Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, February 19, 2009

PEMILIHAN AJK BARU MASJID BUKIT SENTOSA RAWANG

Ahad,15 Februari 2009-Mesyuarat Agung Masjid Bukit Sentosa yang bermula tenang bertukar tegang apabila pihak Nazir Masjid Bukit sentosa Hj. Hassan Ariffin dengan dipersetujui oleh Orang Besar Hulu selangor untuk menunda mensyuarat ke tarikh yang baru iaitu 9/3/2009 jam 2.30 petang.Keputusan penundaan tersebut jelas tidak dipersetujui oleh ahli kariah masjid yang datang daripada semua surau-surau yang bernaung di bawah Masjid As-Salam. Ini terbukti apabila ramai daripada mereka bangun menyuarakan ketidakpuasan hati sebaik sahaja Orang Besar Hulu Selangor menamatkan ucapan. Mereka meminta penjelasan kenapa mesyuarat ini perlu ditangguh kerana ahli qariah telah cukup untuk diadakan mesyuarat.Ini memaksa Nazir Hj. Hassan Ariffin bangun mencapai mikrofon untuk menerangkan kenapa ini berlaku. Malangnya, penerangan yang diberikan bukan sahaja tidak jelas, malah menimbulkan tandatanya kepada orang ramai.Ahli qariah masih tidak berpuas hati dan meminta mesyuarat dibuat pada hari tersebut juga kerana adalah menjadi masalah untuk hadir pada tarikh yang akan ditangguhkan. Ini juga kerana ahli qariah telahpun cukup untuk dilangsungkan mesyuarat. Ramai yang berpendapat penangguhan tersebut sebenarnya adalah kerana jumlah ahli qariah yang didaftarkan oleh parti pembangkang di Selangor terlalu sedikit yang hadir berbanding dengan ahli-ahli qariah yang menyokong kerajaan Negeri.Apabila seorang ahli Qariah cuba mencapai mikrofon dan mula cuba memberikan 'ceramah Palestin', ahli-ahli qariah yang lain telah bertindak merampas mikrofon tersebut dan berlaku sedikit aksi tolak-menolak. Pihak Rela yang bertugas dengan segera mengambil tempat dan mengawal keadaan disamping beberapa pegawai Polis yang berpakaian preman.Keadaan dapat dikawal kembali apabila Ustaz Nurkhalil, penyelaras masjid membacakan peraturan untuk melantik AJK masjid dan akhirnya kaedah undian 'angkat tangan' dijalankan walaupun tidak dipersetujui oleh Nazir dan Orang Besar Hulu Selangor!Aktiviti undian dijalankan bermula dengan jawatan Nazir hinggalah ke jawatan Ketua Muslimat.Ketika undian sedang berlangsung, Haji Hassan & Orang Besar Hulu Selangor telah bertindak meninggalkan majlis dan jelas wajah ketidakpuasan hati pada mereka.Segalanya berakhir kira-kira jam 2.30 petang.Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa betapa terdesaknya pihak pembangkang di Selangor yang masih tidak dapat menerima realiti kekalahan mereka di negeri ini. Yang hadir semalam adalah ahli-ahli qariah surau-surau sekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang juga merupakan tulang belakang surau-surau tersebut. Umum mengetahui bahawa di bawah pemerintahan BN di Selangor sebelum ini, hanya surau-suraulah tempat ahli-ahli PAS dapat menjadi AJK dan mengimarahkannya sedangkan masjid-masjid dikuasai oleh ahli-ahli UMNO yang jelas tidak dapat mengimarahkan masjid dengan baik. Ada sesetengah masjid yang hanya dapat melakukan aktiviti keagamaan yang minima kerana AJK yang dilantik bukanlah mereka yang 'kaki masjid' sebaliknya hanya kerana mereka ahli UMNO, maka mereka dilantik untuk mengelakkan masjid dikuasai oleh ahli-ahli PAS. Senarai AJK Masjid sebelum ini juga perlu di'periksa' oleh pimpinan UMNO sebelum disampaikan ke pihak atasan iaitu JAIS, MAIS dan Istana.Inilah hakikatnya sikap sebenar UMNO, yang sebenarnya merekalah yang mempolitikkan masjid. Terlalu banyak bukti untuk dinyatakan... boleh dicari sendiri..Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka dan dapat bersama-sama bersatu dengan mengenepikan fahaman politik dalam memajukan Islam dan Ummah!

Tuesday, February 17, 2009

Sama-sama kita Bogelkan Rasuah Khir Toyo !

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

MARI MESYUARAT BUAT PEMILIHAN YANG JITU

Maklumat Mesyuarat Agung Cawangan dalam PAS Zon Bukit Beruntung

1. PAS Cawangan Taman Bunga Raya-Apartment Anggerik
Tarikh - 1 hb Mac 2009
Masa - 8.30 pagi
Tempat - Markas PAS ZBB
Tetamu Jemputan - Akan diberitahu kelak

2. PAS Cawangan Taman Bunga Raya-Apartment Teratai
Tarikh - 1 hb Mac 2009
Masa - 10.00 pagi
Tempat - K-1-37, Apartment Teratai
Tetamu Jemputan - Tn. Haji Wahid Basri (YDP PAS Kawasan Hulu Selangor)

Monday, February 16, 2009

DEBAT ANWAR & NAJIB LAGI BEST!

Cadangan Debat MB antara Nizar vs Zamri !
Gabungan Mahasiswa Bersatu perak (BERSATU), bersedia menganjurkan debat terbuka antara Yab Dato Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin dengan Yb Dato Zambry Abdul Kadir bagi menyelesaikan kemelut politik di perak secara intelektual.Bagi mahasiswa isu di perak ini perlu di jelaskan dengan baik dengan diketemukan kedua-dua tokoh di dalam pentas perdebatan. Hasrat ini sekaligus akan membuka minda rakyat perak terhadap isu yang berlaku hasil dari penjelasan kedua-dua belah pihak. Pada satu masa dahulu, mahasiswa merupakan agen pentas perdebatan politik yang sihat melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang.Contohnya ialah Debat Agung Ekonomi Universiti Malaya . Ia dianjurkan oleh mahasiswa dan ahli panelnya juga dipilih oleh mahasiswa. Kini, debat politik sedemikian amat jarang diadakan. Yang ada ialah forum-forum yang melibatkan ahli-ahli panel yang sealiran sahaja. “Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang politik. Jangan kita takut dengan bayang-bayang sehingga semua yang berkaitan dengan politik dianggap kotor dan semua yang berkaitan dengan politik dianggap berbahaya.Sememangnya ada perbezaan di antara politik dengan parti politik, di antara isu politik dengan isu parti politik, di antara politik kepartian dengan politik non-kepartian dan di antara politik partisan dengan politik non-partisan. Ini hanyalah sebahagian daripada ilmu politik. Ilmu politik adalah sebahagian daripada disiplin yang perlu didedahkan kepada mahasiswa.Disinilah relevannya mahasiswa menganjurkan debat politik ini” Memetik kata-kata Presiden Bersatu Perak, Saudara Mohd Hafez bin Sabri selepas mempengerusikan mesyuarat Himpunan Mahasiswa Perak di Kuala Lumpur semalam Mahasiswa kini perlu menuntut semula hak mereka untuk mengadakan program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan diskusi. Mahasiswa juga sepatutnya perlu berkecimpung dengan masalah penderitaan penoreh, petani dan nelayan.Kemiskinan yang menjadi isu utama perlu diperjuangkan mahasiswa..Selain itu mahasiswa juga menuntut (Speaker’s Corner) yang menjadi nadi suara mahasiswa untuk sampai kepada rakyat dan ianya perlu dihidupkan semula yang mana satu ketika dahulu pernah diberi gelaran sebagai Hyde Park Malaysia .Di sanalah mahasiwa mengadakan dialog dan perbahasan mengenai pelbagai isu mengenai mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara dengan bebas. Seminar dan diskusi tentang pelbagai isu di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah. Resolusi perbincangan tersebut dibentang dan dikeluarkan mahasiswa untuk tatapan umum dan kerajaan melalui penerbitan akhbar, majalah dan risalah.Selain itu mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka dengan demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka dan sesetengah mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik seperti Parti Rakyat dan sebagainya.

Wednesday, February 11, 2009

PESANAN PRESIDEN PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan. PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran DUN akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihanraya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepadaseluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Presiden PAS

Perutusan MB Perak , YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar

Jamaluddin BismilahirRahmanirRahim.Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negerisecara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri BesarBerhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di PejabatHari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri PerakSaya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDINMenteri Besar Perak

Perutusan MB Perak , YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar

Jamaluddin BismilahirRahmanirRahim.Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negerisecara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri BesarBerhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di PejabatHari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri PerakSaya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDINMenteri Besar Perak

Tuesday, February 10, 2009

TARBIYAH PAS YANG UNGGUL

Semua orang akur bahawa tarbiah penting dalam menjana kekuatan parti dan menyediakan tenaga kerja kepada parti untuk akan datang. Di antara rahsia kekuatan Pas sehingga mampu berada dipersada perjuangan di negara ini kerana bertunjangkan kekuatan tarbiah yang menjadi agenda penting kepada parti.
Peranan tarbiah tidak ada noktah terakhir, malahan ia terus berjalan seiring dengan proses kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia juga tidak terhenti kepada ahli bawah sahaja malahan juga kepada mereka yang bergelar pemimpin. Kita akan mengalami kepupusan ahli dan kepimpinan pada masa akan datang jika pengurusan tarbiah tidak diatur dengan baik. Tenaga kerja untuk menggerakkan pilihanraya akan terbantut apabila sistem tarbiah tidak berjalan dengan teratur.
Program anjuran kerajaan juga akan tergendala jika kita mengabaikan perkara ini, kerana jentera kerajaan agak minima untuk membantu. Kita juga tidak boleh mengharapkan jentera kerajaan, kerana bidang tugas dan agenda yang berbeza. Walaupun kita menang program parti yang semakin bertambah kerana permintaan yang banyak. Walaupun ada peruntukan untuk membuat program melalui wakil rakyat, tetapi jika kita tidak ada tenaga maka program tidak boleh laksanakan. Perlu wujudkan Jabatan Tarbiah dengan pegawai dan perkeranian sepenuh masa dan bergaji. Ia bertugas untuk memantau perjalanan tarbiah di kawasan-kawasan. Menyediakan bank maklumat usrah dan tenaga tarbiah dan mengetahui secara ditil kebolehan yang ada pada seorang ahli. Terutama sewaktu kita menang kita memerlukan orang yang fikrah tulin Pas yang mengemudikan parti dan membawa negeri dengan manhaj parti. Pengurusan Jabatan Tarbiah samalah seperti Jabatan pilihanraya negeri yang mesti bergerak dengan sistem kepejabatan.
Di antara perkara yang perlu diuruskan dengan baik untuk meningkatkan program tarbiah
A.Penyusunan usrah
Kegiatan usrah adalah satu kewajipan, kerana ia adalah merupakan tonggak kepada program tarbiah. Jika usrah berjalan dengan baik maka banyak perkara dalam jamaah dapat diselesaikan dengan baik. Tidak timbul lagi soal cawangan mati, wang tidak ada, ahli tidak bertambah, perkaderan tidak wujud.
Jenis usrah
-Usrah Pas Pusat
-Usrah Dewan Ulama’,Pemuda, Muslimat
-Usrah Badan Perhubungan Pas Negeri
-Usrah Kawasan
-Usrah Cawangan.
*Penting sekali ialah Usrah Nuqaba’ (iaitu mereka yang terpilih untuk membawa usrah. Usrah bentuk ini baru dapat kita buat saringan dan peningkatan fikrah kalangan pesertanya). Kerana usrah yang di atas tadi hanya sebagai satu kegiatan untuk membentuk fikrah secara umum dan tidak bertahap dan ia hanya mengikut penjawat dalam parti walaupun dari segi fikrahnya masih minima tentang pemahaman Islam dan gerakan. Sedangkan usrah nuqaba’ ia bertahap dan mempunyai bebanan tugas kepada setiap ahli seperti hafalan, taklif menyediakan bahan. Perkara ini tidak dapat kita laksanakan dalam konteks usrah umum. Sekurangnya mesti ada dalam setiap kawasan 10 orang ahli usrah nuqaba’.
Usrah remaja untuk anak ahli Pas
Kita perlu meninggalkan pelapis parti untuk akan datang. Tenaga pelapis tidak wujud jika kita tidak menyediakan tapak daripada awal lagi. Usrah wajib diadakan untuk menyelamatkan parti dan zuriat kita meneruskan perjuangan ibu bapanya. Dalam suasana mendidik anak yang begitu mencabar, anak merupakan ujian dan fitnah kepada ibu bapa dan jamaah jika kita tidak bentuk dengan betul. Anak-anak kita lebih selesa dengan kawannya yang sebaya. Maka usrah remaja perlu diadakan, InsyaAllah anak kita terselamat daripada kancah kerosakan.
Caranya
-Tubuhkan unit usrah remaja samaada unit amal atau nisa’ yang berumur 13-18 tahun di setiap cawangan Pas.
-Umur seperti begini agak mudah untuk dibentuk
-Naqib terdiri daripada remaja juga yang umur lebih sidikit daripada ahli usrah. Kerana naqib seperti ini lebih memahami jiwa keremajaan.
-Buku yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat Pas Pusat “Tajuk-Tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh” boleh dijadiklan rujukan di samping buku yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Pas Pusat.
-Buat di rumah secara gilir dan sediakan sedikit minuman dan makanan ringan secara mingguan.
*NOTA PENTING: Pesan kepada anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran kena mengikuti usrah Pas. Pesan juga kepada anak yang sudah bekerja kena cari usrah Pas jangan pula menakutkan anak supaya jauh daripada Pas. Kita tidak mahu berlakunya kecelaruan fikrah di kalangan anak-anak kita. Dalam Suasana yang pihak musuh yang cuba merosakkan anak-anak kita dengan program PLKN, BTN (Biro tatanegara), minggu suaikenal di pusat pengajian tinggi. Program ini semuanya menjurus supaya anak kita jauh daripada perjuangan bapanya. Kecuaian ibu bapa Pas tidak berperanan untuk menjuruskan anak kepada perjuangan berakhir dengan mala petaka meninggalkan anak sebagai penentang kepada pejuangan Pas. Cukupkah kita hanya berbangga dengan kehebatan Pas di zaman kita sedangkan kita tidak meninggalkan benih pejuang untuk masa akan datang. Dalam apa keadaan sekalipun anak tidak boleh disalahkan, kerana yang boleh disalahkan ialah ibu bapanya yang tidak membawa balik pejuangan Pas ke dalam rumah. Contoh yang ditunjukkan oleh baginda nabi Muhammad SAW melatih Saidina Ali, Asma’ Abu Bakar, Abdullah Abu Bakar walaupun mereka masih muda telah diberi peranan untuk menjayakan misi hijrah baginda ke Madinah
Usrah Di Sekolah
Samaada sekolah Pas, sekolah kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta perlu diadakan program ini. Mereka adalah bakal pemimpin masa akan datang samaada sebagai ahli politik, bekerja di sektor swasta atau badan berkanun. Pelajar yang berada tingkatan 5 (17 tahun) sekarang ini bakal menjadi pengundi PRU 13. Sebab itu Umno menggunakan kaedah PLKN, Biro Tata Negara dan minggu suaikenal di universiti untuk mencapai cita-cita mereka.
Caranya
-Guru-guru Pas di sekolah kena berperanan besar dan berjiwa besar dengan mengorbankan sedikit wang dan masa untuk masa depan perjuangan Islam
-Pilih pelajar-pelajar yang berbakat dan cerdik dahulu disamping pelajar-pelajar lain.
-Program boleh dibuat selepas kelas dalam masa 45 minit sudah cukup.
-Sekali sekala ajak pelajar datang kerumah untuk jamuan kepada mereka.
-Kalau ada masa boleh bersukan dengan mereka
-Muqarrar usrah boleh pakai topik yang sama seperti usrah remaja.
-Sekali sekala (satu kali sepenggal) atur program qiamullail, khemah ibadah dan wujud suasana beragama dan kecintaan kepada agama.

Friday, February 6, 2009

KERAJAAN BARU (Kerajaan Haram) PERAK BERMASALAH

Keadah tubuh k'jaan baru BN Perak bermasalah : Suhakam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)."Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui," tambahnya.Menurutnya, bersempena menyambut Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2007, Suhakam telah memfokuskan kepada keperluan dan pentingnya pilihanraya yang adil dan bebas. "Walaupun Suhakam mendapati pilihanraya di Malaysia pada umumnya bebas, tetapi ia tidak adil sepenuhnya kerana ada contoh berlaku penyelewengan kemudahan dan dana kerajaan sewaktu tempoh kempen pilihanraya, termasuk kawalan ke atas media."Juga terdapat dakwaaan berlakunya politik wang dan perbuatan membeli undi," katanya.Bagaimanapun, Suhakam juga mendapati ada pembaikan dalam proses pilihanraya dalam pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil baru-baru ini.Perak dilanda krisis politik apabila empat Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi Adun bebas dan seorang daripadanya kembali merujuk BN.Berikutan itu, jumlah kerusi yang dimilik Pakatan di DUN Perak tinggal 28 dan sama jumlahnya dengan kerusi Barisan Nasional.Ketiga-tiga Adun bebas itu kemudiannya menyatakan sokongan mereka kepada BN.Tindakan itu sekali gus memberi kelebihan majoriti kepada BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru.Sultan Perak menolak permohonan Pakatan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan semula.Keadaan menjadi tegang apabila Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak.Berikutan itu, kesemua 28 Adun Pakatan memulaukan majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang tadi. Ribuan orang penyokong Pakatan Rakyat berkumpul membantah pelantikan menteri besar baru selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata berkali-kali.Masjid tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari Istana Iskandariah - tempat berlangsungnya majlis angkat sumpah menteri besar yang baru.

Wednesday, February 4, 2009

MANA GARIS PANDUAN BINA TEMPAT IBADAT ?

Penduduk Islam di Jalan Widuri, Bukit Beruntung 3 meminta penjelasan pembinaan kuil mini Hindu di Kesumba yang menimbulkan kegelisahan majoriti penduduk di situ.Laporan telah dihantar ke Majlis Daerah Hulu Selangor tetapi tiada tindakan lagi dibuat.
PBT atau lebih elok lagi Kerajaan Selangor dan lebih baiklagi Kerajaan Malaysia melalui Kementerian harus ada garispanduan bina tempat ibadat dan di panjangkan pada rakyat melalui pekeliling dan media serta akhbar. Isu ini penting bagi mengelakkan salah faham dan pergaduhan kaum kelak. Garis panduan haruslah mengambilkira majoriti penduduk , berapa tempat ibadat dalam satu keluasan kilometer persegi dan jenis perumahan seperti kawasan kondominium atau rumah pangsa.Sedemikian peranan Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat , Ahli Majlis dan pegawai yang telibat amatlah diperlukan buatmasa ini dan seterusnya.

Tuesday, February 3, 2009

KULIAH UMUM /USRAH KHAS

Kuliah Umum bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Yang Berkhidmat Ustaz Sallehin Mukhyi
Tarikh : 8 Februari 2009, Hari : Ahad ,Masa : Lepas Maghrib,
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Jalan Anggerik 3Berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa,Bukit Sentosa 2
Jemput hadir beramai-ramai
*******************************************************
-USRAH KHAS BERSAMA SALLEHIN MUKHYI
Tarikh : 8 Februari 2009 , Masa : 10.00 malam ,
TEMPAT : Markas PAS Cawangan Bukit Sentosa 2Jalan Seroja 1,Bertentangan jalan masuk ke Surau Al-Muttaqin.....................................................Ahli Semua Dijemput .........

NAJIB & SPR SIAPA? SULTAN PERAK SIAPA?

Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof akan dipertanggungjawabkan kerana dikatakan telah bertindak keterlaluan dengan melakukan penghinaan kepada Sultan Perak. Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada hari kelmarin telah menghadap be bawah duli Sultan Perak untuk memaklumkan kekosongan dua kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan dilaporkan oleh Perak Daily bahawa baginda telah perkenan supaya pilihanraya kecil diadakan. Baginda yang pernah menjadi Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982 sehingga 3 Februari 1984 dimana baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah adalah orang yang lebih memahami undang-undang negara ini berbanding Najib dan seluruh jentera SPR sendiri. Namun keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipercayai telah dipengaruhi oleh anasir luar terutama TPM Datuk Seri Najib yang telah berusaha merampas Perak dengan cara tidak beretika yang telah memutuskan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah kosong melalui peletakan jawatan masih disandang oleh wakil-wakil rakyat PKR adalah keputusan yang disifatkan sangat mengelirukan dan menghina DYMM Sultan Perak. YB Khalil Idham Lim, ADUN Titiserong menyatakan "tindakan SPR mendakwa tidak boleh menggunakan kuasa bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan bagi kedua-dua kerusi tersebut seperti kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof jelas sesuatu yang menghina DYMM Sultan Perak." "Lebih malang apabila dokumen yang dipertikaikan oleh SPR itu telah diserahkan kepada DYMM Sultan Perak kelmarin oleh Menteri Besar Perak, dan mendapat ulasan banyak pihak seperti bekas Hakim dan bekas Pengerusi SPR mengenai SPR yang patut akur dengan keputusan Speaker sesuai dengan peruntukan undang-undang yang diberi," tambah beliau. Pagi ini, YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengadap DYMM Sultan Perak dipercayai untuk memohon limpah perkenan dari Tuanku bagi mendapat laluan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan mengadakan Pilihan Raya Baru