Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, August 27, 2009

HENTIKAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM KES SYARIAH.

Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Wednesday, August 26, 2009

MASALAH H1N1 BELUM REDA

Kos pemeriksaan bagi mengesan virus Influenza H1N1 ke atas suspek pesakit adalah sebanyak RM 1000.00 seorang.Kerana itu Kementerian Kesihatan tidak dapat menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas semua individu atas faktor kos. Jadi apabila terdapat sebarang kes dilaporkan, pihak Kementerian akan bergegas pergi ke tempat tersebut dan buat pemeriksaan ke atas suspek. Dan apabila terdapat lima kes disahkan, maka premis atau tempat tersebut akan diarahkan tutup.Oleh itu, bagi kebanyakan kes kluster (apabila terdapat lima kes dalam satu-satu kelompok), semua orang diarahkan pulang bercuti ke rumah masing-masing.Tapi ramai yang tidak tahu, bahawa arahan pulang bercu ti itu bukanlah membolehkan mereka bercuti ke luar rumah atau pergi bersiar-siar.....kalau blh elakkan lah tempat orang ramai..Ni suh cuti, p holiday plak...Tak ke kes naya kat org lain...Orang p cuti bawa hadiah balik ni bawa H1N1 balik ... X faham bahasa betol...Sebenarnya mereka perlu duduk di rumah dan mengkuarantinkan diri sendiri selama seminggu untuk mempastikan samada diri mereka mempunyai simptom H1N1 atau tidak.Sepanjang tempoh itu juga, mereka dikehendaki memakai face mask bagi mengelak orang lain dijangkiti, walaupun mereka berpendapat mereka tidak dijangkiti penyakit tersebut.


Jika ada simptom awal penyakit, cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor. Bukannya makan ubat Panadol atau ubat demam yang lain dan tunggu lagi dua tiga hari untuk baik....atau buh towel kat dahi....Orang ramai juga tidak faham akan erti social distancing.

Social distancing adalah jarak (dalam kes H1N1 ini) sejauh 3 meter dari individu lain, mahupun yang disyaki dijangkiti H1N1. Kalau kurang 1 meter atau 3 kaki, risiko dijangkiti adalah amat tinggi kerana titisan air bersin yang mempunyai virus mudah terbang dan terkena individu lain.


kalau korang nk tahu ubat untuk H1N1 rupanya mcam ni...tgk ubat jer...yg pegang ubat tu tak yah... namanya TAMIFLU.. Namun apa yang terjadi sekarang ialah:- ramai tidak faham maksud "bercuti"' itu sendiri.- penerangan mengenai self-quarantine tidak diberikan kepada orang ramai. Yang ada hanya kenyataan 'SEKOLAH DITUTUP' atau 'DILARANG MASUK'.- face mask tidak diedarkan kepada mereka yang tidak dikesan mempunyai simptom, walaupun mereka bekerja / belajar di tempat yang sama.- ramai tidak tahu kos mengesan virus adalah sebanyak RM 1000.00 seorang suspek.- ramai tidak tahu maksud social distancing seperti yang disarankan oleh Pengarah Kementerian Kesihatan.

Kat ASTRO pun xdak hebahan langsung...pasal AKADEMI FANTASIA, ANAK WAYANG bukan main banyak promo...baru-baru ni dapat notis saluran SPORT kat ASTRO akan di naikkan..kunun2 x dapat nk cover balik modal..ntah ape2 jer...untung bukan main banyak....Bahkan di ASTRO pun tak siarkan iklan pasal H1N1 ni.....Habuk pun tarak...

Hasil nukilan pemilik blog dan seorang hamba Allah yang telah mengalami proses suntingan dan editing dari segi bahasa mahupun nahu nya...

Tuesday, August 25, 2009

SKUAD BATU CAVES TELAH KETAHUI 1 PUNCA BN KALAH !

MUla-mula tak faham apa sebab punca kekalahan...oh. rupanya UMNO punca kekalahannya.Ingatkan punca sebab keris tiada berbaju atau konsep slogan 1Malaysia?

DEMOKRASI ? PROVOKASI ! DEMA MAU KERASI ? BEREBUT KERUSI ?



Monday, August 24, 2009

UMNO TERPAKSA MERAYU SPEAKER KEDAH AGAR PERTIMBANGKAN PEMBUBARAN DUN KOTA SIPUTEH ?

Umno menggesa Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk mempertimbangkan semula keputusan beliau menuntut Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif melepaskan kerusi dun selepas didapati melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan negeri Pas seharusnya tumpu kepada pembangunan negeri dari kepentingan politik.

Pada 17 Ogos lalu, Abdul Isa menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa kerusi Dun Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan gagal menghadirkan diri ke Sidang Dun dua kali berturut-turut, iaitu pada 9 April dan 9 Ogos.

Fasal 51 Undang-Undang Tubuh Negeri menetapkan kerusi mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir tanpa keizinan Speaker untuk dua mesyuarat berturut-turut diisytiharkan kosong.

Abdul Isa bertegas dengan keputusan untuk membuka laluan kepada pilihanraya kecil di Kota Siputeh disebalik alasan sakit dari wakil rakyat Umno itu.

"Umno tidak menafikan kesalahan yang dibuat oleh Abu Hassan, tetapi kes ini dapat diselesaikan tanpa melalui pilihanraya kecil. Mereka harap pilihanraya ini akan memaksa kerajaan Pusat tunduk pada tuntutan mereka," kata Johari.

Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi tujuh dari lapan pilihanraya kecil pasca PRU12 yang lalu. Ketujuh-tujuh PRK tersebut dimenangi di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Adun Lunas Radzi Salleh melepaskan keahlian dari Parti Keadilan Rakyat dan bertukar calon bebas. Radzi telah mengumumkan sokongan kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang bertanggungjawab kepada rampasan kuasa di Perak.

Tuesday, August 18, 2009

BILA KAYVEAS DIISTIHAR PRESIDEN PPP YANG SAH ,SENATOR T.MURUGIAH KELUH-KESAH

Kedudukan Senator Datuk T. Murugiah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Beliau (Perdana Menteri) yang menentukan kedudukan sesiapa di dalam Jemaah Menteri, sama ada dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan ROS) dan sebahagian yang disebutkan (iaitu maklumat yang) dihantar oleh Presiden PPP (Datuk M. Kayveas).
“Itu perkara yang telahpun disahkan. Perdana Menteri akan membuat keputusan yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Profesor Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.
Minggu lalu, Datuk M. Kayveas diisytiharkan sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah selepas siasatan mendalam dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, siasatan juga mendapati pemecatan keanggotaan Senator Datuk T. Murugiah adalah mengikut perlembagaan parti.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 or SELSEMA BABI SATU TARBIYYAH DARI ALLAH

Kalau dahulunya pada zaman Nabi Allah Sulaiman as semasa Nabi Sulaiman memanggil semua binatang dan jin serta makhluk yang ada untuk taat kepadanya. Maka datang lah satu lembaga hitam yang amat besar datang berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Aku tak akan taat pada mu aku akan menyerang sesiapa sahaja yang aku suka. Menyebabkan Nabi Sulaiman sedikit gementar melihat lembaga itu. Lalu Nabi Sulaiman bertanya siapa kamu?? Aku lah angin ahmar dan aku akan menyerang saraf dan otak manusia sehingga mereka tidak boleh bergerak lalu hilanglah lembaga itu dari pandangan Nabi Sulaiman.

Dari cerita tadi kita dapat melihat satu tarbiyyah dari Allah swt kepada Nabi Sulaiman bahawa tidak ada kekuatan seorang manusiapun untuk menguasai segala-galanya melainkan Allah swt yang Maha Hebat dapat menundukkan semua makluk ciptaanNya di muka bumi ini.

Hairan manusia pada masa kini masih lagi mencari penawar demi penawar namun tidak jumpa. Mengapa terjadi demikian?? Semua ini disebabkan setiap kejadian atau bala kita tidak kaitkan dengan Sang Maha Pencipta. Kalau suatu ketika dahulu sunami di aceh ramai puak yang tidak mengenal Tuhan mengatakan bahawa ia adalah bencana alam. Maka terciptalah alat pengesan sunami. Namun tidak berkesan juga maka ada pula idea untuk menanam pokok bakau di tepi pantai agar sunami datang boleh la pokok bakau itu menjadi benteng.

Nampaknya Tuhan masih lagi bersabar dengan manusia. Tuhan masih lagi memberi nikmat dan rahmat kepada kita setelah peristiwa sunami ahhmdulillah ada juga yang telah kembali kepada Sang Penciptanya. Namun tidak lama selepas itu fahaman secular kembali membanjiri umat muslimin. mereka kembali kepada jahiliah semula. Maka datang lagi bencana dari Tuhan iaitu selsema Burung, dan seterusnya selsema babi atau H1N1. Kita dapat rasai kerana ramai saudara-saudara kita di Malaysia yang meninggal di sebabkan virus ini.

Di pendekkan cerita Kalau kita lihat satu keluarga sebagai kiasan agar kita dapat tahu bahawa setiap kejadian yang Tuhan berikan pada kita mempunyai meseg yang tersirat. Seorang Ayah mempunyai anak. Dia tahu asal usul anak itu kerana anak itu adalah anaknya sendiri.dari kecil dia membesarkan anak itu dengan penuh kasing sayang. Apa yang dikehendaki oleh anaknya si ayah berikan. Pada suatu hari anaknya membuat kesalahan maka si ayah menegurnya dan si anak buat lagi maka si ayah merotannya sehinggakan anak itu menjadi manusia yang berjaya. Dari cerita ini sebab apa si ayah merotan anaknya?? Kejamkah ayahnya?? Semestinya untuk mendidik anaknya supaya menjadi manusia yang Berjaya. Ini anak yang baik kerana setiap teguran ayahnya dia mengigatkan kembali kasih sayang ayahnya yang membesarkannya dari kecil sehingga besar. Kalau anak yang negative rasa2 macam mana pulak?? Mungkin akan menjadi sebaliknya..

Maka setiap bala Tuhan yang menimpa kita semuanya adalah Tarbiyyah daripada Allah kepada kita agar kita menjadi hamba yang berTaqwa kepadanya. Agar kita selamat di akhirat kelak. Jika teguran ini kita tidak endahkan bahkan kita mengatakan ini bencana alam atau sebaliknya maka tunggulah bala Allah seperti yang berlaku pada zaman Nabi Lut dan Nabi Nuh. Ayuh kembalilah kepada Tuhan jika tidak Allah tidak akan campur tangan bahkan membiarkan manusia di dalam kesesatan yang nyata nauzubillah…..

Tuhan Ampunkan Kami dan selamatkan Negara kami dari bencana ini dan bantulah kami agar Islam kembali menyuburi dunia ini terutama Negara kami Malaysia.