Sahabat Intim Blog Ini
Sunday, April 17, 2011
DARI ALLAH KITA DATANG , KEPADA ALLAH KITA AKAN KEMBALI !
Mari kita Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob Semoga allahyarham tergolong dalam golongan para syuhada
Sunday, 17 April 2011 04:18
“Mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah An Nisaa: 69)
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Ali Imran: 169-170)
jenazah Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob di sambut oleh pimpinan kerajaan negeri,
pimpinan parti dan ahli2 pas serta pendokong gerakan islam di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
Mari kita Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob Semoga allahyarham tergolong dalam golongan para syuhada
Jenazah Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob, 56, petugas PAS yang meninggal di bilik gerakan PAS Beting Maro semasa Pilihanraya Negeri Sarawak akan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada jam 4 petang ini. Semua rakyat kelantan dijemput hadir menziarahi jenazah di lapangan terbang atau di rumah allahyaham di Kampung Lubuk Simpol, Machang,Kelantan.
Allahyarham adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul Machang yang berjuang di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak semenjak hari pertama kempen pilihanraya.
YB Dato Haji Husam Musa merakamkan sekalung takziah kepada keluarga Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob. Semoga allahyarham tergolong dalam golongan para syuhada.
* - Gambar adalah hanya untuk peringatan kepada yang masih hidup..yang hidup pastinya akan mati...hanya amalan yang akan dibawa ke sana ...bukan untuk mengaibkan si mati atau keluarga di mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment