Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, November 12, 2013

UMUM TAPI SAPA TERGUMAM ?

Apa beza dibandingkan yang lepas? Saban tahun Pertonas akan umumkan keuntungan yang bertambah. Rakyat dinafikan subsidi dan kepincangan akan tertutup dengan paparan keuntungan di media elektronik dan di dada akhbar kerajaan BN. Rakyat 52% dah menyampah dan yang 47% pun dah sedar tapi sedar dalam tidur tentang apa yang dijuang atau dibanggakan oleh PETRONAS ini. Petronas mencatatkan keuntungan RM232.5 bilion sehingga 30 September lalu, sekaligus menandakan peningkatan 8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan suku ketiga pula adalah RM81.46 bilion, peningkatan 19%. Manakala jumlah aset pula meningkat 7.3% kepada RM525.1 bilion berbanding RM489.2 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas. Kalau dengar cerita, memang sedap. Memang boleh berbangga sampai kembang atau pecah dada. Memang boleh kembangkan lubang hidung menahan perasaan bangga yang meluap-luap dan memang boleh pecahkan punggung seluar menahan perasaan bangga kerana syarikat petroleum negara begitu berjaya. Namun, akhirnya apabila cerita-cerita tentang perlanggaran tanggungjawab sosial Petronas terhadap ekonomi Melayu-Bumiputera, keuntungan besar yang diuar-uarkan itu mengubah perasaan bangga menjadi kemarahan yang meluap-luap. Sama seperti pusat-pusat zakat yang mengumumkan 'keuntungan' besar mereka hasil daripada kutipan zakat, tetapi pada masa yang sama, berjuta orang miskin terbiar melarat, bahkan sehingga ada yang sakit jiwa kerana kemiskinan tidak dibela dengan wang zakat itu, Petronas juga nampaknya tidak berkecuali. Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk mereka di stesen-stesen Petronas? Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera. Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan, mereka yang paling tidak boleh diharap. Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas Dagang. Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut.

No comments: