa agenda tersendiri Barat yang tidak suka kepada perkembangan Islam dan berjayanya aktivis Islam di dalam arena politik. Laporan dengan menyedut bulat-bulat sepenuhnya sumber Barat ini sangat malang kerana saya yakin Berita Harian sebagai media berwibawa mempunyai tanggung-jawab besar untuk memastikan maklumat yang disalurkan kepada pembaca tepat, adil dan saksama. Saya ingin mencadangkan agar Berita Harian merujuk juga secara langsung kepada sumber-sumber lain yang lebih adil seperti Al-Jazeerah dan media-media rasmi Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP sendiri. Penelitian terhadap ribuan foto dan video yang dimuat-naik di Youtube dan laman media sosial juga memberi gambaran yang bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh AP/AFP. Yang berlaku bukan pertempuran tetapi pembunuhan. Yang terjadi bukan keganasan penunjuk perasaan tetapi kekejaman pihak keselamatan yang menggunakan senjata dan penembak tepat ke atas kumpulan yang berkumpul di sekitar masjid. Yang terbunuh kebanyakannya bukan orang bersenjata tetapi penunjuk perasaan yang duduk membantah secara aman. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir tidak boleh diterima di atas tiga sebab. Pertama, Islam mengharamkan pembunuhan kecuali di dalam beberapa kes tertentu. Pembunuhan beramai-ramai secara rambang yang dilakukan di medan Rabaah Khamis lepas tidak lepas dari pengharaman ini. Kedua, sistem dan institusi demokrasi perlu dipertahankan. Di dalam mana-mana negara demokrasi, pilihan raya adalah pemutus muktamad dalam pemilihan pemimpin. Apa yang berlaku ialah Dr. Mohamad Morsi yang dipilih oleh lebih separuh rakyat Mesir telah diturunkan dengan rampasan kuasa yang tidak demokratik, hanya dengan alasan demonstrasi jalanan yang melibatkan segelintir rakyat Mesir. Dakwaan mengatakan belasan juta rakyat berhimpun menuntutnya turun telah dibuktikan sebagai tidak benar. Demonstrasi jalanan tidak boleh menidakkan keputusan pilihan raya yang sah, sama seperti kita tidak mungkin menerima perubahan kerajaan di Malaysia melalui demonstrasi jalanan. Perhimpunan aman di Kaherah adalah kerana rakyat mahu menuntut keadilan dan pengembalian sistem demokrasi yang sah. Mereka duduk secara aman, bersolat, berzikir, mendengar ceramah dan berpuasa sepanjang Ramadan. Tujuan mereka ialah bantahan secara pasif, bukan agresif. Kenapa mereka diserang secara kejam sedemikian yang patut menjadi isu dan persoalan yang dibangkitkan. Ketiga, sebagai individu yang berperi kemanusiaan, kita tidak boleh menerima pembunuhan kejam beramai-ramai. Bayangkan ratusan wanita, orang tua, anak-anak yang turut terkorban, ada yang terbakar hidup-hidup apabila Masjid Rabaah dibakar oleh pihak keselamatan. Banyak video yang menunjukkan ada wanita dan lelaki yang ditembak oleh penembak tepat, walaupun mereka tidak berbuat apa-apa kecuali berdiri dan melaungkan slogan. Bahkan, beberapa pemberita dan jurugambar media dibunuh oleh penembak tepat kerana pihak keselamatan khuatir berita dan foto kekejaman mereka akan disebar ke seluruh dunia. Tidak ada individu yang mempunyai nilai kemanusian boleh menerima kezaliman ini walaupun di atas alasan apa jua pun. Semoga rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin dalam memperjuangkan nasib umat Islam sejagat serta umat manusia amnya. Jika kita tidak memiliki sifat keprihatinan dan kasih sayang kepada sesama manusia apatah lagi yang ditindas, kita mungkin dilupa atau disisih orang tatkala kita memerlukan pertolongan. Dr. Omar bin Yaakob 55, Jalan Bukit Kempas 2, Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru

Monday, August 12, 2013

SUNGGUH JELEK TAPI RAKYAT DAH TERBAU busuknya !

PETALING JAYA 12 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan mahkamah menolak petisyen pilihan raya yang difail Pakatan Rakyat (PR) dan memihak kepada kerajaan Umno BN, memberi gambaran yang jelek. Pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau kesal kerana ada petisyen ditolak semata-mata kerana ia tidak dihantar oleh pemohon sebaliknya dilakukan peguam. Menyatakan ia mengaibkan institusi kehakiman negara, Ketua Pembangkang itu berkata, berkata keputusan hakim juga tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima akal. “Pertama, menolak kes dengan asas paling tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia yang waras boleh berfikir akan perkara ini bagaimana ia boleh ditolak. “Berpuluh-puluh kes tidak pernah saya bawa sendiri, semuanya melalui peguam. Bagi saya, hakim begitu patut masuk kuliah semula,” katanya yang kesal kerana aspek kegagalan pengurusan pilihan raya, tidak diteliti. “Ini seolah-olah sengaja dielak perbicaraan kerana tidak mahu fakta itu diketengah melainkan beberapa kes yang membabitkan petisyen Umno BN seperti di Sabah dan Kelantan. Anwar berkata, Pakatan memfail petisyen ke mahkamah melalui saluran sah bagi dapat mengelak insiden seperti di Thailand dan Mesir tetapi sebaliknya berlaku. “Kita dipukul dengan alasan tidak munasabah dan didera dengan bayaran yang cukup tinggi,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa permohonan lain didengar pada 2 Disember akan datang seperti penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes penggunaan dakwat kekal. Katanya, majoriti pengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan tetapi kekurangan kerusi pada PRU 13 dan ia terbukti melalui kajian Merdeka Centre, sebuah badan penyelidik bebas yang membuktikan Umno BN menang kerana undi awal dan pos. - FZL