Sahabat Intim Blog Ini

Monday, December 21, 2009

800 PELAJAR CEMERLANG UPSR SELANGOR DI RAIKAN

Kerakaan Pakatan Rakyat Selangor raikan 800 pelajar Cemerlang UPSR

SHAH ALAM, 21 Dis: Seramai 800 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pelbagai kaum seluruh negeri menerima sumbangan berjumlah RM120,000 daripada kerajaan negeri sempena sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumbangan berupa wang tunai 50 ringgit, beg sekolah, set geometri dan kalkulator disampaikan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar kepada kumpulan pelajar cemerlang yang berasal dari keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan ke bawah ini.

“Saya berharap bantuan ini akan dapat menggalakkan pelajar untuk kembali ke sekolah selain membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Dewan Raja Muda Musa,Kompleks Belia Seksyen 7, di sini pagi tadi.

Beliau juga berharap sumbangan ini dapat meningkatkan semangat anak-anak yang dapat 7A dan juga pada masa yang sama untuk ibu bapa agar memberi galakan kepada anak-anak untuk terus belajar.

Program ini membabitkan 265 pelajar sekolah kebangsaan, 270 pelajar sekolah tamil dan 265 pelajar sekolah Cina yang menerima bantuan berjumlah RM150 seorang.

Hadir sama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

1 comment:

Unknown said...

Mengenai bantuan, RM150, mengapa dari sekolah kebangsaan tidak dinyatakan berapa jumlah pelajar Melayu dan bukan Melayu? Sudah tentu jumlah pelajar Melayu yang menerima bantuan jauh lebih kecil berbanding 2 kaum tersebut kerana sekolah kebangsaan juga mempunyai 2 kaum tersebut. Adilkah begitu? Bagi sumbangan RM50 pula, dari sebuah sekolah kebangsaan luar bandar yang saya tahu, dari 9 orang yang mendapat 5A, hanya 1 orang mendapat RM50 tersebut. Alasannya ia hanya terhad untuk 1 orang dari setiap sekolah. Itu bagi sekolah kebangsaan. Yang anehnya, bagi sekolah jenis kebangsaan, mereka dapat berhubung terus dengan kerajaan Selangor, tanpa melalui ketua kampung. Maka jumlah mereka yang menerima sumbangan tidak diketahui. Harap dapat penjelasan dari pihak kerajaan. Apakah manfaat orang Melayu mengundi PAS sekiranya kebajikan mereka tidak dapat dijaga? Bagaimana untuk memotivasikan pelajar Melayu sekiranya perkara ini berterusan. Saya rasa situasinya akan bertambah parah menjelang keputusan SPM nanti. Tolonglah pastikan masyarakat Melayu tanpa mengira latar belakang parti juga terbela.