Sahabat Intim Blog Ini

Monday, May 24, 2010

PETANI PADI BANTAH HARGA RUNTUH

Harga Padi Merudum, Petani Berdemontrasi Depan Bernas
TANJONG KARANG 25 MEI: Kira-kira 300 petani yang mengadu terbeban dengan kenaikan harga benih padi, mengadakan demontrasi di depan kilang Beras Padi Nasional (Bernas), Sekinchan di sini, pagi ini.

Mereka menyalahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang dianggap sebagai punca berlaku kenaikan harga benih padi yang didakwa terlibat dalam menetapkan kuota kepada dua syarikat kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Swee Lim berkata, harga padi musim ini merosot mendadak daripada RM1,380 setan kepada RM1,150 setan.

"Sebelum ini, dua syarikat itu diberi 5,000 tan benih padi tetapi selepas Noh menjadi menteri, mereka memperoleh 17,000 tan sedangkan kapasiti benih padi yang mampu dihasilkan mereka hanya 5,000 ke 6,000 tan padi," katanya.

Demonstrasi itu juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meminta Noh meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani kerana didakwa menyeleweng kuota benih padi.

No comments: