Sahabat Intim Blog Ini

Monday, April 4, 2011

600 LAGI HARI TERBUKA !

Seramai 600 generasi kedua Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 Jerantut minggu lalu berdemonstrasi secara aman sambil mengemukakan memorandum yang menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Memorandum yang mengandungi sebanyak 600 tandatangan generasi kedua dan warga
peneroka dari kedua-dua tanah rancangan itu dikumpulkan untuk diserahkan
kepada kepimpinan.

Ia membangkitkan mengenai dua tuntutan iaitu isu keperluan pembinaan rumah dan
pemilikan tanah dalam kalangan generasi kedua yang masih menetap serta bekerja
dalam Pertubuhan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) dan disokong oleh PAS, telah lama
memperjuangkan soal kebajikan ini. Namun selama ini Felda dan Umno beriya-iya
menafikan hak warga Felda ini walhal kekayaan agensi tersebut adalah daripada
keringat dan titik peluh entiti tersebut.
Generasi kedua terutama yang menetap dan bekerja dalam kawasan Felda
sebenarnya amat memerlukan penempatan kerena kebanyakan mereka masih menumpang
tiggal bersama ibu bapa. Ada kes, di bawah satu bumbung rumah peneroka,
terdapat banyak keluarga anak beranak kerana tiada tempat tinggal lain.

Sedangkan, masih terdapat lot tanah kosong yang boleh dibangunkan Kerajaan
Negeri dalam kawasan Felda untuk memenuhi tuntutan sosial dan kebajikan
generasi kedua, di sini.
Jika generasi kedua di kawasan lain boleh memperoleh lot tanah untuk
penempatan, maka mereka juga layak menerima kemudahan sama seperti itu. Lot
tapak dan pembinaan sendiri dengan bersyarat dapat membantu meringankan beban
generasi kedua dan membolehkan mereka tidak ketinggalan untuk menikmati

kehidupan lebih selesa.

No comments: