Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, July 28, 2011

SALAM RAMADHAN 1432 Hijriah Dari Cawangan Kami


wAKTU mENGALIR bagaikan aiR, Ramadhan Suci segera HadiR,
aDA Luka yang pernah teruKIR, Ada khilaf yang Sempat TerguliR,
Mohon Maaf Lahir Bathin

Monday, July 25, 2011

KALAU PEREMPUAN 9 BULAN DAH DAPAT BAYI , JANJI BN HANYA TINGGAL JANJI


GUA MUSANG, 25 Julai: Selepas 9 bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).

Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.

Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.

Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.

Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.

“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.

“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.

Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang.

Sunday, July 24, 2011

BEGINILAH NASIB DIRIKU YANG MALANG, OH TUHAN !

Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.
Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.

Saturday, July 23, 2011

ALLAHYARHAM BAHARUDDIN DIDEKASI IJAZAH DOKTOR KEHORMAT

Allahyarham Baharuddin Antara 7 Dapat Ijazah Doktor Kehormat

Ambiga hadiahkan ‘hero’ Bersih 2.0 ijazah Doktor Kehormat

KL, 23 Julai 11: Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Selain mereka, beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak fundamental mereka.

“Ada sesetengah pihak di kerajaan yang menentang kaedah yang digunakan untuk menghalang kami. Malah, doktor-doktor juga keluar dari zon selesa mereka untuk bercakap menentang ketidakadilan,” kata Ambiga (gambar) dalam ucapan menerima ijazahnya.

Ambiga merupakan bekas penuntut University of Exeter dan menerima ijazah undang-undang beliau tiga dekad lalu.

Teks ucapannya dikeluarkan di sini.

“Dan, sudah pasti ada peguam-peguam dan media bebas yang berdiri di pihak yang benar dan keadilan.

“Bagaimanapun, hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata beliau lagi.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada “kesemua mereka.”

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya. Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu.

Baharuddin didakwa mati selepas melarikan daripada tembakan gas pemedih mata oleh polis di kawasan KLCC tetapi polis pula mempertahankan ahli PAS itu meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, perkembangan sepanjang enam minggu lalu dalam menggerakkan sokongan bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil telah mengajar beliau lebih daripada apa yang dialami sepanjang tiga dekad lalu sebagai seorang peguam profesional.

“Pasukan saya dan saya berhadapan dengan tekanan sepenuhnya daripada kerajaan yang berkuasa, dan kemudian saya sedar tentang kepentingan kebebasan institusi-institusi kerajaan, khususnya kehakiman, untuk menangani salah guna kuasa,” katanya.

Justeru kata Ambiga, beliau juga sedar tentang kedaulatan undang-undang yang sebenar dan bagaimana ia juga tidak boleh wujud. (IH/The Malaysian Insider)

Friday, July 22, 2011

LYNAS ...ANDA PERLU TAHU !

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700juta.

2. 100% milik Lynas Australia .

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan ‘rare earth oxide ‘ setahun.

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8. Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia .

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

e) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

14. ‘Rare earth ore’ yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!

17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

a) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.

b) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.

c) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

d) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

e) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

f) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

g) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxUS8WH2-2KhTtowlSQsvgEmEnyvSaLIRqBGZ9sVewmDnaKU3_MZoo8sy4jPXnnGngj9z33asimI0gqeKhlj9nAw4c78hjoz89DurWLgkYZzwfukedpcD6JHUI9Le_owPWZ3hsEVfqC1E/s400/lynas.jpg


19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh yang tinggal di kawasan yang terkawal.

22. Kesan Kepada Ekonomi:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

a) ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

b) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

c) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

d) Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

e) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia .

f) Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

g) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

h) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

i) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

j) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals ( California ).

k) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

l) ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

m) Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi . Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

n) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun perolehan LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Sunday, July 17, 2011

RAKYAT MINTA TEH , KERAJAAN BN BAGI KOPI ...PASAL TU BERSIH 2.0 JADI

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Thursday, July 14, 2011

MALANG SEORANG PI EM DI LONDON

Malang lagi buat Najib.. Lunch pula dibatalkan PM Britain..
Sudahlah semalam ketibaan Najib di London tidak disambut dengan hamparan permaidani merah dan yang menyambutnya pula bila Najib tiba di lapangan terbang Farnborough hanya Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald serta Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone walaupun lawatan itu kononnya dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Berita berkaitan sila baca di SINI

Hari ini pula disambut pula dengan protes oleh sekumpulan kecil yang membawa plakad berwarna kuning diluar Downing Street dimana Perdana Menteri Britain David Cameron dijadualkan makan tengahari bersama Najib..

Lebih malang lagi pula.. Perdana Menteri Britain David Cameron membatalkan makan tengahari bersama Najib itu kerana beliau sibuk dengan agenda lain…

Kah..kah..kah… WHAT A SHAME!!! Tapi padan muka hang Najib, pencacai UMNO bolehlah hang tipu, pencacai UMNO bolehlah hang nak kerah suruh berhimpun dengar ucapan hang, pasal depa bengong.. depa buta IT ditambah dengan buta hati.. tapi masyarakat dunia bukanlah sebodoh pencacai UMNO!!

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/07/malang-lagi-buat-najib-makan-tengahari.htm

Wednesday, July 13, 2011

POLIS DIKECAM DARI LUAR DAN DALAM !

Semalam kita baca kecaman dari PBB (luar negara)atas tindakan Kerajaan BN melayani perhimpunan Bersih. Kini dalam negara lagi dasyat).

Dewan Muslimat PAS Pusat (Dewan Muslimat) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis era pentadbiran Najib Tun Abdul Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein Onn yang telah memilih untuk menggunakan tindakan kekerasan dalam menghadapi dan menangani Himpunan Aman Rakyat ”Bersih 2.0” pada 9 Julai 2011 yang lepas.

Tindakan kekerasan Polis ini terzahir secara jelas menerusi penggunaan semburan air berkimia ”water canon” (difahamkan kepekatannya ditingkatkan sehingga 30% daripada biasa), penggunaan gas pemedih mata ”canister” (difahamkan diimport daripada syarikat yang sama membekalkan bahan tersebut kepada tentera Israel untuk digunakan ke atas ummat Islam Palestin), penggunaan ”cota” atau kayu belantan untuk menakutkan serta memukul rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata, penggunaan pengikat tangan daripada plastik wrap bergerigi yang berpotensi mencederakan dan menjerat tangan mangsa lebih kuat dan cengkam bilamana pergerakan pergelangan tangan mangsa berlaku.

Tidak terkecuali Polis juga telah melakukan ”direct physical contact” terhadap para peserta himpunan termasuk menendang, memukul, menutup mulut, menampar, menarik secara kuat sepenuh kudrat, mengheret, mencekik, memijak, menindih dan pelbagai macam tindakan lagi yang jelas dapat kita lihat berlaku di hadapan mata kita pada hari kejadian yang kami ungkapkan sebagai ”Tragedi Berdarah 709”.

Tindakan melepaskan ”peluru gas pemedih mata - canister” secara membidik tepat kepada khalayak rakyat yang berhimpun secara aman, bahkan ada lokasi tertentu yang rakyat jelas kelihatannya duduk dan merayu agar tidak ”ditembak”, juga adalah suatu tindakan yang melampau, sangat dzalim, tidak berperi kemanusiaan dan seolahnya Polis ketika itu merupakan ”sekumpulan Penjenayah dan Pembuli yang berlesen”. Semua ini dapat dilihat dan dibuktikan secara jelas oleh rakyat serta wakil-wakil media yang hadir dan sempat membuat rakaman daripada pelbagai sudut. Keseluruhan tindakan kejam ini sangat tidak boleh diterima oleh aqal kita sebagai masyarakat madani. Ianya dilihat lebih mirip kepada budaya barbarian dan kehidupan manusia yang tidak bertamaddun.

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat salah laku oleh pihak PDRM, pencabulan undang-undang serta perlanggaran Keluhuran Perlembagaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sepanjang menangani Himpunan Aman Bersih ini ; khususnya oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua dan Timbalan Polis Negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang ”gangguan”.

Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin. Syor-syor SUHAKAM yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, DMPP mendesak agar SUHAKAM diberikan kuasa undang-undang khususnya untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang terbukti melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dewan Muslimat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0, semua badan NGOs dan parti-parti politik yang bergabung menjalankan Kempen Bersihkan Pilihan Raya Malaysia.

Dewan Muslimat menyanjung tinggi keberanian Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama yang komited dan konsistan dalam usaha kita semua menjayakan Kebangkitan Rakyat pada 9 Julai 2011 yang lepas, khususnya bagi menuntut 8 perkara berkaitan Reformasi Pilihan Raya negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya ini adalah ”Hadiah” paling bermakna kepada seluruh rakyat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada 31 Ogos akan datang. Justeru, Dewan Muslimat ingin menyarankan agar seluruh warga, pendokong dan penyokong Kempen Bersih ini mengenakan (memakai) pakaian berwarna Kuning pada tanggal 31 Ogos 2011 itu nanti sebagai manifestasi solidariti kita semua untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan bermakna untuk seluruh rakyat.

Dewan Muslimat turut menyelar semua pihak yang terlibat menafikan hak dan kewajaran Bersih 2.0 daripada menggunakan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011. Pandangan Patriot melalui Abdul Aziz (MT UMNO) misalnya yang mengatakan bahawa Stadium Merdeka adalah ”tempat yang suci” dan Bersih 2.0 tidak layak diberikan tempat di Stadium Merdeka adalah ternyata satu kenyataan yang biadab, tidak menghormati rakyat, derhaka dan tidak menghormati KDYMM Tuanku Mizan , bahkan suatu kenyataan melulu yang tidak matang dan bersifat munafiq.

Dewan Muslimat mencabar UMNO dan Pemuda UMNO khususnya, bagi menyatakan pendirian apakah artis-artis Barat yang berpakaian menjolok mata lebih ”mulia” dan ”bersemangat partriotik” kepada negara ini berbanding rakyat Malaysia yang menuntut satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil? Yang tentunya bercita-cita dan mendambakan ”Hari Esok Yang Lebih Baik Untuk Semua Warga”? Rakyat pelbagai kaum yang sanggup berdiri bersama ”without fear and favour”, dan terbukti telahpun menghadapi setiap cabaran dan ancaman yang dilontarkan oleh penguasa dzalim, Regim Barisan Nasional!

Dewan Muslimat turut merakamkan perasaan sangat berdukacita dan takziah kepada seluruh keluarga yang saudara mereka telah menjadi mangsa kedzaliman Regim Barisan Nasional. Khususnya kepada keluarga Almarhum Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih yang telah kembali ke rahmatuLlahi pada petang 9 Julai 2011 akibat daripada ”over reaction” pentadbiran Najib.

Akhirnya, Dewan Muslimat menyokong penuh akan pendirian berupa peringatan dan saranan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang bahawa 9 Julai 2011 itu hanyalah satu muqadimah kesungguhan dan ketegasan tuntutan rakyat. Dewan Muslimat komited untuk terus memberi kesedaran kepada seluruh warga akan keperluan suatu sistem Pilihan Raya yang Bersih dan Adil bagi memastikan negara ini dapat dihormati kawan dan juga lawan.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!

Hormat Daripada,

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

13 Julai 2011, Kuala Lumpur .

Tuesday, July 12, 2011

PELUANG YANG LUM GI ! VERSI TIGA


BERSIH: PAS MAHU DEMO SEKALI LAGI JIKA ..... … - mkini

PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.

"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi. Tentang lapan tuntuan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.

Monday, July 11, 2011

PM ARAH PECAT ANGGOTA POLIS YANG GUNA KEKERASAN HINGGA MATI PENUNJUK PERASAAN

KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, kelmarin mengarahkan anggota polis yang menggunakan kekerasan dan menyebabkan kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan revolusi untuk menggulingkan bekas presiden, Hosni Mubarak supaya dipecat.

Dalam ucapan disiarkan stesen televisyen tempatan sehari selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Sharaf menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Dalam Negeri.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak mengadakan demonstrasi terbaru untuk menuntut perubahan pimpinan politik agar segera dilaksanakan bagi menggantikan pemerintahan tertinggi tentera pada masa ini.

Perdana Menteri Mesir itu juga berjanji mengarahkan pembentukan ahli jawatan kuasa untuk menyiasat semula kejadian penunjuk perasaan yang terkorban akibat tindakan kekerasan pihak berkuasa dan siasatan dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin di bawah pemerintahan Mubarak dalam tempoh terdekat.-SH

Saturday, July 9, 2011

BERSIH DIIKTIRAF SELURUH DUNIA !


Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.


http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2011/07/20117973119168783.html


http://edition.cnn.com/2011/WORLD/asiapcf/07/09/malaysia.protests/index.html

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-14076424


http://www.reuters.com/article/2011/07/09/us-malaysia-protest-idUSTRE7680B720110709

Tuesday, July 5, 2011

YANG DIPERTUAN AGUNG PRIHATIN RINTIHAN RAKYAT


Nasihat Untuk Rakyat

KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menjunjung kasih dan merakamkan rasa terima kasih terhadap DYMM Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan tepat kepada hasrat dan suara rakyat melalui BERSIH 2.0 yang memerlukan kepada perhatian jitu dari seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Tindakan baginda yang sudi untuk menerima mengadap rombongan dari Bersih kelmarin adalah gambaran yang sangat jelas tentang keperihatinan Tuanku Mizan kepada suasana politik negara yang bagi saya sangat pincang dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau oleh UMNO dan BN bagi kekal berkuasa.

Sesungguhnya seruan dari Baginda supaya kedua pihak berunding untuk menyelesaikan masalah adalah nasihat yang terbaik untuk pihak kerajaan BN yang telah menutup pintu rundingan dengan berdepan dengan rakyat secara kekerasan serta boleh mengundang kepada suasana tegang yang tidak diingini oleh semua pihak.

Sebaliknya saya beranggapan Najib tidak bertanggung jawab terhadap Yang Dipertuan Agong sebagai penasihat utama Tuanku Mizal Zainal Abidin apabila reaksi negatifnya yang melampau terhadap BERSIH 2.0 yang disifatkan sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Najib Razak dilihat sebagai seorang pemimpin yang bukan berjiwa rakyat dan tidak mampu memimpin rakyat yang mahukan perubahan dalam Negara khususnya dalam tuntutan piliharaya yang dikemukakan oleh Bersih

Penasihat yang peka dan berkhidmat secara penuh dedikasi sepatutnya peka dengan kehendak rakyat yang mahukan pembelaan yang sewajarnya, bukan mengarahkan seluruh media dan jentera kerajaan supaya membenci BERSIH 2.0.

Perdana Menteri sebagai Penasihat Utama kepada Tuanku Mizan telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan memfitnah BERSIH 2.0 dan mencetuskan rasa benci rakyat yang tidak tahu isu perhimpunan ini sehingga membawa kepada tindakan zalim kepada rakyat yang memakai baju bersih dengan ditangkap Polis secara sewenang-wenangnya..

Najib Razak telah melakukan kesilapan besar terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila hanya bersikap membisu dengan kenyataan Hisyamudin Hussien yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH 2.0 adalah pertubuhan haram dan segala yang berkaitannya haram.

Dalam hal ini Tuanku Mizan telah menilai hal serta isu yang diperjuang seluruh NGO-NGO yang bernaung dibawah BERSIH 2.0 dengan penilaian yang adil lagi saksama.

Rakyat seharusnya menilai reaksi Perdana Menteri yang tidak betul ini apabila timbul rasa tidak setuju dikalangan rakyat terhadap dengan tindakan kerajaan dalam pengurusan pilihan raya melalui BERSIH 2.0.

Friday, July 1, 2011

DUTA AUSTRALIA MEMBERI KUNJUNGAN HORMAT MB SELANGOR

SHAH ALAM 29 JUN - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Australia di Malaysia, Mr Miles Kupa di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah memberi taklimat dan penerangan berhubung perkembangan sosial dan ekonomi serta peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor.

Hadir sama pada pertemuan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato’ Mohd. Jabar Ahmad Kembali.

Pada pertemuan ini juga, Menteri Besar dan Mr Miles Kupa turut membincang mengenai isu-isu politik semasa melibatkan hubungan Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, tidak semua perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ditolak oleh Kerajaan Selangor sekiranya perancangan yang dibuat ini memberi manfaat kepada sebahagian besar rakyat.

Malah, beliau berkata, Kerajaan Selangor mengalu-alukan sebarang perancangan Kerajaan Pusat sekiranya ia menepati dasar kerajaan negeri berkebajikan yang diperjuangkan.

Mr Miles Kupa berkata, beliau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar, polisi dan perancangan Kerajaan Selangor dan akan menghantar rombongan untuk mendengar taklimat dan penerangan dari kerajaan negeri.