Sahabat Intim Blog Ini

Monday, May 31, 2010

RAKYAT MALAYSIA JUGA DISERANG ISRAEL


Seorang aktivis mengibarkan bendera Palestin ketika menghadiri suatu demonstrasi anti-Israel di Istanbul. — Gambar Reuters

ISTANBUL, 31 Mei — Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaru tentera laut Israel terhadap konvoi kapal yang dalam perjalanan ke Gaza hari ini.

Sumber memberitahu angka kematian kemungkinan antara 14 dan 16 orang.

Rakyat Malaysia yang menyertai misi membantu rakyat Palestin juga dikatakan berada dalam konvoi itu.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada ada yang cedera dalam kejadian itu.

Saluran televisyen Israel, Channel 10 dan CNN melaporkan konvoi enam kapal yang membawa bekalan bantuan untuk rakyat Palestin dengan diketuai oleh kapal Turki bersama 600 orang penumpang diserang ketika meneruskan perjalanan ke Gaza tanpa mempedulikan halangan dan amaran rejim Yahudi semalam.

Dalam pada itu Turki dengan keras protes tindakan ketenteraan Israel tersebut.

“Tindakan ini tidak boleh diterima... Israel perlu berhadapan dengan kes tindakan ini,” demikian menurut Kementerian Luar Turki.

Justeru, Ankara telah memanggil duta Israel untuk menyatakan bantahan secara rasmi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Industri Israel Binyamin Ben-Eliezer memberitahu Army Radio negara itu bahawa beliau kesal dengan kejadian tersebut.

“Saya hanya boleh mengatakan kesal dengan kejadian ini,” kata beliau.

No comments: