Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, November 12, 2013

UMUM TAPI SAPA TERGUMAM ?

Apa beza dibandingkan yang lepas? Saban tahun Pertonas akan umumkan keuntungan yang bertambah. Rakyat dinafikan subsidi dan kepincangan akan tertutup dengan paparan keuntungan di media elektronik dan di dada akhbar kerajaan BN. Rakyat 52% dah menyampah dan yang 47% pun dah sedar tapi sedar dalam tidur tentang apa yang dijuang atau dibanggakan oleh PETRONAS ini. Petronas mencatatkan keuntungan RM232.5 bilion sehingga 30 September lalu, sekaligus menandakan peningkatan 8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan suku ketiga pula adalah RM81.46 bilion, peningkatan 19%. Manakala jumlah aset pula meningkat 7.3% kepada RM525.1 bilion berbanding RM489.2 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas. Kalau dengar cerita, memang sedap. Memang boleh berbangga sampai kembang atau pecah dada. Memang boleh kembangkan lubang hidung menahan perasaan bangga yang meluap-luap dan memang boleh pecahkan punggung seluar menahan perasaan bangga kerana syarikat petroleum negara begitu berjaya. Namun, akhirnya apabila cerita-cerita tentang perlanggaran tanggungjawab sosial Petronas terhadap ekonomi Melayu-Bumiputera, keuntungan besar yang diuar-uarkan itu mengubah perasaan bangga menjadi kemarahan yang meluap-luap. Sama seperti pusat-pusat zakat yang mengumumkan 'keuntungan' besar mereka hasil daripada kutipan zakat, tetapi pada masa yang sama, berjuta orang miskin terbiar melarat, bahkan sehingga ada yang sakit jiwa kerana kemiskinan tidak dibela dengan wang zakat itu, Petronas juga nampaknya tidak berkecuali. Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk mereka di stesen-stesen Petronas? Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera. Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan, mereka yang paling tidak boleh diharap. Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas Dagang. Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut.

TIBA-TIBA KETUA WANITA UMNO TARIK BALIK SAMAN!

Shahrizat buat 'U-Turn' tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar. Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah. Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu. Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam. Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida . "Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin. "Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. - http://www.malaysiakini.com/news

Saturday, November 9, 2013

APA NAK HERAN ,,,,,KU PENGLIPURLARA !

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir . Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai. "Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin". Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. – Bernama, 9 November, 2013.