Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, March 22, 2009

PR TERUSKKAN KECEMERLANGAN TADBIR SELANGOR

SHAH ALAM, 22 Mac - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baharu merupakan titik tolak kepada kemampuan dan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir urus negeri Selangor.Menurutnya, pencapaian satu tahun itu dilihat amat penting dan bermakna kerana rakyat Selangor sentiasa memerhati dan menilai sejauh mana prestasi PR menerusi program dan rancangan dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (Mes).“Kita kerajaan PR dengan tulus ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi mandat, kepercayaan dan tanggungjawab kepada kita untuk merancang dan melaksanakan pelbagai kegiatan pembangunan dan ekonomi negeri bagi faedah rakyat,” katanya dalam ucaptama bersempena malam kemuncak Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu di Stadium Malawati malam tadi.Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud.Menurutnya, apa yang jelas kerajaan baharu yang dipimpin PR berusaha membangun dan memewahkan rakyat Selangor tanpa ada perbezaan kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan dalam masyarakat.Kata Abdul Khalid, sejak PR mentadbir urus negeri Selangor semua rakyat dari peringkat bayi dari usia kanak-kanak sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi hingga ke peringkat warga emas termasuk orang asli, golongan fakir dan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diberi bantuan dan perlindungan menerusi program yang dijalankan kerajaan negeri.“Alhamdulillah, menerusi Mes fasa pertama semua lapisan rakyat Selangor yang layak telah diberi bantuan kewangan, bantuan kebendaan dan peralatan untuk pembelajaran, perniagaan dan khairat kematian,” katanya menambah satu lagi agenda ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi diperkenalkan tahun ini bagi merancakkan industri dan ekonomi Selangor.Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sudahpun mengumumkan lima pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM50 bilion bagi merancakkan ekonomi di Selangor dengan menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan.“Kita percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan sekarang,”katanya.Menurutnya bagi memastikan pakej itu berjaya, kerajaan negeri memerlukan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan serta sektor swasta dari dalam dan luar negara.Tambahnya, selain pakej itu kerajaan negeri juga akan meneruskan fasa kedua Mes dengan menambah beberapa program kebajikan lain.“Dalam fasa kedua ini bantuan dan manfaat bakal diterima oleh golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri,” ujarnyaDalam masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan konsep ‘Kediaman Untuk Semua’ di mana setiap rakyat bakal mempunyai kediaman menurut kemampuan masing-masing dalam tempoh yang bersesuaian. - MURIZA ABDUL HAMI

Wednesday, March 18, 2009

WARKAH MISTERI PADA NURIN JAZLIN

Warkah Duka Buat Adik Nurin Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senantiasa di bawah kasih-sayang Ilahi. Tujuan abang menghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan mengimbau kenangan sepanjang adik meninggalkan abang dan rakyat Malaysia. Hari ini, hampir 555 hari adik meninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih tidak dapat mencari siapa pembunuh adik. Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya menangani kes-kes yang berprofil tinggi dipermain-mainkan begitu sahaja. Namun, adik jangan sesekali menyalahkan pihak polis di atas kegagalan ini. Pihak polis tidak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik, semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk mengawal keadaan di sana. Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi dengarnya melebihi 10000. Sebab itulah mereka tidak dapat fokus untuk kes adik. Lagipun mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Bukan adik yang membayar gaji mereka. Sebab itulah mereka perlu berkhidmat untuk kerajaan. Nanti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik. Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat. Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang ‘keris telanjang’ dan jerit ‘Hidup Melayu’ macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis. Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia? Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik. Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu. =( Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala. Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan, sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu. Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato’, datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu. Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata “jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak”. Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan. Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai. Jadi, adik rasa siapa yang bersalah? Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya ’ditawan’. Hadiahnya tol naik 33%. Pembesar yang sedap mengangkang dalam bilik berhawa dingin tadi pasti akan berkata ”kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil”. Adik rasa harga barang akan naik tak dengan kenaikan harga tol ni. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye. Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia, adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka. Tapi jika adik adalah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, adik tidak boleh tangguh. Sebab apa? Sebab Ahmad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya. Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ahmad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ahmad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut. Bagaimana Ahmad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ahmad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan beras sahaja dik. Tu belum kes seorang budak muslim yg berserban kerana mengikut sunnah SAW tapi bagaimana nasib malang yg menimpa dia???Begitulah nasib marhaen di Malaysia. Sebab itu ramai yang nak jadi artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia. Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik. Abang doakan adik berbahagia ’di sana’, insyallah. Oh, ya. Terlupa pula abang.. Adik ada blog juga tau. Tidak silap abang bapa saudara adik yang buat. Sebagai tanda peringatan, ingatan untuk adik dan juga tanda kegagalan pihak berwajib menangani kes adik Blog adik www.nurinjazlin.blogspot.com. Abang juga akan letakkan gambar adik pada blog abang mulai hari ini. Sekian, terima kasih. Ikhlas dariku, Abang Samudera Tinta P/s:Bersama-sama kita berdoa dan membaca surah Al-Fatihah buat Adik Nurin, Adik Huda, Adik Nurliyana dan ramai lagi mangsa keganasan kanak-kanak yang masih tidak terbela. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Al-Fatihah.

DERHAKA KEPADA IBU LEBIH DASYAT DARI TUDUHAN DERHAKA RAJA

Dari catatan seorang teman... Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang danrunsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandupun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor.Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemudengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami."Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Sayatersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diujisebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke manasaya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupamemberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalamdiri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yangsaya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati,adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak adaapa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Sayamasih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak adaapa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhanminta Allah tunjukkan jalan kebenaran.Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi.Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, sayagenggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekalilagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabritahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmatasudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mamasemula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapiterdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susahnak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mamaterluka.Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedumengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayahmeninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duitpencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingattak?" Mama mula menangis. Saya tunduk."Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluhSabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mamaSabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supayahajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan mintaSabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mamanak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabribelajar dalam hati yang penuh terpaksa."Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkanketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetapberkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagaianak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik dipangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri.Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mamaluahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yangtenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalirsejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan sayaterasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang.Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluargadan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu keranaia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalamprogram motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepadapeserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang sayaharapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikandidunia dan di akhirat.Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Sayakehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkanlelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabriterima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki ituseakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurutceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampungmenziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidakjuga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampaidikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanankerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalamtangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atassegala silapnya selama ini."Syukurkamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maafbersunguh-sungguh.Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosakamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa.Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguhberat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilanbulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggupmengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yangberjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalukotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat.Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawadisebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkinada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibattingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalahhati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita.Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong denganperbuatannya,sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

Monday, March 16, 2009

Ambil Peluang 1 Tahun PR







Assalamu'alaikum w b. Program Negeri Sambutan Satu Tahun Pentadbiran PR akan bermula 'kick-off' nya di Hulu Selangor. KKB Stadium mini KKB. Seluruh ahli diminta kerjasama turun menghidupkan progrem ini dan menjadikannya progrem Hari Keluarga Pakatan Rakyat kita semua bersama Menteri Besar dan EXCO2 Kerajaan Negeri..
*** Majlis Makan Malam bersama EXCO2 PAS 14hb Mac 2009 Sabtu 9.30 malam Tempat: Dataran Kuala Kubu Bharu Bersantai dengan menu bakar-bakaran ikan, daging, jagung, kentang dan lain2 lagi.
v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);}

ATURCARA SAMBUTAN SATU TAHUN PENTADBIRAN
KERAJAAN BAHARU SELANGOR (PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR)
14 MAC 2009 (SABTU)
8.30 pagi
- Ketibaan orang ramai
9.00 pagi
- Ketibaan Dif-dif jemputan (Daerah)
- Persediaan menyambut rombongan konvoi
- Pameran dan Jualan
- Pertandingan Mewarna
10.00 pagi
- Ketibaan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bersama peserta konvoi (diiringi paluan kompang, tarian naga dan tarian klasik India, tarian sewang)
- Semua WIP dan peserta konvoi mengambil tempat duduk masing-masing
10. 30 pagi
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
10.40 pagi
- Bacaan Doa
10.45 pagi
- Ucapan Tuan Pegawai Daerah (Pengerusi Peringkat Daerah)
1 1.00 pagi
- Ucapan YAB Dato' Menteri Besar Selangor
1 1 .20 pagi
- Penyampaian Cenderahati daripada Pengerusi Peringkat Daerah kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor
1 1 .30 pagi
- Lawatan ke Tapak Karnival (Pameran dan Jualan) YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan Exco ke booth MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor)
1.00 ptg
- Makan tengahari
2.00 ptg
- WIP / Exco dan Peserta Konvoi check-in di tempat penginapan yang disediakan
- Pameran dan Jualan
3.00 ptg
- Karnival Sukan Rakyat
- Majlis Penyampaian Hadiah Karnival Sukan Rakyat Majlis bersurai
5.00-12.00 TGHMLM
- Bebas Program Parti masing-masing.
15 MAC 2009 (AH AD)
9.00 pagi
- Pelepasan peserta konvoi ke lokasi seterusnya
10.00pagi
- Majlis Bersurai

Tuesday, March 10, 2009

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 KERAJAAN PR

PEMBENTANG KERTASKERJA:1.YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIMMenteri Besar Selangor Darul EhsanUcapan dan Perasmian
2. YB DATO’ SERI ANWAR BIN DATO’ IBRAHIMUCAPTAMA KRISIS EKONOMI SEJAGAT : CABARAN DAN HALUAN
3.YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO’ MUHAMAD ALI BIN HJ HASHIMNaib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia/Ketua Eksekutif Johor CorporationKERTAS KERJA I:PENGUASAAN 65 % EKONOMI UMMAH, MELALUI WAQAF & JIHAD BISNES
4. YANG BERBAHAGIA PROF DR HJ ANUAR BIN AHMADTimbalan Naib Canselor Akademik Universiti Industri Selangor (UNISEL)KERTAS KERJA II:BUDAYA BISNES & PEMBUDAYAAN BISNES; STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI
5. YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI NIK YUSOF BIN NIK ISMAILPengerusi Biro Pembangunan Insan DPIM SelangorRingkasan Eksekutif Wacana Ekonomi Ummah 2009

TARIKH : 28 hb Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430 (SABTU )
MASA : 8.30 Pagi – 1.00 tengahari
LOKASI : Universiti Industri Selangor (UNISEL), Seksyen 7, Shah Alam , Selangor D.E.
Disertakan Yuran penyertaan berjumlah ;-RM 100 .00 Untuk 5 peserta-RM 200.00 Untuk 10 pesertaBank Draft/Cek No : di atas nama ”DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR”Nama Organisasi , Alamat ,Tel , Email ;:24-3-2, Tingkat 3, Jalan 4/50, Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur
Tel : 03- 4023 5155 Fax : 03 - 40234155

Wednesday, March 4, 2009

LAPORAN POLIS KARIAH MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA, RAWANG

TEKS PENUH LAPORAN POLIS OLEH GABUNGAN SURAU-SURAU SEKITAR BUKIT BERUNTUNG / BUKIT SENTOSA MENGENAI LIPUTAN YANG DIBUAT SINAR HARIAN TERHADAP MESYUARAT AGUNG KHAS MASJID AS SALAM BUKIT SENTOSA
Merujuk kepada artikel bertajuk “Mesyuarat Masjid As Salam kecoh wujud ‘pengundi hantu’” di dalam akhbar Harian Sinar bertarikh 20 Feb 2009 dan artikel bertajuk “Orang luar ‘rampas masjid’” di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 23 Feb 2009, kami mewakili surau-surau sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dengan ini membantah laporan kedua-dua akhbar tersebut.
Kedua-dua artikel tersebut adalah berkenaan Mesyuarat Agung Pencalonan Ahli Jawatankuasa Masjid As-Salam bagi sessi 2009 – 2012. Sesungguhnya sebagai anak-anak qariah kami merasakan ini adalah merupakan fitnah yang dilemparkan oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa Masjid sedia ada, khasnya Timbalan Nazir, En. Yaziz Yunus terhadap kami.
Kami ingin tegaskan bahawa tiada terdapat ‘pengundi hantu’ atau orang luar pada majlis tersebut. Sebaliknya semua pengundi adalah anak qariah surau-surau sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang mana secara automatik kami adalah anak qariah Masjid As-Salam. Kami yang telah hadir pada mesyuarat tersebut telah berdaftar dengan surau-surau sebagai anak qariah.
Selain itu kedua-dua artikel tersebut juga telah menjatuhkan kredibiliti Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor. Kenyataan bahawa berlaku rampasan kuasa pada mesyuarat agung tersebut telah menunjukkan seolah-olah Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor tidak berkemampuan mengendalikan mesyuarat tersebut.
Ingin kami tegaskan di sini bahawa tiada sebarang rampasan kuasa berlaku pada mesyuarat agung yang dijalankan pada 15 Feb 2009 itu. Sebenarnya cara mesyuarat dijalankan telah dipersetujui bersama oleh semua nazir masjid-masjid sekitar Hulu Selangor bersama Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor dalam mesyuarat pada 24 Jan 2009.
Selain itu Nazir dan Timbalan Nazir sedia ada juga tidak bersetuju dengan kewujudan senarai-senarai daftar anak-anak qariah yang telah dihantar oleh surau-surau kepada Pejabat Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor.
Akibat salah faham tersebut, sebahagian AJK sedia ada telah meminta untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama Orang Besar Daerah, Penghulu Mukim Serendah serta Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor. Hasil dari mesyuarat tersebut mereka bersetuju untuk membatalkan pencalonan yang telah dijalankan pada pagi tersebut dengan beberapa alasan. Antaranya adalah- Pihak AJK sedia ada tidak menerima senarai ahli qariah yang telah dihantar oleh surau-surau- kerana calon-calon tidak diperkenalkan
Mereka juga bersetuju untuk menangguhkan mesyuarat agung pencalonan itu kepada 9 Mac 2009. Pengumuman pembatalan pencalonan dan penangguhan telah dibuat oleh Orang Besar Daerah.
Ahli qariah bersetuju dengan pembatalan pencalonan yang dijalankan pada bagi tersebut dan bersedia mengikut kehendak AJK masjid agar pengenalan calon diadakan. Walau bagaimanapun ahli qariah memohon agar diadakan pungutan suara bagi menentukan samada mesyuarat perlu diteruskan atau pun ditangguhkan. Berdasarkan pungutan suara tersebut, majoriti ahli qariah menyokong agar mesyuarat diteruskan dan pencalonan baru diadakan. Ini dipersetujui oleh Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor serta AJK masjid sedia ada mengikut tatacara pencalonan. Malahan Timbalan Nazir sedia ada (En. Yaziz Yunus) juga bersetuju dengan cara yang dijalankan kerana beliau turut mencalonkan Nazir Masjid bagi sessi 2009 – 2012.
Keseluruhan proses pencalonan berjalan lancar dengan disaksikan oleh Yang Mulia Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Dato’ Aman Shah b. Hj. Sahar sehingga jam 12.45 tengahari bersama Penghulu Mukim Serendah, Nazir dan AJK masjid sedia ada dan juga pegawai Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. Setelah Orang Besar Daerah berangkat pulang, pencalonan disaksikan oleh Penghulu Mukim Serendah, Nazir dan AJK masjid sedia ada dan juga pegawai Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor sehingga tamat pencalonan pada jam 2.45 petang. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Oleh itu, kami wakil-wakil dari Surau-surau Sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dengan ini meminta agar AJK masjid sedia ada yang terlibat dengan laporan kedua-dua media di atas, khasnya Timbalan Nazir iaitu En. Yaziz membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua ahli qariah yang hadir dan juga Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Hulu Selangor.
Kami juga meminta En. Yaziz menarik balik kenyataan beliau bahawa terdapat pengundi luar dalam mesyuarat agung tersebut kerana semua nama ahli qariah yang terdapat dalam senarai yang disampaikan kepada Pejabat Agama Islam Daerah oleh surau-surau adalah pemastautin di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Tiada seorang pun dalam senarai yang dikemukakan oleh surau-surau merupakan orang luar daripada Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Senarai-senarai tersebut telah pun disahkan oleh Pengerusi Surau dan Pengerusi Persatuan Penduduk.
Kami juga meminta kedua-dua pihak akhbar (Harian Sinar dan Harian Metro) memohon maaf secara terbuka kepada ahli qariah kerana menyiarkan berita berunsur fitnah.

Sunday, March 1, 2009

AMBIL PELUANG INI !

DANA INDUSTRI KECIL NEGERI SELANGOR
The Selangor State Government under Pakatan Rakyat has lately launched another programme to assist small scale industry players.Named "Dana Industri Kecil Negeri Selangor", the State Government will provide financial assistance in terms of machinery in no more than RM10,000 to each and every successful applicantThis programme is only open to those involved in sewing, food, construction materials, handicrafts and furniture manufacturing industries who have been operating for a minimum period of two years and shall employ at least two employees (part time or full time). The applicant must be a Selangorian aged between 18 and 55 year-old.Each successful applicant will be provided the necessary machinery and equipment worth no more than RM10,000 by the state government. The applicant shall manage and maintain the machinery themselves and they shall not re-sell the equipment to third party. They shall also report to the state government the development of their business and attend entrepreneurship development programme conducted by the state government.The state government reserved their rights to withdraw the machinery and equipment if there is these conditions are violated.For more details, please contact Unit Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS 40000 Shah Alam, phone 03-55447000, fax 03-55447963.

Mesyuarat Agung Cawangan


Hari Ahad@semalam adalah antara hari yang agak sibuk bagi sebahagian besar ahli PAS Zon Bukit Beruntung. 3 Buah Cawangan yang bernaung dibawah PAS ZON Bukit Beruntung telah bermesyuarat Agung Tahunan pagi semalam.Dimulakan dengan PAS Cawangan Taman Bunga Raya Anggerik jam 8.30pagi bertempat di Markaz PAS Zon Bukit Beruntung(PASZBB) yang dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Abd Wahid Basri. Diikuti oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 yang dirasmikan oleh Ustaz Nasharuddin Setiausaha Kerja PAS Kawasan Hulu Selangor dan diberikan ucaptama oleh Ustaz Fazlulraimi Ahli Majlis Ampang Jaya, merangkap Ketua Pemuda PAS Ampang Jaya yang bertempat di Markaz PAS Cawangan Bukit Sentosa 2. Kemudian pada jam 11.00pagi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Taman Bunga Raya Teratai(TBR Teratai) pula dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor yang bertempat di K-1-37, Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.