Sahabat Intim Blog Ini

Monday, May 10, 2010

PERINGATAN WAKIL RAKYAT , SEBELUM JADI MAYAT

Wahai Wakil Rakyat DUN atau Parlimen, kecuali senator macam Ezam, doa-doalah panjang-panjang, minta-minta dipanjangkan umur, kerana peruntukkan atau dana selepas kematian anda disediakan secukupnya oleh Kerajaan Umno dan BN. Rakyat juga seronok sekiranya wakil rakyatnya berkali-kali mati, ada habuannya.

Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat dan bukan menabur duit semasa berkempen pada pilihan raya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan-peruntukan yang diumumkan di Sibu ketika ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Apa yang berlaku sekarang di Sibu dan sebelumnya di Hulu Selangor dan tempat-tempat lain sebelumnya, Shafie, Umno dan BN pun tahu bila wakil rakyat akan mati. Sebab itu peruntukkan dibuat awal-awal lagi.
Bukannya semata-mata pilihanraya dan bukannya menabur duit meminta undi. Kalau tidak mati, tiadalah peruntukkan tersebut. Kalau mati juga barulah diberikan, sememangnya telah tersedia peruntukkan untuk wakil rakyat yang mati. Memang dalam peruntukkan kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ada bahagian khas, PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SELEPAS MATI. Umno dan BN serba tahu dalam hal-hal sebegini. Umno dan BN selalu mengingati mati. Takutnya juga Umno dan BN tentang mati. Saat-saat selepas kematian disediakan awal-awal lagi. Jadi matinya wakil rakyat taklah menyusahkan rakyat kerana peruntukkan telah tersedia.

No comments: