Sahabat Intim Blog Ini

Saturday, May 15, 2010

PELABURAN HANTU RAYA OLEH ARB

PELABURAN AMANAH RAYA BERHAD DALAM MAGNUN CORPORATION

1 Jamadil Akhir 1431H.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengucapkan tahniah diatas keberanian Sahibus Samahah Tan Sri Dr. Hj. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak yang berani mengeluarkan kenyataan menentang keputusan kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan lesen perjudian dan menyifatkannya sebagai menentang hukum syarak. DPPKG juga berharap lebih ramai mufti serta cerdik pandai Islam tampil untuk membuat kenyataan menentang keputusan kerajaan ini yang secara terang-terangan bertentangan dengan hukum Allah SWT dan sudah pastinya memberikan kesan negatif kepada rakyat.

Walaubagaimanapun DPPKG juga melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Amanah Raya Berhad (ARB) yang melabur sebahagian dari dana di dalam syarikat Magnum Corporation Berhad yang merupakan sebuah dari syarikat perjudian berlesen. Dalam laporan tahunan 2006 yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan pada mukasurat 121 dan 122 menunjukkan bahawa Amanah Raya Berhad melalui Amanah Raya Nominess (Tempatan) Sdn Bhd merupakan sebahagian dari 30 pemegang saham terbesar syarikat perjudian tersebut dengan 1.06% pegangan atau 15,487,200 saham.

DPPKG menyatakan rasa kesal kerana menurut laporan tahunan 2007 dan 2008 mufti Perak masih lagi menjadi sebahagian dari Panel Syariah ARB. DPPKG merasakan sebagai anggota panel syariah syarikat berkenaan, Mufti Perak seharusnya bertanggungjawab untuk menghalang pelaburan dibuat oleh ARB ke dalam syarikat-syarikat yang melibatkan perjudian. Lebih malang lagi Pengerusi ARB, Dato’ Dusuki Ahmad adalah bekas Ketua Pengarah dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai kelulusan Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

DPPKG berharap agar Tan Sri Mufti Perak mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi saham-saham yang dimiliki oleh orang Islam di dalam ARB dari dicemari sumber haram. DPPKG juga amat berharap pengurusan ARB akan segera menarik balik pelaburan tersebut dari Magnum Corporation sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum ini.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng

Friday, May 14, 2010

AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU TELAH BERUNDUR !

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumum keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas.

Dalam sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa di pusat khidmatnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Wee berkata tindakannya itu berkuat-kuasa hari ini.

Pada 21 April lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan khabar angin yang bertiup kencang bahawa Wee adalah pemimpin PKR yang bakal melompat tetapi beliau enggan mengulas apabila diajukan soalan berkenaan.

Beliau tidak mengesahkan ura-ura itu mahupun menafikannya tetapi sebaliknya berkata wartawan lebih mengetahui perkara berkenaan.

“Anda tahu segala-galanya. Kenapa perlu bertanya lagi? Anda lebih mengetahui, mengapa tidak anda siarkan berita itu terlebih dahulu?” katanya.

lewat semalam ketika ditanya wartawan di lobi parlimen.

Wee sehari sebelum itu berkata kepada akhbar-akhbar Cina bahawa jika beliau memilih meninggalkan PKR, beliau akan berbuat demikian dengan tempoh masanya sendiri dan bukan ditentukan oleh 'Napoleon kecil'.

Beliau kemudiannya menyerang media baru yang dilabelkannya sebagai tidak bertanggung-jawab.

“Saya akan hanya bercakap dengan media tertentu kerana sesetengah media adalah tidak bertangung-jawab,” katanya.

Menurut Wee sesetengah portal berita tidak boleh dipercayai kerana “mereka akan hanya memutar-belitkan kata-kata saya...mereka akan tukar B ke A dan A ke B”.

Thursday, May 13, 2010

MUFTI PERAK KATA BN MENENTANG SYARAK

SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.
“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.-

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.- tvs

Monday, May 10, 2010

PANDANGAN USTAZ UMNO INI LEBIH TINGGI DARJAT DARI PARA MUFTI YANG MEMBISU

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun - Dr. Asri

Salam,

Sebagai menjawab pertanyaan tentang pandangan blog ini terhadap cadangan kerajaan 'menghalalkan' judi Piala Dunia, pandangan blog UMNO ini selari dengan pandangan Dr. MAZA. Terima kasih.

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

PERINGATAN WAKIL RAKYAT , SEBELUM JADI MAYAT

Wahai Wakil Rakyat DUN atau Parlimen, kecuali senator macam Ezam, doa-doalah panjang-panjang, minta-minta dipanjangkan umur, kerana peruntukkan atau dana selepas kematian anda disediakan secukupnya oleh Kerajaan Umno dan BN. Rakyat juga seronok sekiranya wakil rakyatnya berkali-kali mati, ada habuannya.

Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat dan bukan menabur duit semasa berkempen pada pilihan raya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan-peruntukan yang diumumkan di Sibu ketika ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Apa yang berlaku sekarang di Sibu dan sebelumnya di Hulu Selangor dan tempat-tempat lain sebelumnya, Shafie, Umno dan BN pun tahu bila wakil rakyat akan mati. Sebab itu peruntukkan dibuat awal-awal lagi.
Bukannya semata-mata pilihanraya dan bukannya menabur duit meminta undi. Kalau tidak mati, tiadalah peruntukkan tersebut. Kalau mati juga barulah diberikan, sememangnya telah tersedia peruntukkan untuk wakil rakyat yang mati. Memang dalam peruntukkan kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ada bahagian khas, PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SELEPAS MATI. Umno dan BN serba tahu dalam hal-hal sebegini. Umno dan BN selalu mengingati mati. Takutnya juga Umno dan BN tentang mati. Saat-saat selepas kematian disediakan awal-awal lagi. Jadi matinya wakil rakyat taklah menyusahkan rakyat kerana peruntukkan telah tersedia.

Tuesday, May 4, 2010

KALAU UMNO BUAT TENDER TERBUKA, DAH RAMAI ORANG KUAT UMNO MATI KEBULUQ

UMNO Bila Nak Buat Sistem Tender Terbuka?

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), menuduh Kerajaan Penang tidak telus dalam sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan PR setakat ini.

Macamlah UMNO kritik PAS tak laksana hudud. Dia sendiri kalau nak laksana hudud, alamat kena tunggu beberapa hari sebelum kiamat lah baru UMNO nak buat hudud. Mustahil parti yang rasmi kilang arak Guiness di Sungai Way akan laksana hukum syariah Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

Selain itu, Azhar mendakwa bagi projek Bukit Jambul Country Club, tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek itu.

Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya.

- Bernama

Sunday, May 2, 2010

ADAKAH PERKASA BERLAKUN GESA KERAJAAN BN SIASAT ISU LIMBANG ?

Perkasa gesa suruhanjaya diraja siasat isu Limbang, blok minyak

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Perkasa menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat pertikaian terbaru berhubung dua blok minyak di pesisir pantai yang didakwa telah diserahkan kepada Brunei sebagai pertukaran wilayah tuntutan Limbang, Sarawak.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata banyak persoalan masih kabur dan belum dijawab meskipun bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan syarikat minyak negara Petronas menjelaskan perkara berkenaan dua hari lalu.

“Perkasa mahu Datuk Seri Najib, kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja ataupun sekurang-kurangnya kertas putih dikeluarkan berhubung isu Blok L dan M, yang terletak di sempadan Malaysia-Brunei,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ketika memberi ucaptama dan perasmian Bengkel Model Ekonomi Baru (MEN) anjuran Perkasa di sini hari ini.

“Saya tidak prejudis sama ada terhadap Dr Mahathir atau Tun Abdullah Badawi, tetapi banyak isu kelihatan masih gantung.

“Perkara ini perlu dijelaskan, blok minyak ini bernilai berbilion ringgit,” kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata Malaysia atau Brunei belum lagi mengesahkan ataupun mengatakan apa-apa berkaitan status hak milik terhadap Limbang.

“Brunei, Malaysia belum mengesahkan apa-apa. Limbang milik siapa? Bagaimana perjanjian dibuat?

“Saya tahu bahawa perbincangan Kabinet adalah rahsia tetapi mereka sekurang-kurangnya perlu menyediakan maklumat kasar mengenai mesyuarat berkaitan dengan perjanjian pertukaran ini,” katanya.