Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, December 29, 2013

ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!

Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan. “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt. Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya. “Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan. Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

ISLAM BENARKAN RAKYAT TEGUR KERAJAAN!

Islam benarkan rakyat tegur kerajaan – TG Nik Aziz Harakahdaily Dec 29, 2013 ASLANI M KOTA BHARU: “Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya. “Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan. “Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku. “Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat. Selepas pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt. Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya. Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat. “Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar. Sebab itu agama tidak boleh diasingkan daripada politik. Kalau agama dianggap lain daripada politik itu tidak kena. “Kalau tidak ada kaitan dengan agama, maka mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga boleh menyelewengkan wang rakyat dan sebagainya. “Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi,” ujarnya. Menurutnya juga menjadi orang besar (pemimpin) bukan suatu kesenangan. Kata beliau ketika berada di kerusi Menteri Besar 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat. “Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat,” katanya.

Wednesday, December 11, 2013

TAHNIAH YB KHALID SAMAD !

Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman KELAB GREENBOC Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib. Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid. “Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan,” kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim. Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim. Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah. Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah. Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan. Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010. Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad. Mahkamah Rayuan sahkan Hamidah fitnah Khalid Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan. Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid. Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib. Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut. [Perenggan 8] "Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini." [Perenggan 12] "Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS." [Perenggan 18] "Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini." Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin. Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013. Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid. Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org.

Tuesday, November 12, 2013

UMUM TAPI SAPA TERGUMAM ?

Apa beza dibandingkan yang lepas? Saban tahun Pertonas akan umumkan keuntungan yang bertambah. Rakyat dinafikan subsidi dan kepincangan akan tertutup dengan paparan keuntungan di media elektronik dan di dada akhbar kerajaan BN. Rakyat 52% dah menyampah dan yang 47% pun dah sedar tapi sedar dalam tidur tentang apa yang dijuang atau dibanggakan oleh PETRONAS ini. Petronas mencatatkan keuntungan RM232.5 bilion sehingga 30 September lalu, sekaligus menandakan peningkatan 8% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan suku ketiga pula adalah RM81.46 bilion, peningkatan 19%. Manakala jumlah aset pula meningkat 7.3% kepada RM525.1 bilion berbanding RM489.2 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas. Kalau dengar cerita, memang sedap. Memang boleh berbangga sampai kembang atau pecah dada. Memang boleh kembangkan lubang hidung menahan perasaan bangga yang meluap-luap dan memang boleh pecahkan punggung seluar menahan perasaan bangga kerana syarikat petroleum negara begitu berjaya. Namun, akhirnya apabila cerita-cerita tentang perlanggaran tanggungjawab sosial Petronas terhadap ekonomi Melayu-Bumiputera, keuntungan besar yang diuar-uarkan itu mengubah perasaan bangga menjadi kemarahan yang meluap-luap. Sama seperti pusat-pusat zakat yang mengumumkan 'keuntungan' besar mereka hasil daripada kutipan zakat, tetapi pada masa yang sama, berjuta orang miskin terbiar melarat, bahkan sehingga ada yang sakit jiwa kerana kemiskinan tidak dibela dengan wang zakat itu, Petronas juga nampaknya tidak berkecuali. Daripada keuntungan besar itu, berapa ramaikah peniaga-peniaga kecil Melayu-Bumiputera dari sektor IKS yang telah dikorbankan dan berapa banyak pula bahagian untuk syarikat-syarikat besar yang sudah tentu bukan milik Melayu-Bumiputera yang diberikan hak meletakkan produk mereka di stesen-stesen Petronas? Daripada keuntungan besar itu, berapa banyakkah pula peruntukan yang disediakan oleh Petronas untuk membantu memajukan ekonomi Melayu-Bumiputera memandangkan Petronas adalah syarikat GLC? Atau sebenarnya Petronas langsung tidak mempunyai sebarang perasaan dan beranggapan, mereka telah pun memenuhi tanggungjawab sosial membantu peningkatan dan penguasaan ekonomi oleh Melayu-Bumiputera. Perangai korporat keparat sebenarnya telah menjadi darah daging syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Kebanyakan pegawai yang dinaikkan ke kedudukan dan jawatan utama untuk membantu memperkembangkan ekonomi khususnya Melayu-Bumiputera, bertindak seperti syaitan yang kesurupan darah perempuan bersalin anak sulung. Mereka yang diharap-harapkan, mereka yang paling tidak boleh diharap. Campurtangan dan cuba tunjuk pandai sebahagian daripada mereka yang dipertanggungjawabkan, sehingga melupakan tanggungjawab sosial entiti seperti Petronas kepada masyarakat, menyebabkan misi utama syarikat yang menggunakan dana rakyat itu hanya berkisar tentang keuntungan. Dan seperti kapitalis lain, sebarang cara akan digunakan untuk menambahkan keuntungan walaupun terpaksa melupuskan peniaga-peniaga kecil yang bergantung harap kepada mereka sepertimana yang dilakukan oleh Petronas Dagang. Lebih menarik lagi ialah apabila permintaan Menteri agar GLC seperti Petronas membantu secara lebih aktif, apa yang mereka lakukan ialah menjuih dan mencebik sekalipun pada masa yang sama, mereka dinaikkan oleh kuasa rakyat sebagai CEO dan sebagainya dalam GLC tersebut.

TIBA-TIBA KETUA WANITA UMNO TARIK BALIK SAMAN!

Shahrizat buat 'U-Turn' tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar. Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah. Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu. Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam. Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida . "Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin. "Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. - http://www.malaysiakini.com/news

Saturday, November 9, 2013

APA NAK HERAN ,,,,,KU PENGLIPURLARA !

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir . Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai. "Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin". Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. – Bernama, 9 November, 2013.

Thursday, September 12, 2013

IMPOT GURU LUAR, 42,000 GURU TERBIAR

PAS hari ini mempersoalkan sama ada benar atau tidak Putrajaya mengambil guru Bahasa Inggeris dari India, berikutan dakwaan 70 peratus guru bahasa Inggeris di negara ini tidak layak mengajar. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata dengan melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus menjelang 2016, Kementerian Pendidikan seharusnya bersedia merealisasikan perkara itu. "Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tetapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat," katanya. Beliau berkata, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar Malaysia. "Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan? "Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru India ini," katanya. Beliau turut mempersoalkan bilangan guru dari India yang akan di bawa masuk Putrajaya sekiranya perjanjian itu dipersetujui. "Bagaimana skim gaji mereka, berapa lama kontrak mereka, apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu dan appakah kemasukan mereka akan menindas guru yang ada. "Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini," katanya. Tuan Ibrahim berkata, kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi. Katanya, jika tidak benar guru India akan diimport masuk, kementerian harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini. - 13 September, 2013.

Thursday, September 5, 2013

KIAMAT UMNO !

KIAMAT UMNO UMNO Cawangan-cawangan hampir sepenuhnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan Persidangan UMNO Cawangan. Kini UMNO Bahagian-bahagian pula akan berhadapan dengan Mesyuarat UMNO Bahagian.Banyak yang berlaku sekeliling kita dalam melaksanakan proses yang dinamakan demokrasi ini. Semuanya secara tidak langsung memperlihatkan wajah sebenar ahli-ahli UMNO. Laman media sosial sekarang sudah semakin sesak dan sibuk dengan ahli-ahli UMNO. Mereka yang selama ini menganggap media sosial tidak memberi impak juga sudah menjadi hamba media sosial dengan meng-update status mereka hampir setiap jam. Mereka yang sebelum ini hanya berdiam diri dalam menangkis serangan lawan dalam PRU lalu kini sudah mula menunjukkan belang dalam berperang dan memfitnah serta memburuk-burukkan lawannya didalam UMNO. Apakah orang UMNO hanya kuat bila berperang sesama sendiri, namun jadi pengecut bila berhadapan dengan lawan sebenar? Di cawangan-cawangan masih kedengaran kisah cantas-mencantas dan tikam-menikam. Namun itulah hakikatnya, apabila kita menang maka kita menganggapnya wajar tetapi apabila kita kalah maka kita menganggapnya tidak demokratik dan sebagainya. Apakah makna demokrasi hanya apabila kita menang? ....atau kita juga sama sebagaimana Anu arr dan pembangkang yang menganggap PRU13 tidak bersih ditempat dimana mereka kalah? Ahli Parlimen yang baru telah tewas dalam Persidangan Agung Cawangannya namun dalam masa sama berhajat bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Ahli Parlimen tidak semestinya Ketua UMNO Bahagian, namun Ketua Bahagian semestinyalah ahli UMNO yang kuat dan disokong di cawangannya sendiri. Hanya ahli-ahli di cawangan berkenaanlah yang lebih mengetahui kebenarannya. Apakah selama ini seseorang itu benar-benar komited kepada perjuangan UMNO dan cawangannya atau hanya baru-baru ini menyedari bahawa sudah banyak yang UMNO bantu beliau. Jika ahli UMNO Jerantut benar-benar sayangkan UMNO sepatutnya semua kerusi-kerusi tidak dipertandingkan kecuali yang dikosongkan. Kenapa Ketua Bahagian mesti ditentang? Kenapa Ketua Wanita mesti dilawan? Yang dikosongkan dan perlukan pengganti adalah Kerusi Ketua Pemuda dan Puteri. Jadi siapa sebenarnya yang gilakan kuasa? Kita tanya diri sendiri dan tanya pencacai dikiri kanan kita juga. Jika di PRU12 BN Pahang hilang 4 kerusi, manakala di PRU13 BN Pahang hilang 12 kerusi, tidak mustahil PRU14 nanti UMNO dan BN akan lenyap jadi kisah dongeng dan sejarah saja jikalau beginilah sikap ahli-ahli UMNOQ (diulangi UMNOQ). Mungkinkah PAU kali ini adalah kiamat bagi UMNO? ~ ManG

Monday, September 2, 2013

DASYATNYA PEMBOHONGAN NAJIB !

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini. Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. "Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib. Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter. -TMI ULASAN GB Rakyat tidak serik-serik ditipu oleh Najib dan kerajaan UMNO BN. Selepas mendapat kemenangan di dalam pilihanraya yang lepas, hari ini Najib mengumumkan kenaikan harga minyak petrol yang sepastinya akan mencerut leher rakyat. Lingkaran ganas juga akan berlaku dimana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan lain kerana kenaikan harga minyak petrol akan meningkatkan kos pengangkutan barang-barang-barang keperluan yang lain.

Monday, August 26, 2013

ASTAGFIRULLAH ! PEGUAM NEGARA KATA POLIS 'KETAGIH"

EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam. "Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya. Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya. Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa. Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun. Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti. Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis. "Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan. Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal. "Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya. "EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya. Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon. Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan. Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah. "Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya. Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar. Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah. "Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -TMI

Tuesday, August 20, 2013

BERITA HAIRAN KAKI PENGAP !

ISU PERGOLAKKAN DI MESIR ... SURAT YANG HANTAR OLEH AHLI DEWAN PERWAKILAN NASIONAL IKRAM MALAYSIA KEPADA BERITA HARIAN YANG TIDAK DITERBITKAN OLEH AKHBAR TERSEBUT!!!!! Saudara Pengarang, Saya merujuk kepada laporan bertajuk Kaherah Lengang yang tersiar dalam Berita Harian pada 16 Ogos 2013 lalu dan Perarakan bantah perintah darurat pada hari ini mengenai peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kaherah. Laporan-laporan dan gambar yang disiarkan amat tidak adil kepada apa yang berlaku di sana, dipetik dari AP/AFP yang membawa agenda tersendiri Barat yang tidak suka kepada perkembangan Islam dan berjayanya aktivis Islam di dalam arena politik. Laporan dengan menyedut bulat-bulat sepenuhnya sumber Barat ini sangat malang kerana saya yakin Berita Harian sebagai media berwibawa mempunyai tanggung-jawab besar untuk memastikan maklumat yang disalurkan kepada pembaca tepat, adil dan saksama. Saya ingin mencadangkan agar Berita Harian merujuk juga secara langsung kepada sumber-sumber lain yang lebih adil seperti Al-Jazeerah dan media-media rasmi Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP sendiri. Penelitian terhadap ribuan foto dan video yang dimuat-naik di Youtube dan laman media sosial juga memberi gambaran yang bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh AP/AFP. Yang berlaku bukan pertempuran tetapi pembunuhan. Yang terjadi bukan keganasan penunjuk perasaan tetapi kekejaman pihak keselamatan yang menggunakan senjata dan penembak tepat ke atas kumpulan yang berkumpul di sekitar masjid. Yang terbunuh kebanyakannya bukan orang bersenjata tetapi penunjuk perasaan yang duduk membantah secara aman. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim tentera Mesir tidak boleh diterima di atas tiga sebab. Pertama, Islam mengharamkan pembunuhan kecuali di dalam beberapa kes tertentu. Pembunuhan beramai-ramai secara rambang yang dilakukan di medan Rabaah Khamis lepas tidak lepas dari pengharaman ini. Kedua, sistem dan institusi demokrasi perlu dipertahankan. Di dalam mana-mana negara demokrasi, pilihan raya adalah pemutus muktamad dalam pemilihan pemimpin. Apa yang berlaku ialah Dr. Mohamad Morsi yang dipilih oleh lebih separuh rakyat Mesir telah diturunkan dengan rampasan kuasa yang tidak demokratik, hanya dengan alasan demonstrasi jalanan yang melibatkan segelintir rakyat Mesir. Dakwaan mengatakan belasan juta rakyat berhimpun menuntutnya turun telah dibuktikan sebagai tidak benar. Demonstrasi jalanan tidak boleh menidakkan keputusan pilihan raya yang sah, sama seperti kita tidak mungkin menerima perubahan kerajaan di Malaysia melalui demonstrasi jalanan. Perhimpunan aman di Kaherah adalah kerana rakyat mahu menuntut keadilan dan pengembalian sistem demokrasi yang sah. Mereka duduk secara aman, bersolat, berzikir, mendengar ceramah dan berpuasa sepanjang Ramadan. Tujuan mereka ialah bantahan secara pasif, bukan agresif. Kenapa mereka diserang secara kejam sedemikian yang patut menjadi isu dan persoalan yang dibangkitkan. Ketiga, sebagai individu yang berperi kemanusiaan, kita tidak boleh menerima pembunuhan kejam beramai-ramai. Bayangkan ratusan wanita, orang tua, anak-anak yang turut terkorban, ada yang terbakar hidup-hidup apabila Masjid Rabaah dibakar oleh pihak keselamatan. Banyak video yang menunjukkan ada wanita dan lelaki yang ditembak oleh penembak tepat, walaupun mereka tidak berbuat apa-apa kecuali berdiri dan melaungkan slogan. Bahkan, beberapa pemberita dan jurugambar media dibunuh oleh penembak tepat kerana pihak keselamatan khuatir berita dan foto kekejaman mereka akan disebar ke seluruh dunia. Tidak ada individu yang mempunyai nilai kemanusian boleh menerima kezaliman ini walaupun di atas alasan apa jua pun. Semoga rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang penyayang dan prihatin dalam memperjuangkan nasib umat Islam sejagat serta umat manusia amnya. Jika kita tidak memiliki sifat keprihatinan dan kasih sayang kepada sesama manusia apatah lagi yang ditindas, kita mungkin dilupa atau disisih orang tatkala kita memerlukan pertolongan. Dr. Omar bin Yaakob 55, Jalan Bukit Kempas 2, Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru

Monday, August 12, 2013

SUNGGUH JELEK TAPI RAKYAT DAH TERBAU busuknya !

PETALING JAYA 12 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan mahkamah menolak petisyen pilihan raya yang difail Pakatan Rakyat (PR) dan memihak kepada kerajaan Umno BN, memberi gambaran yang jelek. Pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau kesal kerana ada petisyen ditolak semata-mata kerana ia tidak dihantar oleh pemohon sebaliknya dilakukan peguam. Menyatakan ia mengaibkan institusi kehakiman negara, Ketua Pembangkang itu berkata, berkata keputusan hakim juga tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima akal. “Pertama, menolak kes dengan asas paling tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia yang waras boleh berfikir akan perkara ini bagaimana ia boleh ditolak. “Berpuluh-puluh kes tidak pernah saya bawa sendiri, semuanya melalui peguam. Bagi saya, hakim begitu patut masuk kuliah semula,” katanya yang kesal kerana aspek kegagalan pengurusan pilihan raya, tidak diteliti. “Ini seolah-olah sengaja dielak perbicaraan kerana tidak mahu fakta itu diketengah melainkan beberapa kes yang membabitkan petisyen Umno BN seperti di Sabah dan Kelantan. Anwar berkata, Pakatan memfail petisyen ke mahkamah melalui saluran sah bagi dapat mengelak insiden seperti di Thailand dan Mesir tetapi sebaliknya berlaku. “Kita dipukul dengan alasan tidak munasabah dan didera dengan bayaran yang cukup tinggi,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, beberapa permohonan lain didengar pada 2 Disember akan datang seperti penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam kes penggunaan dakwat kekal. Katanya, majoriti pengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan tetapi kekurangan kerusi pada PRU 13 dan ia terbukti melalui kajian Merdeka Centre, sebuah badan penyelidik bebas yang membuktikan Umno BN menang kerana undi awal dan pos. - FZL

Thursday, July 18, 2013

KENA BATANG HIDUNG BARU BN TEGADAH!

Satu gabungan NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa menyalahguna kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih. Dalam laporan yang difailkan di balai polis Travers di Kuala Lumpur, NGO tersebut memberikan polis tempoh dua minggu untuk mengambil tindakan terhadap AG. Jika tidak, NGO tersebut memberi amaran akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). “Kami minta polis siasat AG, mengambil tindakan terhadapnya kerana membuat pendakwaan terpilih, beliau telah menyalahguna kuasanya, mereka perlu menangkapnya serta-merta,” kata Presiden Pertubuhan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power), S Gobi Krishnan. Gobi membangkitkan tuduhan terhadap penulis blog Alvin Tan dan Vivian Lee serta keengganan Peguam Negara mendakwa Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin (gambar) sebagai bukti berlakunya pendakwaan terpilih. “Kami mengalu-alukan berita pendakwaan penulis blog tersebut kerana kita tidak mahu sesiapa pun menghina mana-mana agama, tetapi AG mesti mengambil tindakan dalam semua kes (menghina agama)” katanya. Gobi bertanya apakah satu gambar di Facebook sudah dianggap satu bukti yang cukup tetapi tidak pula video YouTube. Beliau merujuk kepada video yang didakwa menunjukkan Zulkifli menghina agama Hindu. -MR

Monday, July 15, 2013

INILAH PRESTASI MENTERI UMNO YANG DIRUNGUT TUN MAHATHIR

Menteri: Elak Makan Ayam Kalau Harga Naik [Bernama] KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya. Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil. "Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini. Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera. "Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara. "Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya. Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi. "Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya. Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara. Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150. "Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. P/s: Kata Menteri BN, ayam mahal makan benda lain. Menurut maklumat pengguna FB: Harga Ayam: RM8-9/kg Harga Daging Kotak: RM14-15/kg Harga Ikan Kembung: RM13-14/kg Jelas, ayam jauh lebih murah daripada ikan atau daging. Katakanlah ayam, daging, dan ikan lebih kurang sama harganya...RAKYAT NAK MAKAN APA?? Setakat ini sahaja tahap menteri BN menyelesaikan kenaikan harga barang?

Thursday, July 11, 2013

SENARIO YANG BELUM PERNAH BERLAKU !

Malaysia sedang menyaksikan senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila tiga bekas ketua hakim bersatu menentang menteri dalam negeri dan timbalannya mengenai apa yang sah di sisi undang-undang. Beberapa alasan pelik ditawarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya,, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai sebab mengapa kerajaan tidak mahu menggunakan pandangan yang dicadangkan tiga bekas ketua hakim, yang menjadi sebahagian anggota Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) yang menggesa keperluan badan berkecuali untuk memantau polis. Kata Kadir, alasan paling pelik ialah penubuhan badan itu bertentangan dengan undang-undang. Bekas Editor Kumpulan New Straits Times, Datuk Kadir Jasin, turut duduk dalam RCI itu bersama tiga bekas ketua hakim berkenaan pada tahun 2004. "Siapa lagi yang lebih tahu mengenai undang-undang?" tanyanya dalam entri terbaru blognya. Beliau berkata, bekas Ketua Polis negara, Tun Hanif Omar turut berada dalam suruhanjaya itu bersama bekas Ketua Hakim, Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Salleh Abas. Turut bersama dalam inkuiri itu ialah peguam kanan yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim, Tun Zaki Amir. Inkuiri ini pada sembilan tahun lalu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan itu mengundang banyak kritikan daripada polis sehingga Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Badawi dengan cepat terlupa mengenainya. Sebaliknya, satu badan pengawasan dicipta - dengan seorang sahaja bertanggungjawab memantau polis. Kemudian, 18 lagi agensi ditambah. Polis kelihatannya tidak ada masalah dengan perkara itu. Tetapi, ia memberi sedikit masalah kepada bekas anggota inkuiri, Kadir. "Jika kerajaan Barisan Nasional tidak berminat menubuhkan IPCMC, tolong jangan gunakan nama-nama besar Malaysia seperti Tun Mohamed Dzaidin, Tun Hanif dan Tun Zaki sebagai `kambing hitam' dan menjadi tempat orang melepas marah," kata Kadir dalam blognya. Dalam entri terbarunya yang kelihatan agak sinis, Kadir menuding jari ke arah Zahid dan Junaidi dengan menyatakan pasangan itu percaya mereka lebih tahu mengenai undang-undang dan Perlembagaan berbanding anggota inkuiri. Beliau berkata, jika menteri dalam negeri dan timbalannya percaya mereka lebih hebat daripada anggota inkuiri, sudah tentu mereka mendapatkan `bantuan orang yang sepatutnya berpengetahuan dalam Jabatan Peguam Negara' untuk mempertingkat rangka kerja undang-undang IPCMC." Bekas Timbalan Ketua Wanita Umno yang juga anggota inkuiri, Datuk Kamilia Ibrahim turut mencemuh dakwaan menteri dalam negeri bahawa IPCMC tidak mengikut perlembagaan. Dalam kenyataannya di Malaysikini, beliau yang juga seorang peguam berkata, badan seumpama IPCMC sudah ditubuhkan di United Kingdom dan Australia. "Kenapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini? Kita tidak boleh meminta polis menyiasat sendiri kes seperti kematian tahanan dalam lokap, salah guna kuasa atau rasuah," katanya. "Tujuan IPCMC ialah untuk memastikan pasukan polis berfungsi dengan baik, kerana orang awam yang juga pembayar cukai mahu kepastian polis ikhlas dalam usaha memerangi jenayah, tidak berlaku rasuah dan memastikan pengurusan kerajaan yang baik," katanya. ~the malaysian insider Kadir berkata, kesukaran perdana menteri Malaysia ialah apabila perlu berdepan dengan kepentingan diri oleh orang lain. Dalam blognya, Kadir berkata:"Lebih pun, jika Abdullah yang mengarahkan penubuhan RCI itu pun tidak menubuhkan IPCMC, kenapa pula orang menjangkakan penggantinya akan berbuat begitu?" ~the malaysian insider

Tuesday, July 9, 2013

KONTROVERSI AKTA PENINGKAN PM

Kontroversi Akta Hasutan buat Najib keseorangan Pertikaian yang semakin berlarutan sejak beberapa lama mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebenarnya makin memeningkan kepala Datuk Seri Najib Razak. Bermula dengan penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang dibawah Akta Hasutan selepas pilihanraya umum lalu, episod mengenai mengenai akta ini, kini merebak menjadi virus yang menyakitkan bagi Najib. Penangkapan yang berturutan dilakukan oleh kerajaan akhirnya menyebabkan pihak pembangkang mendesak Najib tidak lagi menggunakan akta itu kerana beliau sudah berjanji mahu memansuhkannya. Sementara pihak pembangkang menuntut beliau menyatakan pendirian dan bertegas meneruskan pemansuhan akta yang dijanjikannya sejak Julai 2012 itu, desakan daripada dalam Umno pula mahukan beliau mengekalkan akta tersebut. Pelbagai pihak dalam Umno melihat ia masih relevan untuk keharmonian dan keamanan negara. Bermula dengan Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang bersuara lantang mahukan akta itu terus dikekalkan untuk kepentingan rakyat dan ketenteraman negara, beberapa pemimpin lain dalam Umno turut berpendirian sama dengan dengan beliau. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang baru dilantik menganggotai kabinet juga sependirian dengan Zahid dan tidak setuju dengan Najib yang melantiknya sebagai menteri. Bebeberapa Ahli Parlimen juga menyatakan pendirian yang sama bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu Akta Hasutan terus dikekalkan kerana berpendapat ianya merupakan suatu bentuk percegahan yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Malah Mahathir juga berkata, jika pun Akta Hasutan mahu dimansuhkan, kerajaan tidak harus berbuat demikian semata-mata kerana ianya dituntut oleh pihak pembangkang. Mahathir nampaknya benar-benar tidak sependapat dengan Najib. Di peringkat akar umbi Umno dan kelompok Melayu juga ternampak gelombang yang main kuat mahukan kerajaan terus mengekalkan akta itu. Zahid terus mendapat sokongan dan pujian atas ketegasannya itu. Setelah Mahathir juga sependirian dengannya dengan sama-sama mahu Akta Hasutan dikekalkan, geraf politik Zahid melonjak dua tiga takuk lagi. Jika Najib mengikut arus yang mahukan akta ini terus dikekalkan, beliau tentunya akan dicop sebagai mungkir janji dan membakulsampahkan slogannya sendiri iaitu Janji Ditepati. Reputasi dan wibawanya sebagai Perdana Menteri yang hanya mendapat sokongan 47 peratus undi rakyat, tentunya semakin bertambah buruk.Pemimpin yang memungkiri janjinya sendiri tidak akan dipercayai oleh rakyat sampai bila-bila. Tetapi jika Najib mahu terus menunaikan janjinya memansuhkan akta itu, masalah besarnya ialah sokongan terhadapnya makin menipis. Sehingga ini hanya Datuk Seri Nazri Aziz yang bangun mempertahankan bahawa Najib akan terus komited mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang sebelum ini, Nazri bukan saja menyokong pemansuhan akta tersebut bahkan juga berpendapat Najib perlu menunaikan janjinya mengenai pemansuhan itu. Sementara terdapat pemimpin Umno dan kerajaan yang lain cenderung untuk bersama dengan Zahid Hamidi mempertahankan akta kerana lebih suka dilihat kekal dengan perjuangan Melayu dan tidak mahu kehilangan sokongan rakyat, sebahagian yang lain pula lebih selesa berdiam diri. Golongan ini bimbang jika menyatakan pendirian menyokong akta itu dikekalkan, ia akan dilihat seperti tidak bersama-sama dengan Perdana Menteri manakala jika menyokong pula agar akta itu dimansuhkan, risikonya ialah kehilangan sokongan rakyat dan dianggap lebih mirip kepada perjuangan pihak pembangkang. Maka itu ramai yang memilih untuk berdiam diri asalkan perut dan jawatan terus selamat. Tidak hairan jika hanya Nazri seorang sehingga ini yang berani menyatakan pendirian berbeza. Sementara itu, seorang menteri daripada MIC, S Subramaniam pula seperti buat-buat lupa mengenai pemansuhan Akta Hasutan dengan menyatakan ia hanyalah cadangan daripada Najib dan belum diputuskan apa-apa oleh kabinet. Beliau juga terpaksa diingatkan kembali oleh Nazri bahawa perbincangan mengenainya sudah dibuat dalam mesyuarat kabinet dan komitmen Najib untuk memansuhkannya tidak pernah berubah. Jelas bahawa Subramanian juga seperti terperangkap dengan dilema di antara mahu menyokong Najib ataupun mahu mengikut suara rakyat daripada kaum India yang juga mahukan akta itu dimansuhkan. Semakin berlarutan isu dan polemik mengenai Akta Hasutan ini diperbincangkan dan selagi Najib tidak menyatakan pendirian tegasnya, selagi itulah isu ini terus menjerat Najib. Beliau akan menjadi serba-salah untuk menentukan pendiriannya dan tidak menyangka isu pemansuhan Akta Hasutan yang tiba-tiba mewarnai atmosfera politik negara ini tidak menyebelahinya lagi. Ketika beliau mengumumkan pemansuhannya pada Julai 2012 dulu, semua diam dan tidak membantah termasuk Zahid Hamidi tetapi kini semunya sudah berbeza. Lebih-lebih lagi dengan pendirian Mahathir yang turut mahukan Akta Hasutan terus dikekalkan, dilema Najib lebih sukar untuk dirungkai jalan keluarnya. Najib seboleh-bolehnya akan cuba mengelak untuk berbeza pendapat dengan Mahathir, terutamanya menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini. Perbezaan pendapat itu jika tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan melarat kepada pelbagai elemen lain yang boleh menjejaskan peluang Najib untuk terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Ia juga mungkin menjadi pendorong untuk terjadinya pertandingan segit dalam Umno yang akhirnya membawa kepada penyingkiran beliau daripada takhta kuasa. Sebab itu, sejak beberapa lama isu ini berlarutan, Najib masih tidak berani menyatakan pendiriannya. Tetapi semakin lama beliau membiarkan isu ini menjadi perdebatan umum tanpa mahu menyatakan pendirian tegasnya, reputasinya di mata umum semakin tercalar. Semakin lama berdiam diri, semakin beliau terbiar keseorangan manakala pihak pembangkang pula terus mengasaknya supaya tidak lupa pada janji yang pernah dibuatnya. Hanya keberanian dan ketegasan Najib boleh menyelesaikan kemelut ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com, 10 Julai.

Thursday, July 4, 2013

AKHIRNYA ADLI NAIK MURSI TURUN !

Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi. "Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir. "Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan".

Monday, July 1, 2013

TIGA BADUT DI KUALA BESUT ! LAYAK DIBALING KASUT

Tak serik-serik penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut di Negeri Terengganu Darul Iman. Logik akal ialah penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya. Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali. Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut. Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di DUN Kuala Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan lebih merbahaya!

Friday, June 28, 2013

KENAPA TUN M MASIH PENGERUSI PETRONAS ?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar) berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu. “Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam. Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini. “Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja,” katanya. Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states). Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco. Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir. “Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir. “Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar,” tegasnya. HDO

LIQA' FIQRI HULU SELANGOR

Wednesday, June 26, 2013

MOHON TAN SRI/DATO'/TUAN/PUAN BANTU PESAKIT KRONIK KANCER USUS INI !

Mohon Bantu Jamaliah by assalam2009

MENTERI BN SAHKAN DAKWAT PRU13 ADALAH PEWARNA MAKANAN !

Menteri BN jelaskan Dakwat kekal semasa PRU13 adalan pewarna makanan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan. Pakatan mahu SPR namakan pembekal dakwat Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Tuesday, June 25, 2013

INNALILLAH... ! MASYALLAH PILIHAN RAYA LAGI !

ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Khamis lalu kerana sesak nafas, telah menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. Beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang memegang portfolio Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu. Hampir 2 bulan selepas PRU-13 berlangsung, kini bermula sudah PRK yang pertama. Pada 5 Mei lalu, Allahyarham menang ke atas calon Muslimah PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,631 undi. Allahyarham mendapat undi sebanyak 8809 undi berbanding Napisah yang hanya mendapat 6375 undi sahaja. Satu lagi pertempuran sengit nampaknya akan berlaku.... apatah lagi dengan PAS hanya ketinggalan dua kerusi berbanding UMNO-BN pada kedudukan 15-17, tentu sekali PAS sudah tidak bertangguh-tangguh mengasah parang dan tajak untuk menebas saki-baki kemenangan UMNO-BN di negeri Terengganu. Yang pergi tetap dah pergi... perjanjiannya dah sebegitu. Yang hidup akan meneruskan hidup mereka sehinggalah kematian dan ajal menjemput. Nampaknya kuasa juga yang menjadi taruhan!!! Cakap berlapik-lapik dah tak berguna pada masa kini. SELAMAT BERPILIHANRAYA KECIL ler kita semua!!! (nota: inilah berita dari blogger UMNO)

Monday, June 24, 2013

SEJARAH ! TAHNIAH USTAZ ABDULLAH

JOHOR BAHARU: Dewan Undangan Negeri Johor semalam mencatat sejarah apabila Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS pertama sebagai wakil rakyat di Dun itu. Ustaz Abdullah, 52, mengangkat sumpah sebagai Adun semalam di dalam Dewan Undangan Negeri Johor Darul Ta'zim. Ketika dihubungi, Ustaz Abdullah menegaskan bahawa selaku Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, beliau akan memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam khususnya yang berkaitan dengan rakyat negeri Johor Darul Ta'zim. "Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, pengaktifan institusi-institusi agama di Johor terutamanya pengimarahan masjid. "Kita juga InsyaAllah akan memperjuangkan isu berkenaan dikembalikan cuti hari Jumaat yang telah ditukar oleh kerajaan Umno Johor sedangkan Johor adalah negeri yang majoritinya umat Islam" tegas beliau yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat. Dalam Pilihanraya yang lalu, Ustaz Abdullah, berjaya menewaskan calon BN, M Soorian dan calon bebas Ravindaran Doraisamy dengan majoriti 3,469 undi.Beliau memperolehi 20,357 undi, Soorian 16,888 sementara Ravindaran 973 undi. Ustaz Abdullah merupakan lepasan Universiti Islam Lucknow, India dan Universiti Al-Azhar Mesir. Pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Arab Al-Masriyah (2012-2013). Beliau diantara aktivis masyarakat yang dikenali ramai khususnya bagi umat Islam dikawasan beliau. Selain bergerak aktif dalam NGO kemasyarakatan tempatan, beliau juga aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama dikawasan beliau sejak dahulu lagi. Menurut beliau, dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh pengundi, beliau InsyaAllah akan memberikan perkhidmatan dan pembelaan tanpa mengira latarbelakang agama,warna kulit dan parti.Hrkh

Thursday, June 20, 2013

LIMA PANGLIMA BN KENA SEMAK !

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran semalam memfailkan permohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap lima ahli BN yang memegang jawatan dalam Kabinet.
Menurutnya, semakan itu dibuat berikutan kes Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sah mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sementara tiga timbalan menteri yang dilantik dalam Kabinet, Waythamoorthy Ponnusamy, Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berhak menyandang jawatan tersebut mengikut undang-undang yang sama. Tambahnya, pelantikan jawatan di Kabinet perlu dipilih daripada ahli Dewan Negara atau ahli Parlimen yang menang pilihan raya lalu atau mengangkat sumpah sebagai Senator. "... jelas menunjukkan undang-undang tersebut seseorang yang dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri perlulah menjadi ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat atau seorang senator. "Mengikut pelantikan kelima-lima orang ini, nampaknya kehendak Perlembagaan tidak diikuti dan saya hairan walaupun PRU sudah kali ke-13, berapa ratus menteri telah dipilih dan dilantik, kesilapan demikian boleh dilakukan lagi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Kulasegaran yang juga naib presiden DAP berkata, melalui permohonan itu kesemua mereka yang terlibat perlu mengembalikan semula anugerah, keistimewaan dan kelebihan kewangan yang diperolehi semasa dilantik menjadi ahli Kabinet. "Mereka perlu kembalikan segala kelebihan yang diperolehi selepas dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri selepas menerima notis tujuh hari selepas tarikh perintah diperolehi," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau juga menggesa pihak ekemnterian dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memohon maaf kepada rakyat kerana kesilapan yang dilakukan mengenai perkara tersebut selepas mengetahuinya. "Saya berharap selepas menteri yang terlibat atau Najib mendengar perkara ini, mereka akan meminta maaf kepada rakyat. "Ini adalah kes pertama pada pengetahuan kami, ia tak pernah berlaku sebelum ini, ini memalukan," katanya.

Friday, June 14, 2013

SUSAHNYA NAK PILIH ANTARA UMNO DAN MIC JER!

5 Syaaban 1434 H Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan. Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini. Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri. “Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum,” katanya kepada Harakahdaily. Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum. “PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain,” tegasnya. harakahdaily/-

Thursday, June 13, 2013

KULI ! INIKALILAH

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI

Wednesday, June 12, 2013

BANGLA SIA!

DENGAN SATU KES NI SAJA 3 ORANG INI WAJAR LETAK JAWATAN !

Komen: 3 orang(1. Pengerusi SPR, 2. Timbalan Pengerusi SPR dan 3. Setiausaha SPR) yang beria-ia memberi penerangan dalam media BN mengatakan dakwat kekal boleh tahan hingga 7 hari. Dakwat Tak Kekal Bukti Pengerusi SPR perlu Lepas Jawatan SHAH ALAM, : Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. “Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. “Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Sekiranya kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, Dr Agus mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengann baik. “Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. “(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003,” ujarnya lagi.

Tuesday, June 11, 2013

PETI UNDI JUMPA DAN HILANG PADA 10 JUN

Selasa 11 Jun 2013 Gempar !! Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel ?? Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai?? Pada pagi Isnin 10 Jun 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa satu beg peti undi SPR di belakang Hotel Perdana Lawas Sarawak. Selepas beberapa minit beg peti undi hilang dari tempat tersebut. Encik Cornalius telah menghubungi office PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini. Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut. Pandai SUngguh Peti Undi Membawa Diri....Peti Undi Berjalan Atau Berlari Tak Dapat Di Pastikan Lagi..Kita Tunggu Laporan Polis..Ye FB Kedahkini.

Wednesday, June 5, 2013

BEKAS MB UMNO BERI AMARAN KAT RAJA!

TAJUL ROSALI SUDAH BERI AMARAN PADA RAJA APA KATA TAJUL ROSLI Rakyat wajib bangkit pertahan raja - Harussani KUALA LUMPUR 5 Jun - Seluruh rakyat khususnya orang Melayu digesa bangkit mempertahankan institusi raja yang kini berdepan ancaman daripada kelompok tertentu terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, institusi raja yang menjadi payung kepada agama Islam di negara ini wajib dipertahankan apabila terdapat pihak tertentu mengancam kelangsungan institusi tersebut. Tambahnya, Islam sendiri mengarahkan setiap umatnya mentaati raja dan adalah berdosa jika rakyat bertindak menderhaka termasuk menghasut orang ramai bangkit mengancam institusi raja. "Apabila raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam situasi di Malaysia dan saya lihat selepas pilihan raya umum lalu macam-macam ancaman sedang dilakukan ke atas institusi raja. "Derhaka kepada raja itu adalah satu dosa kerana Islam sendiri mengarahkan umatnya mentaati raja selaku pemimpin," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Raja pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini. -

Tuesday, June 4, 2013

KAMI PUN SOKONG !

Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan - Harakahdaily, KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara. “Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat. Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal. Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya. “Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya. Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia. “Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain. “Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau. Photo: Wednesday, June 5, 2013. Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan !! Harakahdaily. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu ‘silap mata’ paling besar dalam sejarah negara. “Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat. Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal. Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya. “Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13,” katanya. Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia. “Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain. “Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?,” tanya beliau. Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan. Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13. “Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya. Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini. Indah.com. Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan. Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13. “Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan,” tegasnya. Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini. Indah.com. Dicatat oleh atsixty

Friday, May 31, 2013

ALHAMDULILLAH ALLAHYARHAM PAK LAH DISOLATKAN OLEH ANAK YANG SOLEH !

Anak yang soleh mengimamkan solat jenazah ayahnya. Ahmad Nizam Abdullah sedang memimpin doa seusai solat jenazah Hj Abdullah Arshad,bapa beliau.Solat Jenazah berlansung selepas Solat Jumaat di M.asjid Kg Selinsing .Allahyarham Hj Abdullah Arshad ,80 tahu,dahulu merupakan AJK Pas Kawasan Bukit Gantang yang sangat gigih. Apabila Kg Selinsing diletakkan dalam Kawasan Bagan Serai,Hj Abdullah Arshad aktif di Bagan Serai.Turut hadir solat jenazah YB Mohamad Zawawi Hasan dan YB Hj Husein Din. Antara keistimewaan Pak Lah,mampu mengingat nama-nama sahabat,termasuklah penulis yang pernah menjadi AJK Pemuda Bukit Gantang pada masa dulu. Pak Lah pemimpin yang cukup merendah diri.Alfatihah ....

Wednesday, May 29, 2013

PELIK ! DITOLAK USUL BOT TERBALIK !

KUCHING – Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak menolak usul Chong Chieng Jen (Kota Sentosa-DAP) bagi membincangkan tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selain ada lagi mangsa yang dikhuatiri terkorban. Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, yang memutuskan usul itu tidak teratur serta tidak boleh diterima, berkata ia boleh memudaratkan kerana berdasarkan laporan akhbar dan agensi berkaitan perlu dibenar menjalankan siasatan berhubung tragedi berkenaan. “Notis 24 jam diperlukan bagi membentang usul sedemikian yang dalam kes ini tidak teratur dan tidak boleh diterima kerana melebihi 250 perkataan, iaitu mengandungi 397 perkataan,” katanya pada sidang DUN di sini hari ini. Beliau berkata usul itu, yang dibentang Chong berikutan tragedi yang berlaku semalam di Jeram Tukok/Jeram Bungan dalam Sungai Rajang, sepatutnya dibuat mengikut Perintah Tetap 15 dan bukan Perintah Tetap 23(2)(d). Antara resolusi yang dicadang Chong ialah Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak perlu bertanggungjawab bagi lebihan muatan, yang dilakukan berulangkali manakala kerajaan perlu segera melaksanakan pembinaan jalan sepanjang 100 kilometer dari Kanowit ke Song, Kapit dan Belaga dengan komitmen menyiapkannya dalam tempoh tiga tahun. “Meskipun tragedi ini memilukan semua orang, ini merupakan masa tindakan segera diambil oleh kerajaan bagi memastikan tragedi sama tidak lagi berulang,” katanya sambil menambah selepas 50 tahun, masih tiada akses untuk jalan yang sempurna ke daerah luar bandar di Sarawak. Sementara itu, dalam semangat perpaduan dan kasih sayang, TImbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata penyokong Barisan Nasional (BN) menyumbang RM24,000 untuk tabung kebajikan mangsa tragedi berkenaan dan keluarga merek manakala setiausaha politik Ketua Menteri berkongsi menderma sejumlah RM5,000, pembantu menteri negeri (RM1,500) dan Adun Pakatan Rakyat (RM2,500). Bercakap kepada pemberita selepas itu, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata 33 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Rh Tebuk Long Buyui. Bantuan makanan dari pangkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) serta peralatan dapur turut diagih petugas JKMS dari Kapit semalam sementara petugas dari Bintulu membawa selimut, baju dan tilam untuk kegunaan mangsa serta anggota keluarga mereka di Pusat pemindahan sementara itu.- BERNAMA

Sunday, May 26, 2013

UMNO BUKAN WAKIL MELAYU!

Umno tidak Mewakili Melayu Sebelum guna data mengundi, rakyat harus tahu dan cari info bahawa ada 5 Menteri beragama Kristian dalam barisan kabinet 47% DS Najib selepas PRU13,itu blum Menteri yg belum angkat sumpah sebagai senator dah dilantik Menteri kabinet. Tambah lagi ada Ketua Bahgian UMNO yang beragama Kristian di Malaysia Timur.Jadi benarkah UMNO pejuangkan Islam dan Kristian? Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina. "Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta. "Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta. "Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com. Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi. Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular. Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?" (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain. "Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.

Wednesday, May 22, 2013

SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN.?

Khamis, Mei 23, 2013 SEKOLAH JENIS CINA PATUT DIHAPUSKAN. "Pengkhianatan Orang Cina itu benar". Puih. Dasyat betul tajuk berita dari akhbar internet, MalaysiaKini. Memang dasyat yang melampau. Ada sesiapa yang sudah baca berita itu? Jika sudah, bagus, anda semua dibenarkan untuk terus membaca artikel saya ini. Jika belum, tolong baca dahulu, kerana jika anda semua hendak faham apa yang hendak saya tulis, anda perlu membaca dahulu entri ini; 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' Saya sebenarnya, tidak mengenali langsung bekas hakim yang bernama Mohd Noor Abdullah ini. Saya tidak kenal dia. Adakah dia hakim yang baik? Adakah beliau hakim yang adil? Adakah beliau seorang yang nasionalis? Adakah beliau seorang yang Islamis? Itu saya tidak tahu. Tetapi, dengan pembacaan dari artikel dari MalaysiaKini itu, saya dapat anggapkan bahawa beliau seorang nasionalis Melayu. Seorang yang assobiyah. Ada 3 isi penting yang hendak diutarakan oleh beliau dalam teks ucapan yang telah direkodkan oleh MalaysiaKini yang telah dipisahkan kepada 3 episod. Didalam episod yang pertama ini, isi yang penting diutarakan oleh bekas hakim ini adalah 3 isian. Saya hanya hendak mengupas 2 isi sahaja untuk artikel saya pada kali ini. Satu, berkenaan dengan Cina sudah khianat Melayu. Kedua, sekolah jenis Kebangsaan. Apabila, introduksi ucapan bekas hakim ini adalah menyatakan bahawa Cina telah khianat Melayu kerana ingin membolot kuasa politik, nampak sangat ada kecelaruan mental aritmatik pada akal bekas hakim ini. Saya tidak nampak, dari segi logik mana, orang Cina, hendak mengambil kuasa dari orang Melayu. Memang saya tidak nampak. Jika sesiapa ada yang nampak, tolong jelaskan kepada saya, dimana, orang Cina sedang bertungkus lumus untuk mematikan kuasa politik orang Melayu. Dimana?? Apa yang saya nampak, didalam 38 kerusi yang dimenangi DAP, kesemua lawan kepada calon DAP itu adalah BUKAN orang Melayu. Yang dilawannya, MCA, Gerakan dan SUPP. Dimanakah adanya satu kerusi yang dimenangi oleh DAP, adalah kerana berlawan terus dengan umno? Ada? Tiada? Tolonglah jangan tipu saya. Memang ada, satu, di Johor, dimana sepatutnya kerusi Parlimen itu adalah milik MCA, tetapi telah dirampas umno untuk berlawan dengan Lim Kit Siang. Satu kerusi, Cina menang lawan Melayu. Tetapi jangan hanya ingat kepada Gelang Patah, lupakah pula parlimen Raub di Pahang. DAP menang menentang MCA disana, tetapi yang mewakili DAP adalah orang Melayu. Kenal Mohd Ariff Sabri? Melayu menang lawan cina bn. Kot ye pun, Cina menang semua kerusi yang ditanding, biarlah dia, kerana yang dia lawan pun, asal dari orang Cina juga. Apa yang kurang akalnya bekas hakim ini? Sepatutnya, apa yang perlu dihentam oleh bekas hakim ini adalah menghentam selunyai-lunyainya PAS, yang memang sah, berlawan 90% dengan parti melayu umno. Dimana kerusi majoriti Melayu, disitulah terletaknya PAS. Hendak pula saya bertanya, PAS ini bukan orang Melayu ke? Bukan orang Islam ke? Jika melayu umno kalah, yang menang nanti, Melayu PAS pula. Jadi,.. apa masalahnya wahai tuan hakim? Ok, saya akan berhenti setakat disitu untuk isian pertama. Tidak mahu saya panjang-panjangkan perkara yang melalut dari akal pemikiran manusia kurang akal aritmetik. Kita pergi ke isian yang kedua pula. Isian berkenaan dengan sekolah jenis Kebangsaan. Walaupun saya membantah apa yang diungkapkan oleh bekas hakim ini berkenaan dengan orang Cina khianat Melayu, maka untuk cerita berkenaan dengan sekolah jenis kebangsaan ini, saya menyokong beliau 110%. Memang saya menyokong beliau 110%. Kerana apa saya katakan begitu? Kenapa saya beranggapan bahawa sekolah jenis ini membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia? Kerana memang ya pun ianya membawa perpecahan kepada rakyat Malaysia. Satunya, hanya Malaysia sahaja didalam dunia ini, adanya terwujud jenis sekolah yang khas untuk kaum Cina dan India. Hanya di Malaysia. Sehinggakan, di Singapura pun tiada sekolah jenis kebangsaan Cina ini. Di Hongkong, di Taiwan, di tanah besar Cina, mana ada sekolah Cina. Mana ada! Disebabkan sekolah jenis kebangsaan ini jugalah, kaum cina rugi satu tahun untuk menghabiskan sesi persekolahan wajib mereka. Sesiapa pernah mengajar tingkatan satu? Ada sesiapa yang pernah mengajar pelajar Cina yang semasa sekolah rendahnya, adalah dari aliran jenis kebangsaan Cina? Ada? Jika ada, sudah tentulah, guru-guru ini akan faham apa yang saya maksudkan. Bolehkah kita, rakyat Malaysia, menerima, seorang rakyat Malaysia, yang berumur 13 tahun, tidak tahu berbahasa Malaysia. Boleh terima ke? Mat Bangla, yang tinggal di Malaysia, tidak sampai 1 bulan pun sudah boleh bertutur bahasa Malaysia, tetapi oleh kerana wujudnya sekolah Jenis Cina di Malaysia ini, maka sungguh ramai kaum Cina berICkan Malaysia, tidak reti berbahasa Malaysia. Ini memang parah! Kita pun boleh membandingkan, antara orang Cina yang bersekolah Jenis kebangsaan Cina, dengan orang Cina yang bersekolah Kebangsaan biasa. Memang kita boleh bandingkan, yang mana satu yang lebih mesra kaum, yang ada ramai kawan yang berlainan bangsa, yang boleh berkompromi dengan bangsa-bangsa yang lain. Memang jelas kita boleh bandingkan. Maka, apakah kewajaran, untuk mengekalkan sekolah jenis ini? apakah logiknya ianya diteruskan dalam abad milenium ini? Jawapannya, kerana hendakkan undi, itu sahaja...... bodo punya politician...... Dicatat oleh Mazwandi Mustaffa

Tuesday, May 21, 2013

TAHNIAH AZRAN SI CEO BERANI !

Tahniah Azran.. hantam akhbar Lidah Setan Dikenali tu cukup-cukup, biar mampus!!! Pemuda PAS puji keberanian Azran Osman KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah memuji keberanian yang ditunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang mengkritik secara terbuka akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar perkauman. Azran telah menulis di dalam Facebook beliau bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan anti perkauman serta meluat dengan pendirian pengarang Utusan. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kenyataan Azran itu menandakan golongan menengah tidak lagi boleh ditakutkan oleh Umno BN dengan maklumat sebelah pihak. "Saya menyanjung tinggi keberanian dan keterbukaan Azran. Sebagai pegawai tinggi sebuah syarikat besar negara, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, menandakan golongan menengah dan berpendidikan tinggi yang celik maklumat telah berani keluar dari kepompong ketakutan politik yang mencengkam mereka selama ini. "Beliau adalah ikon golongan koporat yang berani bangkit menyatakan kebenaran. Jika Azran Osman berani mengeluarkan kritikannya, ia bererti ramai lagi golongan korporat, usahawan dan profesional yang menyimpan perasaan yang sama dan meluat dengan tahap media utama negara ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Persatuan Veteran Umno yang mengarahkan anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia X berikutan kenyataan Azran yang mengkritik Utusan. Mengulas lanjut Suhaimi berkata, isu sebenar adalah etika Utusan Malaysia yang sudah hilang wibawanya dan jauh tersasar dari landasan kewartawanan sebenar. Sebagai akhbar nombor satu di negara ini, Utusan Malaysia telah lama hilang punca kerana hanya mengikut telunjuk kuasa politik pemimpin negara. "Lihatlah faktanya dan sejumlah saman yang dikenakan terhadap akhbar tersebut. Sampai bilakah media di negara ini terus menjadi ‘budak suruhan’ pemimpin negara," soalnya. Apa yang pelik kata Suhaimi, mengapa Persatuan Veteran Umno pula yang terasa hati atau apakah Veteran Umno mempunyai saham atau akhbar Utusan Malaysia sememangnya milik Umno? "Jika ia milik kerajaan dan rakyat, sepatutnya terimalah kritikan tersebut dengan besar hati. Usah diperbesarkan dan mengugut untuk boikot Air Asia X hanya semata-mata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut mengkritik sesuatu yang diyakini berlaku. Bukan setakat beliau, jutaan rakyat Malaysia boleh mengesahkan perkara tersebut dan bersetuju dengan kenyataan Azran," kata Suhaimi. "Jika Utusan Malaysia milik Umno, buatlah kenyataan terbuka bahawa ia adalah hak milik Umno dan terhad hanya untuk ahli-ahli sahaja sebagaimana terhadnya Harakah dan Keadilan kepada ahli partinya sahaja," katanya. Posted by Kedah

Sunday, May 19, 2013

NAYA SI BUDAK MELAYU !

EKORAN penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah. Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang. SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi. Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti. Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live. Telah berulang kali diungkap dalam kenyataan SAMM sebelum ini bahawa ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama yang dilontar oleh proksi Umno tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat. Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang. SAMM juga membidas sikap sombong bongkak Menteri Dalam Negeri yang baru apabila memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat. Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'. SAMM yakin dan percaya walaupun Adam Adli ditangkap, ia tidak langsung melemahkan gerakan yang diseru oleh Adam Adli iaitu gerakan ke jalanraya, malah tindakan ala-penjajah pihak KDN ini pasti memacu jutaan rakyat untuk hadir ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Makin kamu menekan rakyat, makin menggunung keberanian rakyat. SAMM memberi peringatan kepada regim, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu. Tiba masanya rakyat bangkit untuk tidak menunggu 5 tahun lagi, kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya kebangkitan rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat!! Kamu tangkap Adam Adli, akan lahir seribu lagi Adam Adli yang membuat seruan yang sama - Jalanraya. Sekian Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/05/penangkapan-adam-adli-cetus-kebangkitan.html#ixzz2ToSPSEWO