Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, June 23, 2010

JOM GI TAMRIN 3 DAN 4 JULAI

ANTARA PENGISIAN :-
1. TAZKIRAH LEPAS SOLAT
2. TAARUF
3. BENTANG KERTAS KERJA
4. AKTIVITI BERKUMPULAN
5. QIAMULAIL
6. RIADAH DLL
sumbangan kos RM20 seorang
Sila hantar sekurang-kurangnya 5 orang dari ahli cawangan
dan hubungi Sdr Wan Ismail

KURENGKAN POLIS DAN JANGAN SEWA KEMAH

Kurangkan kehadiran polis dalam PRK(Pilihan Raya Kecil) dan Polis beli kemah sendiri dan jangan menyewa. Bayangkan kos sewa kemah di PRK Kuala Terengganu lebih RM4 juta!
Bayangkan kalau 11 PRK dan berlaku, maka belanja kemah saja berjuta-juta.

Saya sangat terperanjat apabila membaca laporan muka depan akhabr The Star hari itu.Untuk lima pilihan raya kecil terakhir yang dikendalikan iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau, kerajaan telah berbelanja RM33.4 juta!
Sumber: The Star

RM2.4 juta bagi SPR dan RM31 juta dibelanjakan oleh pihak Polis.
Bagi SPR tu kita boleh terimalah, alasan diberikan bagi membayar kakitangan petugas, kos mencetak kertas undi dan yang berkaitan dengannya, pengangkutan termasuk helikopter di Batang Ai dan penginapan petugas. Tetapi mengapa mesti pihak polis berbelanja begitu banyak malah lebih banyak dari belanja SPR sendiri selaku pengurus pilihan raya?

Menurut akhbar tersebut perbelanjaan pihak polis melibatkan kos pusat sementara dan khemah (kebanyakkan yang berhawa dingin), logistik, pengangkutan, penginapan (dah ada khemah, ada pulalagi penginapan), sewa, bekalan letrik dan elaun “outstation”.

Pecahan belanja pihak polis adalah seperti berikut:

* Permatang Pauh RM2.5 juta
* Kuala Terengganu RM11.5 juta
* Bukit Gantang RM7 juta
* Bukit Selambau RM5 juta
* Batang Ai RM5 juta

Teruk sangat ke ancaman keselamatan sehingga pihak polis perlu berbelanja demikian banyak bagi satu-satu pilihan raya kecil? Bagi saya ini menggambarkan seolah rakyat para pengundi kita ganas dan mengancam dalam satu-satu pilihan raya kecil sedangkan hakikatnya tiada pun yang terbunuh atau tercedera dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Malaysia (kecuali di Lubuk Merbau, Kedah apabila petugas PAS dibelasah dan dipukul oleh orang-orang Umno).

Saya merasakan lagi kehadiran kekuatan pihak polis yang “melampau” besarnya itu memberikan imej buruk buat negara malah mungkin juga ia faktor penyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihanraya-pilihan raya kecil yang dimaksudkan. Rakyat melihat Umno-BN sengajamahu menakut-nakutkan mereka, sedangkan rekod pilihanraya kecil di Malaysia lazimnya aman dan terkawal.

Kesimpulannya dalam keghairahan pihak SPR dan lain-lain pihak mahu mengurangkan kehadiran rakyat jelata mengiringi calon semasa proses penamaan calon, saya merasakan lebih wajar kehadiran pihak polis dalam satu-satu pilihan raya kecil pun wajar dikurangkan demi menjimatkan belanja. Jangan sampai Malaysia dilihat sebagai “Police State”, kerana kehadiran dan belanja keselamatan yang melampau besarnya ini, sedangkan ancamannya sangat minimal.

p/s- untung la pembekal khemah... sapa laa yg dapat tuu..

DANA INDUSTRI KECIL SELANGOR UNTUK 104 USHAWAN

Sejumlah 104 usahawan layak menerima bantuan dari Kerajaan Negeri melalui program Program Dana Industri Kecil.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari berkata 104 usahawan ini adalah pemohon berjaya dari 474 permohonan yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Dana Industri Kecil.

"Pemohon yang layak seterusnya akan dinilai semula dan akan ditemuduga bagi menentukan jenis peralatan atau mesin yang akan diterima. Pemohon yang layak juga wajib menghadiri kursus keusahawanan sebelum surat tawaran dikeluarkan," kata Yaakob dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta ringgit untuk membantu industri kecil yang berpotensi dari segi perolehan mesin dan peralatan. Prosedur kerja bagi pelaksanaan Program Dana Indsustri Kecil ini telah diaudit oleh SIRIM dan dianugerahkan Sijil MS ISO 2000 tanpa Ketidakakuran (NCR).

"Pemohon yang tidak layak mendapatkan dana bantuan daripada program ini akan dipanjangkan ke skim-skim bantuan lain yang bersesuaian dengan perniagaan pemohon," tambah Yaakob.

Saturday, June 19, 2010

PENDEBAT ISLAM YANG HEBAT JELMAAN AHMAD DEEDAT


Menteri Dalam Negeri Britain melarang seorang da'i terkemuka asal India masuk ke negara itu dengan alasan pernyataan dan perilakunya dapat memprovokasi orang.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan bahawa da'i kondang asal India, Zakir Naik (44 tahun) dilarang masuk kerana dianggap pernyataan dan isi ceramahnya dapat menghasut umat Islam untuk menjadi teroris.

Zakir Naik sendiri dijadualkan akan memberikan serangkaian ceramah di London dan kota Sheffield, menurut informasi yang beredar.

Akhbar itu menambahkan: "Sekretaris menteri dalam negeri memutuskan untuk mencegah Naik masuk ke Britain kerana pernyataan-pernyataan yang dibuat olehnya tidak dapat diterima, hal ini berlaku baik dalam tulisan maupun ucapan serta buku-buku yang diterbitkan, yang kesemuanya itu dapat mencetuskan kekerasan, memuliakan terorisme atau berusaha memprovokasi orang lain untuk melakukan tindakan terorisme."

Zakir Naik adalah da'i paling popular ketiga di India, dan pada tahun 2009 menduduki peringkat 82 pada daftar tokoh yang berpengaruh paling kuat di India, telah mengunjungi Britain pada tahun 2006 untuk memberikan ceramah dan khutbah.

Sekretaris kementerian dalam negeri Britain seperti dilaporkan oleh akhbar, menyatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk mencegah Naik memasuki Bristian dengan alasan adanya laporan yang dibuat dan merupakan bukti atas sikap dan perilaku Naik yang tidak dapat diterima.

Zakir Naik sendiri dianggap sebagai da'i yang jaguhan dalam urusan berdebat soal kristologi, dia dianggap sebagai pengganti dari almarhum Syaikh Ahmad Deedat yang merupakan da'i kondang dalam urusan berdebat dengan agama Kristian.(fq/imo)

Monday, June 14, 2010

MAHATHIR SEKULAR BANTAHAN PUM

Lesen judi: Pemuda PUM bantah Mahathir
2 Rejab 1431 H
Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) membantah sekeras-kerasnya pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong kelulusan lesen judi yang digembar-gemburkan sekarang. Pandangan tersebut adalah jauh menyimpang daripada sifat keagamaan yang mengharamkan judi dan menyamakannya dengan peranan iblis.

Judi dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-maisir, yang bererti mudah. Mudah mendapat keuntungan, mudah juga jatuh kerugian, malah sangat mudah menimbulkan sengketa dan pergaduhan. Judi merupakan sifat manusia yang tidak bertamadun dan jauh daripada semangat berdikari rakyat Malaysia.

Dahulu ada pandangan mahu memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Pemuda PUM melihat, ini semua berpunca daripada pemikiran Barat yang diwarisi oleh beberapa orang pemimpin di samping liberalisasi pemikiran yang semakin bertunjang kukuh di negara ini.

Tun Dr Mahathir mengatakan lesen judi dibuat untuk mengawal aktiviti perjudian. Ini merupakan satu pemikiran yang amat naïf. Jika begitu, kami cadangkan agar dibuat rumah untuk orang melakukan aktiviti persetubuhan haram. Kami juga mahu cadangkan agar kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus untuk penagih dadah. Dalam masa yang sama, kami cadangkan agar arak dijual secara halal di mana-mana premis dengan tujuan pembendungan dan pengawalan.

Namun Islam tidak bersifat begitu. Cara Islam mengawal bukan dengan memberi dan meluluskan lesen. Cara Islam mengawal ialah dengan menyekat, mendidik dan menakut-nakutkan tentang bahaya dan risiko. Apa lagi orang yang berjudi akan boleh membawa risiko kepada keluarga mereka masing-masing.

Apabila Islam mengharamkan zina, Islam menyatakan “Jangan mendekati zina”. Mukaddimah kepada zina pun tidak boleh, apa lagi perzinaan. Orang yang kalah berjudi ada yang menggadaikan maruah isteri sendiri. Apabila Islam melarang Nabi Adam daripada makan buah khuldi, Allah mengatakan “Jangan mendekati pokok buah khuldi”, bukannya Allah mengatakan “Jangan makan buah”. Inilah Islam.

Apapun, Pemuda PUM tidak hairan dengan pemikiran naif Tun Dr Mahathir kerana beliau dahulu pun banyak menyindir hukum-hakam Islam. Mulut beliau petah berbicara dan lantang bersuara tentang pembebasan Palestin tetapi sifat beliau mewarisi keburukan Bani Israel. Palestin tidak akan bebas dan tidak memerlukan kapal Global Peace sekiranya pemimpinnya masih bersikap demikian, meskipun 1,000 buah kapal sekalipun berjaya sampai di Gaza.

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Pemuda PUM

Harakahdaily/-

Sunday, June 13, 2010

AQIDAH DIBETULKAN , BISNES JANGAN DIHANCURKAN

Penemuan risalah dan buku diharamkan penerbitannya dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas ibu pejabat sebuah syarikat yang diasaskan Asaari Muhammad, Selasa lalu, membuktikan wujud cubaan menghidupkan kembali Al-Arqam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya menemui pelbagai risalah dan buku tulisan Asaari atau Abuya itu ketika menyerbu syarikat berkenaan di Bandar Country Homes, Rawang, dipercayai untuk diedarkan kepada ahlinya.

Sehubungan itu, katanya, JAIS sedang menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu.
“Berdasarkan serbuan (Selasa lalu), kita dapati kemungkinan wujud cubaan menghidupkan kembali kumpulan Al-Arqam kerana buku dan risalah tulisan Abuya yang sudah diharamkan sebelum ini masih disimpan pengikutnya.

“Kita percaya buku dan risalah terbabit termasuk yang ditulis oleh Hatijah Aam (isteri kedua Asaari) masih diedarkan kepada ahlinya untuk tujuan menghidupkan kembali kumpulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohammed Khusrin berkata, tindakan menyerbu syarikat yang diasaskan Asaari bagi mengelak cubaan menghidupkan kembali perjuangan kumpulan yang diharamkan pada 1994 itu berulang.

Katanya, JAIS masih menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan bukti lebih kukuh berhubung usaha menghidupkan semula Al-Arqam dan jika didapati benar, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas menahan individu terbabit.
Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan serbuan ke atas syarikat yang diasaskan Abuya jika maklumat risikan dan siasatan yang dijalankan menemui bukti mereka terbabit dalam penyelewengan yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Berita Harian semalam melaporkan, JAIS menyerbu Ibu Pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd di Bandar Country Homes, Rawang, dan merampas pelbagai produk keluaran syarikat itu seperti buku zikir agung yang dipercayai berkaitan ajaran Aurad Muhammadiah.
Dicatat oleh Musafirlalu

Friday, June 11, 2010

DATO SERI PORNO ,PRESIDEN MCA DARI JOHOR PUN TAK DITARIK BALIK !

Anwar mohon mengadap Sultan Johor
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.

Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah.

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Chua yang kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, dianugerahkan darjah kebesaran itu oleh Sultan Mahmud Iskandar.

Anugerah tersebut membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'.

Bagaimanapun, Chua tidak dimaklumkan sebab mengapa anugerah tersebut ditarik balik.

Sebaliknya, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana tidak perlu menyatakan sebab-sebabnya.
-