Sahabat Intim Blog Ini

Monday, February 16, 2009

DEBAT ANWAR & NAJIB LAGI BEST!

Cadangan Debat MB antara Nizar vs Zamri !
Gabungan Mahasiswa Bersatu perak (BERSATU), bersedia menganjurkan debat terbuka antara Yab Dato Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin dengan Yb Dato Zambry Abdul Kadir bagi menyelesaikan kemelut politik di perak secara intelektual.Bagi mahasiswa isu di perak ini perlu di jelaskan dengan baik dengan diketemukan kedua-dua tokoh di dalam pentas perdebatan. Hasrat ini sekaligus akan membuka minda rakyat perak terhadap isu yang berlaku hasil dari penjelasan kedua-dua belah pihak. Pada satu masa dahulu, mahasiswa merupakan agen pentas perdebatan politik yang sihat melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang.Contohnya ialah Debat Agung Ekonomi Universiti Malaya . Ia dianjurkan oleh mahasiswa dan ahli panelnya juga dipilih oleh mahasiswa. Kini, debat politik sedemikian amat jarang diadakan. Yang ada ialah forum-forum yang melibatkan ahli-ahli panel yang sealiran sahaja. “Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang politik. Jangan kita takut dengan bayang-bayang sehingga semua yang berkaitan dengan politik dianggap kotor dan semua yang berkaitan dengan politik dianggap berbahaya.Sememangnya ada perbezaan di antara politik dengan parti politik, di antara isu politik dengan isu parti politik, di antara politik kepartian dengan politik non-kepartian dan di antara politik partisan dengan politik non-partisan. Ini hanyalah sebahagian daripada ilmu politik. Ilmu politik adalah sebahagian daripada disiplin yang perlu didedahkan kepada mahasiswa.Disinilah relevannya mahasiswa menganjurkan debat politik ini” Memetik kata-kata Presiden Bersatu Perak, Saudara Mohd Hafez bin Sabri selepas mempengerusikan mesyuarat Himpunan Mahasiswa Perak di Kuala Lumpur semalam Mahasiswa kini perlu menuntut semula hak mereka untuk mengadakan program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan diskusi. Mahasiswa juga sepatutnya perlu berkecimpung dengan masalah penderitaan penoreh, petani dan nelayan.Kemiskinan yang menjadi isu utama perlu diperjuangkan mahasiswa..Selain itu mahasiswa juga menuntut (Speaker’s Corner) yang menjadi nadi suara mahasiswa untuk sampai kepada rakyat dan ianya perlu dihidupkan semula yang mana satu ketika dahulu pernah diberi gelaran sebagai Hyde Park Malaysia .Di sanalah mahasiwa mengadakan dialog dan perbahasan mengenai pelbagai isu mengenai mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara dengan bebas. Seminar dan diskusi tentang pelbagai isu di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah. Resolusi perbincangan tersebut dibentang dan dikeluarkan mahasiswa untuk tatapan umum dan kerajaan melalui penerbitan akhbar, majalah dan risalah.Selain itu mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka dengan demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka dan sesetengah mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik seperti Parti Rakyat dan sebagainya.

No comments: