Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, December 9, 2008

SUSULAN MASALAH AIR DI WIDURI DAN KESUMBA OGOS 2008

Krisis bekalan air melanda beberapa taman di Bukit Beruntung 3, antaranya Taman Kesumba 3A, Taman Kesumba 3B, Widuri 1, Widuri 2, Widuri 3 dan Widuri Flat... tempat2 lain masih cuba dikenalpasti.Menurut encik Raybayi salah seorang wakil penduduk yang turut serta dalam dialog bersama Pemaju (Talam Corporation), YB Isa dan Syabas Bhd semalam (27 Ogos 2008), bekalan air hanya akan pulih seawal-awal selepas tiga minggu dari tarikh dialog. Bagaimanapun Persatuan Penduduk Kesumba kurang berpuas hati dengan tempoh yang ditetapkan oleh pamaju yang dirasakan begitu lama. Satu lagi perbincangan dengan CEO Talam Corporation akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini (28 Ogos 2008).Air adalah hak asasi dan keperluan manusia. Menyekatnya bererti menyekat kehidupan manusia dan mencabuli hak-hak dan keperluan manusia. Fikir-fikirkan apa yang perlu kita lakukan....

1 comment:

zabhajaya said...

air sampai sekarang masih ditakuk lama,tiada perubahan. Saudara tolong dapatkan maklumat yang betul, cari ahli PAS kita di Kesumba , Jangan tanya sebarangan,yang hanya nak menonjolkan YB umno.. tolong cari maklumat tepat