Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, September 3, 2014

BENARKAH ANDAIAN INI MENGUBAH GELAGAT BUANG TEBIAT?

Hishammuddin Menteri Kewangan? Mengejut atau tidak Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bakal dilantik sebagai Menteri Kewangan dan ia ada kaitan dengan kepercayaan Najib kepada sepupunya yang lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan yang lain. Tindakan Najib menyerah kan jawatan tersebut sebagai memberi laluan untuk beliau yang mengambil alih Menteri Dalam Negeri (KDN) dari Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan terlalu bersikap ‘samseng’ dalam segala hal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan-kalangan mereka di dalam BN itu sendiri. Ada yang menyebut, peluang Zahid untuk bersama bahtera Najib bakal terkubur kerana Ahli Parlimen Bagan Datoh itu penyokong kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kata sumber Zahid bakal dilupakan pada pilihan raya umum akan datang. Ke manakah Zahid? Sebelum berbicara tentang kedudukan Zahid, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Apdal yang turut berada di dalam senarai Najib itu akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan bagi mengantikan Hishammuddin yang bakal di tugaskan di Kementerian Kewangan. Kredibiliti Shafie turut di persoalkan dalam pelantikan tersebut ada kerana pergolakan yang berlaku di Sabah mahu pun Sarawak menyebabkan mereka yang berasal di sana sesuai dilantik untuk menjaga konflik yang wujud terutama membabitkan pencerobohan di Sabah. Apabila berlakunya kekosongan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib berpendapat bagi meredakan kemarahan ataupun ketidaksenangan pengundi bukan Melayu, maka Zahid akan ditempatkan ke kementerian tersebut untuk memegang jawatan Menteri Luar Bandar dan Wilayah yang ditinggalkan Shafie itu nanti. Najib terpaksa melupakan hubungan baik dengan Zahid memandangkan suasana politik sekarang menyebabkan beliau tidak mampu untuk mempertahan Menteri Dalam Negeri itu. Muhyiddin, gugur atau sebaliknya? Kementerian Pelajaran belum disentuh siapa mengendalinya, permasalahan pendidikan negara membimbangkan apabila keputusan kementerian ingin terus melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga menimbulkan kritikan serta bantahan dari golongan pendidik. Jika Najib mengambil kira kepada kemelut yang timbul dari golongan pendidik sudah pasti individu yang memegang jawatan di kementerian turut akan menerima tempias dalam rencana Najib untuk mengambil hati golongan pendidik. Namun, apakah Najib berani untuk menyentuh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar orang kanan Tun Mahathir Mohamad itu ke posisi lain? Pastinya Najib berdepan tekanan tatkala Dr Mahathir juga sedang mengkritik pentadbirannya kini. Tidak mustahil rombakan kabinet ini juga menyaksikan beberapa menteri yang akan kehilangan jawatan. Apa yang diketahui pada peringkat awal antara yang akan kehilangan jawatan wakil dari MIC, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri G Palanivel dan juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek. Menteri Wilayah, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan bakal digugurkan bukan sahaja di kedudukan Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, malah kedudukan selaku Setiausaha Agung Umno yang dipegang olehnya akan digantikan dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Perubahan berdasarkan kritikan atau dirancang Melihat kepada kedudukan yang selamat pasti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh menarik lega, beliau mungkin tidak akan terlibat mahupun terkeluar dari senarai rombakan yang bakal dilakukan. Pendekatan Khairy dengan golongan anak muda pasti menggembirakan Najib kerana baginya golongan itu akan menyumbang kepada undi Barisan Nasional nanti. Persoalan menarik pada rombakan kabinet ini adakah ia dilakukan adalah kerana kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau merupakan perancangan awal beliau. Kalau ia berlandaskan kepada kritikan Dr Mahathir yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Najib pasti Dr Mahathir yang telah lama tidak menyenangi Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut disentuh oleh bekas Perdana Menteri itu. Apa yang pasti, Najib cuba memenangi hati Dr Mahathir walaupun beliau tidak bersuara bila dikritik, mungkin ada perbincangan luaran antara mereka itu tidak ketahui. Rombakan ini akan mengejutkan banyak pihak serta pemerhati politik. Sejarah bakal dicipta Najib dalam masa terdekat, mereka yang menjadi mangsa akan merajuk hati dan untuk mengkritik mungkin tidak kerana mengharapkan kerusi pada PRU14, mereka akan berdiam mengaturkan strategi bagi mencari peluang untuk kekal dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno -detikdaily-

No comments: