Sahabat Intim Blog Ini
Sunday, December 28, 2008
SIKAP PEMIMPIN ISLAM UMNO MENGENAI HUDUD!
Kalau tengok sekarang dlm media massa, pemimpin2 umno hanya memberi komen yg bersifat 'menyerang', bukan kenyataan yg bersifat 'mempertahankan diri', atau 'perkenalkan diri'.Langsung tak hurai apa pandangan peribadi, apa pandangan UMNO dlm isu ini, apa pendirian umno mengenai hukum ini.Adakah ia akan diperjuangkan atau tidak? adakah hukum tersebut wajar dilaksana atau tidak..tidak ada ulasan..Yang ada, seronok mengulas apa yg berlaku antara DAP dan PAS, PAS sukar sebab itu dan ini, DAP parti yg kurang ajar, pakatan yg tak bertahan lama, dan mcm2 lagi.Adakah umno tidak merasa mereka turut bertanggungjawab dlm isu ini?adakah mereka merasakan itu bukan urusan mereka? Tidak sedarkan pemimpin atasan, terdapat penyokong bawahannya, yg berkobar2 darah melayu Islamnya, mahukan jawapan dari pemimpin mereka dlm isu ini?Pembangkang tidak mampu ke mana - RosnahKUALA LUMPUR 25 Dis. - Pertentangan yang jelas di antara parti pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud membuktikan bahawa kerjasama pembangkang tidak akan dapat pergi jauh.Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, malah jika mimpi pembangkang untuk memerintah negara menjadi kenyataan sekalipun, rakyat boleh menjadi hakim bagaimana percanggahan antara Pas dan DAP berhubung dasar mereka itu.''Malah sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sehingga hari ini masih membisu berhubung isu itu juga menyerlahkan realiti betapa gabungan pakatan pembangkang amat rapuh dan setiap parti hanya mementingkan agenda masing-masing,'' katanya di sini hari ini.Isu mengenai hudud timbul kembali selepas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan bahawa Pas komited untuk melaksanakannya jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak.Kenyataan itu bagaimanapun dikritik hebat oleh DAP yang merupakan sekutu Pas apabila dengan keras menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan menjadi agenda mereka.Sehubungan itu, Rosnah berkata, rakyat Malaysia perlu membuka mata dan menggunakan akal untuk menilai sejauh mana pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan yang adil terutamanya kepada umat Islam jika mimpi mereka itu menjadi kenyataan.''DAP langsung tidak mahu membuka ruang kepada Pas untuk berbincang perihal pelaksanaan hukum hudud dan bermati-matian menolak cadangan tersebut.''Sedangkan Pas seperti yang ditegaskan oleh Husam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut.''Malah saya percaya semua ahli Pas mahu hukum hudud menjadi teras pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang kelak,'' jelasnya.Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, rakyat sepatutnya telah lama sedar perihal kekalutan antara Pas dan DAP yang tidak akan ada garis penamatnya.Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat terutama yang beragama Islam untuk membuat penilaian terbaik tentang masa depan mereka dengan tidak membenarkan angan-angan pakatan pembangkang memerintah negara ini menjadi kenyataan.''Jika pakatan pembangkang memerintah, pastinya akan wujud 'krisis' di antara DAP dan Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud dan paling penting keadaan seperti itu akan menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum.''Oleh itu setiap daripada kita mesti menggunakan logik akal supaya tidak menyesal di kemudian hari,'' ujarnya.dari : Utusan Meloya
Thursday, December 25, 2008
BERSAMA DATO' IBRAHIM TUAN MAN - KULIAH UMUM
Monday, December 15, 2008
KEM REMAJA RABBANI
KEM REMAJA RABBANI@ Jejak Pahlawan@ Remaja Bermotivasi Remaja Rabbani@ BBQ@ Permata Ayahbonda@ Quranic GroupTerbuka untuk remaja berusia di antara 11 -17 tahun.19 - 21 Disember 2008Surau Ar-Raudhah, Widuri, Bukit BeruntungYuran Penyertaan RM 40/orang (diskaun jika penyertaan lebih seorang; adik-beradik)Hubungi:· 013-3251580 (Safarina)· 013-2269717 (Faizah)· 013-3604543 (Adila)
Sumbangan dana boleh dibuat melalui:
Public BankSalamiah JamaluddinNO Akaun: 4847498102NO Ic: 670218065302

BERI WANG SALAH , TAK BAGI KALAH
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanyalah merupakan 'gimik dan lakonan' bagi menunjukkan kepada rakyat betapa kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Pak Lah memang begitu serius dalam menangani gejala rasuah yang melanda negara.Memang ada dibuat tangkapan dan dakwaan rasuah ini tetapi hanya melibatkan para perasuah kecil-keciilan saja. Para perasuah besar-besaran yang terdiri daripada para pimpinan tinggi UMNO terus bebas lepas meneruskan agenda 'merompak' harta rakyat dan negara.
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=414

Tuesday, December 9, 2008
MASALAH AIR DI KESUMBA DAN WIDURI JULAI 2008
Tajuk Artikel : Penduduk tertekan bekalan air kotor
Sumber / Tarikh : Sinar Harian Online 30 Julai 2008 – Rabu
BUKIT BERUNTUNG - Bekalan air yang tidak bersih, keruh, bau lumpur dan klorin membuatkan penduduk sekitar kawasan perumahan Widuri serta Kesumba berasa tertekan dengan masalah tersebut, malah lebih merumitkan lagi apabila bekalan air yang diterima mereka setiap hari kerap kali terputus. Pengerusi Persatuan Penduduk Widuri, Ahmad Nasir Mohd Salleh, 41, ketika ditemui memberitahu, keadaan itu telah berlarutan selama tujuh tahun dan penduduk sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kualiti air yang teruk itu. "Sumber air yang diperoleh penduduk di kedua-dua kawasan ini adalah dari Sungai Selangor yang terletak berhampiran dan diusahakan oleh pemaju untuk menyalurkannya kepada penduduk tanpa sebarang bayaran bulanan. "Dengan keadaan air yang sebegini, kadang-kala bersih dan kadang-kala kotor, penduduk lebih rela membayar bekalan air tersebut seperti penduduk lain yang memperolehnya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) daripada menggunakan air yang kotor untuk kegunaan harian seperti mandi, makan, minum dan sebagainya," katanya. Beliau mendakwa, sebuah tangki yang dibina atas inisiatif pemaju terletak berhampiran dengan kawasan perumahan penduduk menjadi punca masalah ini apabila tangki tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana tidak dibuat sebagaimana sepatutnya. Oleh yang demikian, Syabas menolak untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan ini kerana masalah tersebut. “Penduduk tidak ada masalah jika terpaksa mengeluarkan belanja untuk memasang meter individu di rumah masing-masing, tetapi pemaju perlu menyediakan tangki dahulu kerana itu adalah tanggungjawab mereka. "Gangguan bekalan air juga kerap berlaku di kawasan ini, kadang kala memakan masa lebih kurang dua hingga tiga hari dan ini mengganggu keselesaan penduduk untuk membuat kerja-kerja rumah. Lebih buruk lagi, sekiranya ada kematian atau kenduri kahwin atau pun kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.” jelasnya ketika ditemui dekat sini Sinar Harian turut mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Kesumba, Harun Mohd Lip, yang memberitahu, penduduk di kedua-dua kawasan perumahan ini rasa tertekan dengan masalah yang dihadapi. "Setiap kali berlaku gangguan air, penduduk akan mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi pihak-pihak tertentu untuk memaklumkan mengenai masalah tersebut. Selalunya, alasan yang akan diberikan adalah enjin untuk mengepam air dari sungai rosak menyebabkan bekalan air tergendala," katanya. Menurut beliau, pemaju pernah mencadangkan agar penduduk mendapat bekalan air dari Syabas dengan menggunakan meter pukal sementara menunggu pihak pemaju membina tangki air daripada bahan konkrit dan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Walau bagaimana pun, sebahagian penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mahu meter individu dipasang untuk mengelakkan pelbagai masalah lain timbul akibat menggunakan meter pukal. “Banyak masalah yang timbul nanti bila guna meter pukal seperti pemilik rumah yang tidak tinggal kawasan perumahan di sini, pertikaian bil air yang diterima pasti akan berlaku, malah kami juga bimbang jika pemaju tidak membayar kepada Syabas, penduduk juga yang akan menjadi mangsa,” jelasnya. Justeru, kedua-dua pengerusi persatuan penduduk tersebut memutuskan mengadakan perbincangan bersama penduduk masing-masing untuk mendapatkan keputusan mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada wakil syarikat pemaju yang merupakan kontraktor untuk menguruskan tempat pam air ke kawasan berkenaan. Bagaimana pun, tiada sebarang komen yang diberikan dan meminta Sinar Harian merujuk ke pejabat pemaju menerusi nombor telefon pejabat yang diberikan, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

SUSULAN MASALAH AIR DI WIDURI DAN KESUMBA OGOS 2008
Krisis bekalan air melanda beberapa taman di Bukit Beruntung 3, antaranya Taman Kesumba 3A, Taman Kesumba 3B, Widuri 1, Widuri 2, Widuri 3 dan Widuri Flat... tempat2 lain masih cuba dikenalpasti.Menurut encik Raybayi salah seorang wakil penduduk yang turut serta dalam dialog bersama Pemaju (Talam Corporation), YB Isa dan Syabas Bhd semalam (27 Ogos 2008), bekalan air hanya akan pulih seawal-awal selepas tiga minggu dari tarikh dialog. Bagaimanapun Persatuan Penduduk Kesumba kurang berpuas hati dengan tempoh yang ditetapkan oleh pamaju yang dirasakan begitu lama. Satu lagi perbincangan dengan CEO Talam Corporation akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini (28 Ogos 2008).Air adalah hak asasi dan keperluan manusia. Menyekatnya bererti menyekat kehidupan manusia dan mencabuli hak-hak dan keperluan manusia. Fikir-fikirkan apa yang perlu kita lakukan....
Thursday, December 4, 2008
Banyaknya ! RM90,000,000 Wang Tidak Dituntut
Bayaran balik wang tak dituntut dijangka meningkat RM95 juta tahun ini
BERNAMAKUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik wang tak dituntut (WTD) dalam simpanan Pendaftar Wang Tak Dituntut kepada pemilik dijangka meningkat sehingga RM95 juta pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.Pada tahun lepas, katanya RM58 juta WTD telah dibayar balik kepada empunya berbanding RM15 juta pada tahun 2002."Melalui usaha berterusan yang dilakukan kerajaan, ramai pihak yang menuntut berjaya memperolehi wang mereka kembali," katanya di sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.Sehingga Oktober 2008, seramai 51,000 orang telah memperolehi wang tersebut, meningkat daripada 46,000 orang pada tahun 2007 dan 42,000 orang pada 2006.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Yip Kum Fook yang ingin mengetahui jumlah WTD yang terkumpul oleh pendaftar dan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mengesan pemilik WTD ini.Ahmad Husni berkata jumlah WTD yang diterima setiap tahun oleh pendaftar menunjukkan peningkatan yang ketara apabila tempoh WTD selama setahun sebelum sesuatu wang yang tak dituntut perlu diserahkan oleh syarikat atau firma kepada pendaftar dimansuhkan melalui pindaan Akta Wang Tak Dituntut berkuatkuasa 1 Jan, 2003.Pada tahun 2006 dan 2007, katanya jumlah WTD yang diterima oleh pendaftar terus meningkat dengan kadar yang tinggi apabila banyak sekuriti tak dituntut diserahkan ke dalam Akaun Depositori Pusat Menteri Kewangan telah dijual dan hasil jualan dibayar kepada pendaftar sebagai WTD.Jumlah WTD dalam simpanan pendaftar sehingga 31 Dis 2007 adalah sebanyak RM2.85 bilion.Ahmad Husni menjelaskan bahawa pendaftar, selaku pemegang amanah sentiasa berusaha membantu orang awam yang menghadapi masalah dalam semakan WTD di syarikat dan firma berkenaan."Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan melalui kaunter pejabat pendaftar atau panggilan telefon atau secara bertulis serta melalui internet," katanya.Kerajaan pada tahun 2006 telah membangunkan Sistem Kewangan dan Pengurusan Perakaunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Akauntan Negara untuk menyimpan rekod WTD yang diserahkan oleh syarikat dan firma sejak tahun daftar 2005.

Wednesday, December 3, 2008
APA KE JADAH SIME TELAN GOLDEN HOPE & GUTHRIE?
Sime man faces Sessions Court charge
Sime Darby of the world's-largest-plantation-merger fame, which expects profits for the year to tumble 46 per cent, will make the wrong kind of headlines tomorrow when its Human Resources boss Ishak Abdul Hamid appears at the KL Sessions Court tomorrow (Monday, Dec 1) over the controversial sacking of Group Financial Officer Razidan Ghazalli and Golden Jomalina's General Manager Muhammad Mohan Kittu Abdullah.Also charged for a similar offence is KPMG Corporate Services Sdn Bhd executive director Tan Kim Chuan. KPMG carried out a forensic audit on the purported RM120 million trading losses incurred by Golden Hope Plantations Berhad.Both Razidan and Muhammad Mohan were sacked for alleged “failure to discharge their functions to the standard of care that were reasonably expected of them”, resulting in the RM120 million. Three others - former Golden Hope's Group Chief Executive of Golden Hope Dato' Sabri Ahmad, former Director of Oils and Fats Dr Anhar Suki and General Manager of Commodities Trading and Marketing Azmir Yahya were forced to resign immediately.Ishak could go to jail for 3 years if found guilty but the charge has brought about fresh questions on the sacking of the two senior execs and the circumstances under which the others had to quit

Tuesday, December 2, 2008
ANWAR & SABAH & SERAWAK !!!
SABAH & SARAWAK PATUT BERTERIMA KASIH PADA ANWAR IBRAHIM..?? Negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi peluang 'berubah' yang drastik. Bukan senang untuk mendapat royalti minyak 20% dalam keadaan seperti sekarang begitu juga kemudahan dan kelebihan lain yang ditawarkan. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah sampai bila pun kelebihan yang Pakatan Rakyat (PR) tawarkan tidak akan diperolehi. Seorang Pensyarah UUM yang berasal dari Sabah juga berpendapat iaitu 'kita mesti bawa perubahan'. Sabah dan Sarawak tidak boleh terus diperkudakan oleh kerajaan BN untuk memerintah negara. Namun antara banyak perbincangan/diskusi, beberapa persoalan mengenai undi rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN, menarik perhatian oleh seorang pelajar yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu untuk mengulas keadaan pengundi di benua Borneo itu sendiri. Adakah suatu kebodohan atau kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu?. Jika ia suatu kebodohan atau kebijaksanaan, mengapa begitu?
BILA HARGA BARANG NAK TURUN?
Turun harga barang selaras harga minyak - PM
01/12/2008 9:04am
PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memastikan harga barang makanan yang diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak mesti merupakan barangan yang digunakan rakyat setiap hari.
Dalam nada kesal, Perdana Menteri berkata, peniaga kebiasaannya begitu liat malah lewat untuk menurunkan harga barang pada setiap kali harga minyak diturunkan tetapi begitu cepat pula tanpa disuruh menaikkan harga apabila harga minyak naik.
"Saya dah beritahu Shahrir (Datuk Shahrir Abdul Samad), bahawa barang yang diturunkan mesti barangan yang digunakan setiap hari.
"Ini satu masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini. - Utusan.
TARAKNAMA - Adusss sampai PM pon cakap macam nie... tak tau nak kata apa la lagi.. he he he... wahai rakyat jelata kini beta menitahkan supaya rakyat semua turunkan harga barang namun beta cuma menitahkan sahaja tapi terpulang kepada rakyat jelata nak turunkan atau tidak....adusssssssss penin penin....
Susu Budak bila mau turun...
Ayam bila mau turun..
GAS MASAK bila mau turun...
ROTI CANAI bila mau turun...
TEA 'O' Ais bila mau turun...
BERAS bila mau turun...
LEBIH BAIK AKU RASA HANGPA SEMUA YG TURUN............

Subscribe to:
Posts (Atom)