Sahabat Intim Blog Ini
Monday, August 12, 2013
SUNGGUH JELEK TAPI RAKYAT DAH TERBAU busuknya !
PETALING JAYA 12 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan mahkamah menolak petisyen pilihan raya yang difail Pakatan Rakyat (PR) dan memihak kepada kerajaan Umno BN, memberi gambaran yang jelek.
Pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau kesal kerana ada petisyen ditolak semata-mata kerana ia tidak dihantar oleh pemohon sebaliknya dilakukan peguam.
Menyatakan ia mengaibkan institusi kehakiman negara, Ketua Pembangkang itu berkata, berkata keputusan hakim juga tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima akal.
“Pertama, menolak kes dengan asas paling tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia yang waras boleh berfikir akan perkara ini bagaimana ia boleh ditolak.
“Berpuluh-puluh kes tidak pernah saya bawa sendiri, semuanya melalui peguam. Bagi saya, hakim begitu patut masuk kuliah semula,” katanya yang kesal kerana aspek kegagalan pengurusan pilihan raya, tidak diteliti.
“Ini seolah-olah sengaja dielak perbicaraan kerana tidak mahu fakta itu diketengah melainkan beberapa kes yang membabitkan petisyen Umno BN seperti di Sabah dan Kelantan.
Anwar berkata, Pakatan memfail petisyen ke mahkamah melalui saluran sah bagi dapat mengelak insiden seperti di Thailand dan Mesir tetapi sebaliknya berlaku.
“Kita dipukul dengan alasan tidak munasabah dan didera dengan bayaran yang cukup tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa permohonan lain didengar pada 2 Disember akan datang seperti penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes penggunaan dakwat kekal.
Katanya, majoriti pengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan tetapi kekurangan kerusi pada PRU 13 dan ia terbukti melalui kajian Merdeka Centre, sebuah badan penyelidik bebas yang membuktikan Umno BN menang kerana undi awal dan pos.
- FZL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment