Sahabat Intim Blog Ini

Monday, July 11, 2011

PM ARAH PECAT ANGGOTA POLIS YANG GUNA KEKERASAN HINGGA MATI PENUNJUK PERASAAN

KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, kelmarin mengarahkan anggota polis yang menggunakan kekerasan dan menyebabkan kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan revolusi untuk menggulingkan bekas presiden, Hosni Mubarak supaya dipecat.

Dalam ucapan disiarkan stesen televisyen tempatan sehari selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Sharaf menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Dalam Negeri.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak mengadakan demonstrasi terbaru untuk menuntut perubahan pimpinan politik agar segera dilaksanakan bagi menggantikan pemerintahan tertinggi tentera pada masa ini.

Perdana Menteri Mesir itu juga berjanji mengarahkan pembentukan ahli jawatan kuasa untuk menyiasat semula kejadian penunjuk perasaan yang terkorban akibat tindakan kekerasan pihak berkuasa dan siasatan dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin di bawah pemerintahan Mubarak dalam tempoh terdekat.-SH

No comments: