Sahabat Intim Blog Ini

Monday, June 27, 2011

POLIS RAMAI BERMASALAH !

Rasuah: Koperal dipenjara 14 hari
27/06/2011 11:56am

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Koperal dipenjara 14 hari serta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan meminta suapan daripada seorang penunggang motosikal tiga tahun lalu.

Hakim Chan Jit Li yang menjatuhkan hukuman di dalam kamar turut memerintahkan penjara tambahan sebulan terhadap Nordin Muhamad Nor, 47, jika dia gagal membayar denda.

Nordin yang bertugas di Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dituduh meminta RM180 daripada Khoo Shu Shan di bulatan Teluk Wanjah pada 1 November 2008.

Wang itu adalah sebagai dorongan supaya Shun Shan tidak disaman kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Nordin yang diwakili peguam Saw Hoe Teik dituduh mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Iznina Hanim Hashim. - Bernama

No comments: