Sahabat Intim Blog Ini

Friday, July 1, 2011

DUTA AUSTRALIA MEMBERI KUNJUNGAN HORMAT MB SELANGOR

SHAH ALAM 29 JUN - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Australia di Malaysia, Mr Miles Kupa di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah memberi taklimat dan penerangan berhubung perkembangan sosial dan ekonomi serta peluang-peluang pelaburan di Negeri Selangor.

Hadir sama pada pertemuan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato’ Mohd. Jabar Ahmad Kembali.

Pada pertemuan ini juga, Menteri Besar dan Mr Miles Kupa turut membincang mengenai isu-isu politik semasa melibatkan hubungan Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Tan Sri Abdul Khalid berkata, tidak semua perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ditolak oleh Kerajaan Selangor sekiranya perancangan yang dibuat ini memberi manfaat kepada sebahagian besar rakyat.

Malah, beliau berkata, Kerajaan Selangor mengalu-alukan sebarang perancangan Kerajaan Pusat sekiranya ia menepati dasar kerajaan negeri berkebajikan yang diperjuangkan.

Mr Miles Kupa berkata, beliau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar, polisi dan perancangan Kerajaan Selangor dan akan menghantar rombongan untuk mendengar taklimat dan penerangan dari kerajaan negeri.

No comments: