Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, February 29, 2012

SETAKAT NAK UMUM TAK PERLU RAPAT UMUM!

Setakat nak umum kepada Kakitangan Awam tak perlu rapat umum, kan BN menguasai media cetak dan elektronik, polis, tentera, rela dan sebagainya. Kenapa nak menyusahkan kakitangan awam datang berkumpul beribu-ribu untuk mendengar ucapan PM yang dah mereka kenal?
Kan Kakitangan ada pemgumuman secara pekeliling?


Cuepacs harap pengumuman penting PM 19 Mac
KANGAR - Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Khas Penjawat Awam yang dianjurkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Mac ini.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Najib dijangka mem­buat pengumuman penting kepada selu­ruh penjawat awam mengenai keputusan tuntutan lima perkara dibawa kongres itu berhubung isu Skim Baru Penjawat Awam (SPBA).

Menurutnya, pihaknya percaya keputusan terbaik sudah difikirkan Kerajaan Pusat dalam memastikan penjawat awam mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak perlu menunggu masa lebih lama.

“Sehubungan itu, saya menggesa sekurang-kurangnya 20,000 penjawat awam wajib hadir menyertai perhimpunan khas itu untuk menyuarakan tuntutan kita berhubung isu SBPA.

“Setakat ini, maklum balas yang diberikan amat positif dan saya difahamkan perhimpunan ini bukan sahaja bakal disertai kumpulan penjawat awam Gred Pelaksana 1 dan 2, malah turut melibatkan kumpulan pengurusan Gred 54 dan ke bawah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bengkel Pengurusan Ahli-ahli Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia di sebuah hotel di sini semalam.

Hadir sama Presiden Kesatuan Kerja Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad. - Sinar Harian

Wednesday, February 22, 2012

HUTANG NEGARA DAH BANYAK, WANG KWSP PUN DILANYAK

Kerajaan Barisan Nasional diseru jangan mengambil duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai projek di bawah inisiatifnya kerana ia boleh mengancam pencaruman 11 juta rakyat Malaysia di masa tua mereka.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini berkata sebanyak RM1.5 bilion telah diambil daripada KWSP untuk membiayai Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam DBKL.
Menurut Nong Chik, skim perumahan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membolehkan mereka yang gagal mendapat pinjaman daripada bank, kerasa bersara atau tidak berpendapatan tetap, tapi berkelayakan untuk membeli rumah untuk memiliki sebuah rumah milik mereka sendiri.
Nong Chik berkata melalui skim itu, mereka yang layak dapat membeli rumah jenis pangsapuri dengan harga antara RM25,000 dan RM35,000.
"Mereka hanya perlu membayar balik (pembiayaan itu) antara RM150 dan RM300 sebulan selama 25 tahun," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata walaupun beliau menyokong inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik, tapi langkah kerajaan untuk menggunakan duit KWSP sememangnya tidak boleh dipersetujui.
Objektif KWSP, kata Pua ialah untuk melindungi titik peluh pendapatan 11 juta rakyat Malaysia dengan memaksimakan pulangan dengan pelaburan yang paling kurang risiko untuk memberikan jaminan pendapatan selepas ahli-ahlinya bersara.
“KWSP bukan pemimjam yang terakhir untuk golongan miskin ataupun ia adalah sebuah organisasi kebajikan awam. Dengan menggunakan RM1.5 bilion duit para pekerja Malaysia untuk dipinjamkan kepada pembeli-pembeli yang tidak lulus mendapat pinjaman daripada bank hanyalah membahayakan caruman mereka dan ini adalah satu jenis salahguna kuasa kerajaan,” tegas Pua.
Jika perkara ini dibolehkan kali ini, Pua membayangkan lebih banyak projek inisiatif BN untuk tujuan politik akan dibenarkan menggunakan duit EPF atas nama kebajikan.
“Ini adalah satu selekoh berbahaya yang mengancam simpanan hari tua ahli KWSP,” kata Pua, sambil menegaskan kerajaan harus mencari dana untuk programnya sendiri dan bukannya melalui KWSP.

Monday, February 20, 2012

HARAP2 UMNO NI LEBIH MATANG

Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat yang melawat Melaka semalam disambut mesra oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ketua Penerangan Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man secara kebetulan disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka itu ketika mengadakan program mengedarkan risalah di Pasar Malam Paya Ikan Bukit Baru.

Malah Mohd Ali juga memakai baju berwarna hijau mungkin untuk meraikan kedatangan tetamu dari PAS Pusat itu.

Dato Tuan sempat bersalaman dan bertanya khabar kepada Mohd Ali. Sebaik sahaja beliau selesai bergambar dengan beberapa orang gadis di Pasar Malam itu, Mohd Ali dengan mesra menerima Dato Tuan untuk bergambar bersamanya.

Kalau begini sambutan Mohd Ali sudah tentu selepas ini program PAS dan PR tidak lagi dikacau oleh anak buah Mohd Ali terutama ketika ceramah dan program lawatan pemimpin PR ke Melaka. Malah sebelum Mohd Ali sendiri mengacau program ceramah PAS dengan berceramah di sebelah ceramah PAS.

Perangai macam budak-budak tadika.Semoga Mohd Ali berubah perangai menjadi pemimpin yang lebih matang dan professional selepas ini. Kemesraannya semalam diharapkan berpanjangan.

Friday, February 17, 2012

MISTRI TNC DIPERTIKAI ..TERBONGKAR!

PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM

KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS mempersoal tindakan melantik Prof Dr. Rugayah Mohamed (gambar)sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang baru.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, PAS terkejut dan kesal dengan perlantikan tersebut kerana Prof Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada awal Februari 2012 yang lalu.

Malah katanya, sumber yang diperolehi mendapati bahawa Prof Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua orang Timbalan Nasib Canselor dan dekan-dekan fakulti.

Kes tersebut dijangka akan dibicarakan selama lima hari mulai 29 Mac hingga 3 April depan dengan seramai 13 orang staf disapina termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Datuk Prof Ismail Bakar.

"Persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC di salah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain.

"Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan turut mempersoal perlantikan itu.

Beliau mahu penjelasan, adakah perlantikan Prof Rugayah itu dibuat melalui Jawatankuasa Pemilih khas yang ditubuhkan untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

"YB Menteri Pengajian Tinggi juga pernah berjanji bahawa setiap lantikan Naib-naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (search committee) yang ketat.

"Maka tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut," soalnya. -HD

Tuesday, February 14, 2012

ARITU KATA 40 RIBU, KINI LEBIH 200 RIBU ..MEMANG SPR MENIPU

Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.

Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. -mk

Thursday, February 9, 2012

TAK SANGKA UMNO PUNYA MENTERI BEKAS GURU YANG DUNGU !

Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.

Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.

Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.

Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.

Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.

Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.

Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.

Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT. -HD

Wednesday, February 8, 2012

BISNES TAK RUGI TAPI RAKYAT RUGI

Bisnes yang paling untung dan tak pernah rugi

Keuntungan yang dikaut oleh syarikat pembina lebuh raya melalui kutipan tol adalah berlebihan, tidak masuk akal dan menindas rakyat.
“Ini untung maha besar, untung 'maha firaun',” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini, beliau tampil berkongsi data peratusan hasil daripada kos pembinaan lebuh raya Malaysia yang diperoleh melalui jawapan Parlimen.
Beliau sambil merujuk kepada peratus keuntungan berlipat kali ganda yang diperolehi dari projek-projek lebuh raya seluruh negara. Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877% daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.
Tambah mengejutkan ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan 308% sebanyak RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.
Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202%), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149%) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion.
“Anak, cucu, cicit kita pun akan terus bayar tol,” ujar Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Katanya tol yang membebankan rakyat tetapi memperkayakan kroni ini mesti dihapuskan, merujuk kepada Lebuhraya Metramac, Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL – Karak, Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya Cheras Kajang dan Jambatan Pulau Pinang.
Guan Eng turut mengajak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka memandangkan menteri tersebut telah membuat kenyataan bahawa penghapusan tol yang dijanjikan Pakatan Rakyat adalah tidak masuk akal.
“Mengapa kita tak boleh hapuskan tol bila PLUS untung 308%? Mari bahas mengikut isu dan fakta, bukan dengan emosi dan sentiment.
“Dia seorang menteri, saya seorang Ketua Menteri, kami setara. Mari kita berdebat demi kepentingan rakyat,” tegasnya.

PENANGAN KETUA UMNO PADA KETUA WANITA UMNO

"SHAHRIZAT, JANGAN REKA CERITA!" - KETUA UMNO CHERAS

"Mengapa susah sgt nak letak jawatan?" - Syed Ali

Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.

Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh rakyatberkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya. - malaysiakini

Thursday, February 2, 2012

MAJIKAN SWASTA TERBAIK WALAU BUKAN ISLAM !


9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa.

Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun.

Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka.

Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC.

Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion.

"Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News.

Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini.

"Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi.

sinar harian/-