Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, November 30, 2008

2 Beradik Tertimbus Ulu Yam

Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu YamHULU SELANGOR: Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini.Dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka, manakala ibu bapa serta tiga adik beradik yang lain tidur di ruang tamu apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di atas bukit.Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata beliau bersama suaminya, Roslan Mohd Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, sempat menyelamatkan diri melalui bumbung rumah semasa kejadian.Kedua-dua mayat dijumpai teDua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu YamHULU SELANGOR: Dua beradik mati tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah yang menimpa sebuah banglo setingkat di Lot 110, Jalan Belida 1, Ulu Yam Perdana, di sini awal hari ini.Dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, sedang tidur dalam bilik mereka, manakala ibu bapa serta tiga adik beradik yang lain tidur di ruang tamu apabila tebing di belakang rumah berkenaan runtuh, lalu menghempap rumah itu yang dibina di atas bukit.Ibu kedua-dua beradik itu, Azizan Madon, 42, berkata beliau bersama suaminya, Roslan Mohd Jalil, 49, dan tiga lagi anak mereka, Norlisa Azira, 8, Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 3, sempat menyelamatkan diri melalui bumbung rumah semasa kejadian.Kedua-dua mayat dijumpai tengah hari ini oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, SMART, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari. Setakat ini, mayat Nurul Intan Sarina masih belum dikeluarkan.Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Azizan berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata."Saya hanya dengar satu bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah, sebelum batu dan tanah masuk memusnahkan rumah kami."Saya selamatkan diri melalui bumbung rumah dan lari minta bantuan pihak pengurusan resort. Suami dan tiga anak saya yang lain juga berjaya selamatkan diri ikut bumbung," katanya sambil menangis teresakesak.Beliau berkata mereka sekeluarga mendiami banglo itu sejak tujuh tahun lepas dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di kawasan tersebut.Sementara itu, salah seorang pekerja resort, Norafifah Hanim Abd Kadir berkata beliau terkejut apabila melihat Azizan berlari sambil meminta bantuan."Dia hanya berpakaian tidur dan tidak memakai selipar. Saya memang kenal keluarga mangsa, suaminya bekerja sebagai juruterbang AirAsia," katanya. BERNAMAngah hari ini oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, SMART, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mayat Noratirah pada 12.55 tengah hari. Setakat ini, mayat Nurul Intan Sarina masih belum dikeluarkan.Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, Azizan berkata kejadian itu berlaku dalam sekelip mata."Saya hanya dengar satu bunyi dentuman kuat di bahagian belakang rumah, sebelum batu dan tanah masuk memusnahkan rumah kami."Saya selamatkan diri melalui bumbung rumah dan lari minta bantuan pihak pengurusan resort. Suami dan tiga anak saya yang lain juga berjaya selamatkan diri ikut bumbung," katanya sambil menangis teresakesak.Beliau berkata mereka sekeluarga mendiami banglo itu sejak tujuh tahun lepas dan ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di kawasan tersebut.Sementara itu, salah seorang pekerja resort, Norafifah Hanim Abd Kadir berkata beliau terkejut apabila melihat Azizan berlari sambil meminta bantuan."Dia hanya berpakaian tidur dan tidak memakai selipar. Saya memang kenal keluarga mangsa, suaminya bekerja sebagai juruterbang AirAsia," katanya. BERNAMA

HAK ORANG ASLI DIPINGGIRKAN DI PAHANG?

"Harap tuan/puan beri respon terhadap isu ini :Kes tanah: Orang Asli mohon semakan kehakiman
TEMERLOH 28 Nov. - Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Buan, Rompin hari ini memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman berhubung kelulusan pembangunan tanah seluas 407.3 hektar di kampung itu untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Penduduk kampung tersebut yang diwakili oleh Batin Majid Jaafar, Jentong Duka dan Rusman Imat memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Rama-Rozi & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Beliau diiringi kira-kira 40 penduduk kampung itu.
Mereka menamakan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) itu.
Mereka memohon perintah membatalkan keputusan kerajaan negeri Pahang yang meluluskan pembangunan sebahagian tanah di kampung itu kepada TH Plantations Berhad untuk dijadikan ladang kelapa sawit melalui notis pengosongan tanah oleh kontraktor Ambang Saujana Resources Sdn. Bhd. pada 1 November lalu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa mereka adalah pemegang-pemegang hak milik adat Orang Asli dan pemegang-pemegang hak milik adat komuniti Orang Asli di tempat berkenaan.
Selain itu, mereka menuntut satu deklarasi bahawa hak-hak tanah mereka ke atas tempat yang diduduki itu tidak dimusnahkan, disekat atau dilenyapkan dengan tindakan kerajaan negeri Pahang malah mendakwa ia sepatutnya dilindungi oleh responden.
Selain itu, mereka memohon deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan kerajaan Malaysia untuk mengambil semua langkah yang perlu dalam membolehkan kerajaan negeri mewartakan tempat tersebut sebagai rizab Orang Asli, adalah satu pelanggaran kewajipan perlembagaan, statutori dan fidusiari.
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dengan jumlah kerugian ditaksirkan mengikut peraturan-peraturan mahkamah berikutan kerosakan yang disebabkan kerja-kerja pembersihan tanah terbabit.
Mereka juga menuntut kos dan lain-lain relif yang dianggap patut oleh mahkamah

Saturday, November 29, 2008

JADUAL KULIAH SURAU AL-FALAH DISEMBER 2008

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Omar
Tarikh: 27 Nov 2008 (Khamis)
Tempat: Surau al-Falah, Apartment Anggerik, TBR.

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Zuber
Tarikh: 28 Nov 2008 (Jumaat)
Tempat: Surau al-Falah, Apartment Anggerik, TBR.

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Wan Ji
Tarikh: 1 Dec 2008 (Isnin)
Tempat: Surau al-Falah, Apartment Anggerik, TBR.

Forum Agama - Ustaz Riduan Md Nor, Ustaz Fauzi Husin & Ustaz Idris Ahmad
Tarikh: 2 Dec 2008 (Selasa)
Tempat: Surau al-Falah, Apartment Anggerik, TBR.
Masa: Selepas solat Maghrib.
Sebarang pertanyaan, hubungi Saudara Amin (013-6696805)

Thursday, November 27, 2008

Perlantikan Shahrizat bazirkan wang negara

MACHANG, 27 Nov (Hrkh) - Perlantikan Dato' Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Penasihat kepada Menteri Kebajikan Masyarakat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan gaji RM28,000.00 sebulan merupakan tindakan membazir wang rakyat.
Aggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail berkata, Sharizat tidak sepatutnya dilantik ke jawatan bertaraf menteri itu kerana beliau telah pun ditolak oleh rakyat selepas tewas kepada Puteri Refomasi, Nurul Izzah Dato' Seri Anuar di Kawasan Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum lalu.
Katanya, selain bergaji bulanan, Sharizat juga berhak mendapat elaun tertentu yang dianggarkan tidak kurang RM2,000 sebulan atau sekurang-kurangnya RM30,000.00 sebulan.
Berucap di Majlis Penerangan Isu-isu Semasa Anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Machang di Dewan Majlis Daerah itu baru-baru ini beliau berkata, jika dicampurkan gaji dengan elaun, kerajaan terpaksa membelanjakan wang rakyat sebanyak RM360,000.00 setahun bagi membayar gaji dan elaun kepada Sharizat.
Selain Sharizat, wang rakyat juga turut digunakan untuk membayar gaji Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Dato' Dr Abdul Hamid Othman dengan gaji sebanyak RM25,000.00 sebulan.
Namun begitu, walaupun peranan Hamid lebih besar berbanding Sharizat namun gaji yang dibayar kepada Sharizat RM3,000.00 lebih tinggi berbanding Abdul Hamid yang tugasnya sebagai penasihat agama Perdana Menteri.
"Sepatutnya bekas menteri yang kalah dalam pilihan raya umum itu tidak lagi dilantik ke jawatan kerajaan kerana mereka semenangnya telah ditolak oleh rakyat," tegasnya.
Katanya, tindakan itu seolah-olah Perdana Menteri tidak merasa bersalah membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk diberikan kepada Shahrizat. - mns_

Kongres Nasional ke 5 PKR

Friday, November 28, 2008

Eksklusif: Kongres Nasional Tahunan Ke-5, Parti Keadilan Rakyat Bermula Di Shah Alam Hari Ini !!
SHAH ALAM - Kongres Nasional Tahunan Ke-5, Parti Keadilan Nasional bermula hari ini. Agenda pertama hari ini ialah Persidangan Angkatan Muda Keadilan dan juga Wanita. Majlis perasmian kedua-dua sayap parti itu telah dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali. Seawal pagi pendaftaran perwakilan dan pemerhati telah diadakan. Persidangan kali ini agak menarik kerana inilah kali pertama ia diadakan selepas pilihanraya umum ke-12. Justeru itu banyak agenda perubahan untuk kepentingan rakyat bakal dibahaskan. Turut hadir dalam upacara perasmian sebentar tadi ialah YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita KeADILan dan juga Saudara Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda.
Kelihatan perwakilan dan pemerhati semasa sessi pendaftaran

Tuesday, November 25, 2008

RAZAK BAGINDA KATA NAJIB TAK KENAL ALTANTUYA??

20 November 2008
Razak Baginda kata Najib tidak kenal Altantuya?? Ngko mimpi ker mengigau??
Bekas penganalisa politik, Abdul Razak Baginda hari mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya.Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu. Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.
Komen : Kalau macam tu dalam kepala koi bermain seribu macam persoalan. Kalau Altantuya tak kenal Najib, kenapa Altantuya datang cari Najib sebelum dia dibunuh? Kenapa Azilah dan Sirul Azhar bunuh Altantuya sedangkan tiada sebab kedua-dua anggota polis ni perlu membunuh? Atau mereka pembunuh yang diupah? Siapa yang mengupah mereka? Untuk apa Altantuya perlu dihapuskan? Mungkin untuk menutup rahsia seseorang dari terbongkar? Setelah Altantuya dibunuh menggunakan pistol, apa perlunya mayat Altantuya diletupkan? Sememangnya untuk menghapuskan bukti. Bukti apa? Bukti dari percakapan Altantuya yang akan mendedahkan segala rahsia penyelewengan seseorang dan mungkin Altantuya ketika itu sedang mengandungkan anak seseorang? Supaya ujian DNA tidak dapat dilakukan keatas kandungan Altantuya maka mayat Altantuya mesti dihancurkan. Dan seribu soalan lagi masih bermain didalam pemikiran rakyat. Kita tanya diri sendiri dan kita akan dapat jawapannya.

Sunday, November 23, 2008

Kenapa BPR buat Kerja Macamni?

3 ahli Puteri buat laporan polis
Oleh Hussain Saidbhnews@bharian.com.my
Pegawai BPR dituduh soal siasat dalam bilik hotel tanpa pegawai wanita BAHAU: Tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat laporan polis terhadap pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang didakwa menyoal siasat mereka dalam sebuah bilik hotel murah di sini tanpa ditemani pegawai wanita dan mendakwa diugut serta dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong calon tertentu pada pemilihan Umno bahagian itu bulan lalu. Seorang daripada tiga ahli Puteri itu, Zalina Muhammad, 30, mendakwa dipaksa duduk atas katil dan dikelilingi antara lapan hingga 10 pegawai BPR ketika di bilik hotel itu, kira-kira jam 9 pagi. Beliau mendakwa mereka dipaksa membuat perakuan palsu menerima wang untuk menyokong Ahli Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua Umno bahagian, Datuk Lilah Yasin, timbalannya yang juga Setiausaha Khas Menteri Pelajaran, Mohd Salim Shariff dan Naib Ketua, Mustapha Nagoor pada pemilihan jawatan bahagian 12 Oktober lalu.

Wednesday, November 19, 2008

ZAHID HAMIDI SOKONG TAHANAN ISA TAK DIBENARKAN SOLAT JUMAAT


Eksklusif: Zahid Hamidi Selar Raja Petra Pertikai Prosedur Tahanan ISA Tidak Dibenarkan Solat !!
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat. "Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya. "Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.
"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid. Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata. "Saya tak pernah duduk dalam ISA dan saya tak tahu," katanya. Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terhadap pusat tahanan ISA di Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat. Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain. Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya.[Nampaknya kini puak-puak UMNO dan kerajaan terkena pula dengan permainan Raja Petra. Apa tidaknya, jika dulu beliau dituduh menghina Islam dan Nabi Muhammad, kini beliau pula membuat laporan polis tentang perkara solat tersebut. Memang jahat dan zalim ISA, kerana mengharamkan tahanan bersolat!! Ini bermakna Zahid Hamidi juga turut bersubahat, hingga sanggup mepertahankan akta zalim itu dengan

MAHKAMAH MALAYSIA PENUH KEAJAIBAN ?

KEENGGANAN PENDAKWA RAYU KES RAZAK BAGINDA, TIMBULKAN TANDATANYA ? ~ Ref Malaysiakini
Jarang sekali pihak pendakwa tidak membuat rayuan kepada keputusan Hakim jika orang didakwa tidak dipanggil membela diri. Tetapi inilah yang berlaku terhadap kes mahkamah Altantuya di mana salah seorang tertuduh dilepaskan dan pendakwa tidak membawa rayuan.Sikap Pendakwa ini menguatkan lagi kesangsian keluarga mangsa dan rakyat Malaysia bahawa sesuatu yang tidak kena terhadap perbicaraan kes Altantuya ini.Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini meminta Jabatan Peguam Negara memberikan alasan yang konkrit berhubung keputusan mereka tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan."Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan)."Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.Saya setuju dengan pandangan YB Gobind Singh ini. Pihak mesti memberikan justifikasi secara lengkap mengapa pihak tidak mahu membuat rayuan. Kita tidak mahu institusi kehakiman kita diragui oleh rakyat malah oleh masyarakat antarabangsa.Jika sistem kehakiman kita mula diragui saya bimbang ianya akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara apabila pelabur luar dan pelancong takut untuk melabur dan melancong ke negara. Mungkin mereka merasakan institusi kehakiman kita hanya seringkali menyebelahi rakyat negara kita dalam kes-kes yang melibatkan orang luar.

Monday, November 17, 2008

Dirgahayu Tok Guru

Rencana Khas Sempena 18 Tahun Nik Abdul Aziz Jadi MB
Sejarah dan Kehebatan Seorang Agamawan

RESOLUSI MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN

Bilik Cempaka PKNS Bangi17 Zulkaedah 1429/15 November 20081.
1. Menginsafi bahawa kemenangan dalam PRU12 yang dikecapi adalah satu ujian dan cabaran pada PAS Serdang.
2. Berusaha menghindari dari sifat takabur dengan menerapkan sifat tawaduk dalam diri ahli parti dan pemimpin.
3. Menumpukan pada pembinaan peribadi pemimpin dan ahli PAS.
4. Memperkasakan dakwah pada remaja, masyarakat Islam dan pegawai kerajaan.
5. Menyedari wajibnya memperkuatkan parti dan tenaga kerja yang istiqamah dengan menyusun pengurusan tarbiah organisasi parti.
6.Memperkasakan organisasi parti dalam menghadapi cabaran senario politik semasa.
7.Menjunjungi tahlul siasi siasiyah seperti diperturunkan kepimpinan.
8.Meneruskan tradisi infak dikalangan ahli jemaah.
9.Memberikan khidmat masyarakat yang terbaik dengan mebawa nilai Islam yang unggul.
10.Memupuk semangat kerja sama dan setia kawan dalam Pakatan Rakyat.
11.Mengujudkan sekoalh rendah Islam sebagai meneruskan kesinambungan PASTI(Pusat asuhan tunas Islam).

Sunday, November 16, 2008

Kuliah Maghrib & Muslimat Surau Al-Falah

20/11/2008 3.00 ptg Ust Amran - Pengajian Muslimat
7.40 mlm Ust Masiate - Politik & isu Semasa
21/11/2008 3.00 ptg Ust Kamaruzaman

22/11/2008 Ust Amran - Tafsilil Qur'an

23/11/2008 Ust Sobri Daud - Hadis/Fekah

27/11/2008 3.00 ptg Ust Amran - Pengajian Muslimat
7.40 mlm Ust Omar Jaafar - Kitab Lama
28/11/2008 3.00 ptg Ust Kamaruzaman - Pengajian Muslimat
7.40 mlm Ust Zuber Embong - Perundangan Islam

Majlis Ihtifal Pasti Zon Bkt Beruntung/Bkt Sentosa


Pagi tadi telah berlangsung majlis Ihtifal anak-anak Pasti di sekitar Bkt Beruntung dan Bkt Sentosa, yang membabitkan tiga buah pasti, iaitu Pasti Al-Faizin, Pasti Al-Fatini dan Pasti Ummi Sham yang telah di adakan di dewan sekolah agama Taufik Hidayah Bkt Sentosa. Program ini telah di rasmikan oleh saudara Mohd Yusuf Abd Rahman iaitu salah seorang ahli majlis kawasan Hulu Selangor merangkap Ketua Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).
Majlis tersebut telah di mulakan dengan pembacaan ayat-ayat suci AlQuran oleh seorang bekas pelajar pasti iaitu adik Hafizuddin Bin Mohd Sakri, serta telah diserikan dengan persembahan dari anak-anak pasti yang telah menamatkan persekolahan mereka baru-baru ini, seperti acara nasyid berkumpulan dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, bercerita dan bersajak, serta diselang-selikan dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
Acara yang paling menarik yang dapat disaksikan oleh para ibubapa dan guru-guru serta hadirin ialah acara mendeklamasikan sajak yang telah di bacakan oleh dua orang pelajar iaitu adik Mohd Daniel Bambang Suhartono dari Pasti Ummi Sham dan adik Nuralia Sabrina Bt Khairul Salleh dari Pasti Al-Faizin. Kedua-dua adik ini merupakan johan acara mendeklamasikan sajak peringkat kebangsaan anak-anak pasti yang diadakan di negeri Kedah baru-baru ini.
Syabas kita ucapkan kepada guru ketiga-tiga pasti ini, yang telah bertungkus-lumus dalam menbimbing anak-anak pasti dengan jujur dan ikhlas, demi melihat anak-anak bangsa terdidik dengan ilmu pengetahuan yang merangkumi keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan ibubapa di sekitar Bkt Beruntung dan Bkt Sentosa, ketiga-tiga pasti ini sekarang telah membuka pendaftaran untuk anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6tahun untuk pengajian sessi 2009.

Saturday, November 15, 2008

Anak Selangor dpt bantuan kewangan , pendidikan dan insuran

Anak Selangor diberi bantuan kewangan pendidikan, insurans

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Kerajaan Selangor akan memberi perlindungan insurans kepada setiap anak kelahiran negeri itu sehingga berusia 18 tahun di samping memastikan mereka mendapat RM1,500 pada usia tersebut untuk membiayai pembelajaran kelak.
Selain memberi insurans Tabung Warisan Anak Selangor atau Tawas turut menghadiahkan RM100 kepada anak yang baru lahir di negeri itu.
Kerajaan negeri juga melancarkan skim hadiah anak masuk universiti bernilai RM1,000 khususnya kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha itu sebagai membantu golongan berpendapatan rendah mengurangi beban kos pengajian tinggi anak mereka.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (Unisel) yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai hari ini.
Beliau berkata, bidang pendidikan bukanlah satu pintu utama yang menjanjikan kekayaan tetapi ia merupakan pintu kepada peluang kejayaan besar.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi individu atau singkatannya 'Spise'.
"Apabila individu mempunyai keseimbangan antara lima elemen ini saya percaya beliau lebih mampu bertindak berteraskan ketelusan dan keadilan untuk kebjikan rakyat," katanya.
Seramai 1,600 graduan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang masing-masing yang disampaikan oleh Canselor Unisel

CARA TERBAIK ATASI SETINGGAN

Dun Selangor: PBT perbanyakkan 'Council Home' atasi masalah setinggan
SHAH ALAM, 24 Okt - Operasi perobohan penempatan setinggan hanya akan diteruskan selepas perbincangan bersama setinggan oleh setiap wakil rakyat bagi mengelak berlaku salah faham serta untuk memastkan operasi berjalan lancar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad menegaskan, dalam usaha menyelesaikan masalah setinggan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di bawah peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.
Menurut beliau, ia tidak lagi menggunakan peruntukan di bawah Akta Darurat 1969 bagi membolehkan tempoh notis yang dikeluarkan kepada setinggan mencukupi untuk membolehkan mereka membuat persiapan berpindah.
Katanya, kaedah perpindahan akan dilakukan secara berhemah tanpa melibatkan kekerasan bagi mengelak timbul salah faham di kalangan penduduk terlibat selain memudahkan kerja-kerja perpindahan.
"Cara BN dan Pakatan Rakyat memindahkan penduduk setinggan keluar dari penempatan mereka amat berlainan," katanya ketika sesi penggulungan, sidang Dun lalu.
Selain itu beliau menerangkan, kerajaan Negeri sedang mengkaji mekanisma khusus untuk membantu mana-mana setinggan yang gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah.
Dalam masalah itu beliau mencadangkan supaya PBT memperbanyakkan unit 'Council Home' di kawasan masing-masing bagi membantu keluarga setinggan untuk layak membeli rumah.
"Pada masa ini kerajaan Negeri masih mengekalkan dasar yang diamalkan oleh BN iaitu rumah kos rendah untuk setinggan RM35,000 seunit di mana subsidi RM7,000 akan ditanggung oleh tuan tanah atau PBT," jelasnya.
Beliau berkata, satu jawatankuasa khas iaitu jawatankuasa Peneroka Bandar dan Perbandaraan dianggotai ahli NGO bagi mengadakan rundingan dengan para peneroka untuk memudahkan dan mempercepatkan persetujuan.
Merujuk kes peneroka Bandar Bukit Botak yang telah dibangkitkan dua kali dalam sidang Dun, katanya kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menzalimi sesiapa tetapi penyelesaian terbaik akan diusahakan.
Berhubung projek tergendala beliau berkata, di Kuala Selangor terdapat dua projek yang sudah dihantar notis untuk dirampas tanah di atas kesalahan tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat guna tanah.
Tindakan itu untuk memberi amaran kepada pemaju lain dan memberi ruang kepada pihak yang berminat untuk meneruskan projek tersebut, tegas beliau.
Dalam penggulungan itu, beliau setuju dengan cadangan Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang) supaya PKNS menjadi peneraju utama dalam pembinaan rumah kos rendah dan sederhana.
"Sebagai kerajaan yang prihatin, kami mengakui bahawa reka bentuk rumahkos rendah sekarang adalah ketinggalan zaman, sama ada dari segi reka bentuk itu sendiri atau keluasannya," katanya.
Bagi mengatasi masalah tersebut, sejumlah peruntukan telah diberikan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk mengkaji semula reka bentuk yang sedia ada dan menghasilkan satu reka bentuk yang lebih relevan dan lebih selesa kepada rakyat, katanya.

Setiausaha PAS Kawasan Hulu Selangor MAsuk Wad

Untuk makluman semua ahli PAS cawangan Bukt Sentosa & Bukit Beruntung , S/U Kaw Hulu Selangor Sdr Hj. Idris Ahmad telah emasuki wad di hospital Selayang kerana disyaki mengidap denggi Rabu yang lalu. Pagi Kamis ketua pemuda telah menelefon Hj. Idris untuk bertanya khabar dan diberitakan bahawa beliau memang sah mengidap denggi.
Diharap, semua ahli jemaah dan semua penduduk di Bukit Sentosa & Bukit Beruntung dan sesiapa yang mengenali beliau agar dapat mendoakan kepada Allah SWT agar kesihatan dan kesejahteraan semoga beliau cepat sembuh.Harap sesiapa yang ada kelapangan ziarahlah beliau beramai-ramai untuk memberi semangat kepada beliaun agar segera sembuh.

Friday, November 14, 2008

MAJLIS BERKATAN BUKIT SENTOSA 2

Majlis Berkatan Beramai ramai Anjuran Surau Al Muttaqin
di Bukit Sentosa 2,Anggerik 3
Tarikh pada 29/11/2008
Sabtu jam 10 pagi
berminat sila telefon 013-2066168 -bayaran RM 100 jer.
(pss tolong war-warkan pada yang lain)

SELANGOR - Siapa Buat Keputusan Tanpa Kajian?

Saturday, November 15, 2008

Prof Ramasamy Bodoh atau Khir Toyo yang Bodoh?????
.fullpost{display:inline;}
"Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy bahawa UMNO adalah punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam merupakan satu pandangan bodoh yang tidak sepatutnya dilontarkan oleh seorang yang berpendidikan tinggi sepertinya." Kata Khir Toyo. Khir Toyo menuntut Ramasamy meminta maaf kerana sebagai seorang berpendidikan tinggi dia (Ramasamy) sepatutnya membuat kajian dahuluBagi saya Khir Toyo dituntut meminta maaf dengan Ramasamy, kerana bekas MB itu sudah semacam 'gila talak'. Adakah Khir Toyo tahu yang Ramasamy mengeluarkan kenyataan tanpa ada fakta?Saya yakin sebagai seorang ahli akademik, beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu kenyataan secara sedap mulut macam Khir Toyo.Di Negeri Selangor, sudah ke Khir Toyo membuat kajian kenapa ada keperluan menyediakan 'istana' mewah kepada EXCO?Beliau ada ke buat kajian kenapa wujud banyak kepincangan di dalam PKNS sehingga perlu dirombak?Beliau ada ke buat kajian, negeri yang kaya seperti Selangor, tapi masih lagi rakyatnya tidak dapat menikmati kekayaan itu? Sehingga kerajaan PR terpaksa beri air percuma (20m3 pertama), warga mas dapat pembelaan, anak-anak yang mendapat tawaran ke IPTA daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat RM1000.00. dll.Khir Toyo berkata lagi "...kenyataan yang dibuat Ramasamy juga mencerminkan bahawa pembangkang begitu terdesak untuk meraih sokongan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang kononnya membela hak rakyat negara ini."Didalam hal ini tiada timbul pembangkang terdesak untuk meraih undi, kerana PR masih memerintah Pulau Pinang, tetapi UMNO/BN di negeri Selangor selaku pembangkang memang terdesak. Kadang kala Khir Toyo terlupa atau 'gila talak' siapa pembangkang, siapa pemerintah di negeri Selangor.Sementara itu, pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, masalah kekurangan orang bukan Melayu dalam sektor awam berpunca daripada masalah skim gaji yang tidak menarik.‘‘Malah sektor kerajaan juga tidak membayar bonus sebanyak sektor swasta dan faktor ini turut menyebabkan orang bukan Melayu tidak berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan walaupun kehadiran mereka amat dialu-alukan,’’ ujarnya.Kenyataan Prof. Madya Dr.Ahmad Nidzammuddin tersebut jelas menjawab penyataan Prof. Ramasamy. Siapa yang merangka pergerakan gaji, bonus serta kemudahan lain kalau tidak Kerajaan yang di terajui oleh UMNO/BN?Jadi sekarang siapa yang bodoh, anda timbang sendirilah

Thursday, November 13, 2008

GEMPAR ! HAKIM NEGARA AKUI PERNAK BERI RASUAH

Karpal Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Hakim
KUALA LUMPUR: Usul Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ditolak buat kali kedua semalam. Justeru, Karpal akan memfailkan laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang ini. "Nampaknya tiada lagi cara lain supaya isu ini dibahaskan atau dibincangkan kerana Dewan Rakyat telah menolak usul yang saya failkan sebanyak dua kali," kata Pengerusi DAP itu di lobi Parlimen semalam. Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai kepentingan awam kerana ia melibatkan kredibiliti seorang Ketua Hakim Negara.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat. Ketika menjelaskan perkembangan tersebut, Pandikar Amin berkata, peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. "Kelakuan hakim-hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali atas sesuatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh pihak kurang daripada satu perempat daripada bilangan ahli Majlis Parlimen," katanya. Namun Karpal tetap tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Speaker Dewan Rakyat itu kerana menurutnya isu yang dibangkitkannya adalah yang berkaitan sewaktu Zaki berkhidmat sebagai peguam.
"Isunya di sini ialah apa yang berlaku pada tahun 1987 seperti yang beliau (Zaki) nyatakan sebelum ini iaitu pernah memberi rasuah. "Kita bukan mahu bincangkan mengenai sifatnya atau kelakuannya kini sebagai seoarang Ketua Hakim Negara," katanya. Pada sidang media berasingan, Pandikar Amin menjelaskan sebab beliau membuat penolakan tersebut. "Peraturan Mesyuarat itu jelas mengatakan bahawa apa jua yang berkaitan dengan sifat atau kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan di Parlimen. "Memang Yang Berhormat Bukit Gelugor katakan bahawa isu yang beliau bawa adalah yang berlaku dahulu semasa Tan Sri Zaki menjadi peguam, tapi kalau saya biarkan usul ini dibahaskan, tidakkah mereka akan tetap kaitkan dengan sifat-sifat beliau... ini pasti berlaku," katanya. Ditanya kemungkinan persepsi masyarakat bahawa beliau hanya menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang, beliau tidak kisah dengan persepsi sedemikian.
"Saya tak kisah apa mereka akan kata. Saya hanya jalankan tugas bagi memastikan perjalanan mesyuarat lancar. "Tapi anda harus ingat bahawa semua usul yang saya terima hanya daripada pembangkang," katanya. Jelas beliau, jika ada usul yang dikemukan pihak kerajaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, beliau akan tetap melakukan perkara yang sama. "Kalau pihak penyokong kerajaan juga ada usul yang tak memenuhi syarat, saya akan tolak juga," katanya.
[Nampaknya bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin dah tak Mulia lagi apabila menghalang Karpal membangkitkan usul itu di parlimen. Apakah ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya bukanlah seorang yang "demokrasi". Banyak tindakannya lebih memihak kepada pihak pemerintah. Jika ini terus berlaku, maka sememangnya beliau tidak layak lagi untuk menjadi "orang tengah" dalam mengendalikan persidangan Dewan Rakyat dalam parlimen Malaysia. Lebih baik beliau mengundur diri secara terhormat daripada terus dikeji dan integritinya terus dipertikaikan!].

Wednesday, November 12, 2008

HALANG PAS AMBIL ALIH MASJID

Oleh: Mokhtar Petah
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Taib meminta masyarakat Islam termasuk semua ahli UMNO, di negeri itu supaya menghalang PAS daripa mengambil alih masjid-masjid itu sebagai wadah politik akar umbi dengan mengambil alih pengurusan masjid.
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bekas menantu Sultan Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya itu, berkata, bahawa beliau dimaklumkan bahawa PAS parti dalam Pakatan Rakyat (PR) telah menghantar wakil mereka untuk menyelinap masuk dalam pengurusan masjid.
Saya telah meneliti kata- kata bekas Menteri Besar Selangor itu, bahawa beliau adalah seorang pemimpin peringkat negeri tebal rasa dengkinya kepada perjuangan Islam, kental taksubnya terhadap asobiah sempit dan menampakkan beliau jahil tentang pegangan politik PAS dan kedaulatan atau kuasa Sultan Selangor ke atas semua masjid di negeri itu.
SUPER POWER
Masjid tertakluk di bawah agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor. Perlembagaan telah menentukan, bahawa sultan di negeri-negeri dalam Malaysia adalah mengetuai majlis tersebut. Ertinya bukan UMNO. Pada masa ini PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), maka tidak ada salahnya PAS menyertai atau meresap masuk dalam pengurusan masjid.
Di sinilah saya melihat Muhammad Taib yang seolah-olah menegakkan super powernya itu mahu menghalang orang Islam dari PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut.
Adakah orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid di negeri tersebut berlawanan dengan agama Islam dan Perlembagaan Negeri Selangor? Muhammad Taib patut menginsafkan diri, bahasa orang PAS dan orang UMNO adalah orang Islam lagi mukmin.
Jika Muhammad Taib menghalang penyertaan orang PAS dalam pengurusan masjid di Selangor, bererti beliau mencuba untuk memecah belahkan umat Islam di negeri itu. Kalau pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., beliau termasuk dalam golongan Abdullah Ibni Ubai yang sering menghalang orang-orang dan Muhajirin dan Ansar menyertai jemaah masjid-masjid di seluruh Yathrib atau Madinah.
LEBIH BERKUASA
Pada zaman itu golongan Ibu Musa (pemimpin orang-orang munafik yang tinggal di Syam) dan Abdullah Ibni Ubai telah membina sebuah masjid dhirar - huruhara atau memecah belah, di Yatrib (Madinah) seperti jelaskan Allah dalam Quran:
Dan mereka (orang - orang munafik) yang membina masjid Dhirar hendak memecah bekahkan orang - orang yang beriman dan kerana menyambut orang - orang dari sejak dulutelah memerangi Allah dan Rasul-Nya.Dan sesuangguhnya mereka telah bersumpah: Kami hanya hendakkan kebaikan. Dan Allah menjadi saksi, bahawa sesungguhnya mereka itu para pendusta. Jangan kamu berdiri (sembahyang) dalam masjid itu selama- lamanya. –
At Taubah:107, 108.
Apakah Muhammad Taib mahu menjadi orang dalam golongan tersebut dengan menghalang orang-orang PAS menyertai pengurusan masjid-masjid di Selangor?
Apakah Muhammad Taib dan UMNO lebih berkuasa dari Sultan Selangor? Rakyat Selangor mungkin tidak lupa, bahawa pada masa Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah dimurka oleh Sultan Selangor, Al Marhum Sultan Salahuddin Aziz kerana berkahwin dengan puteri Baginda dengan tidak diketahui oleh Baginda, di luar Selangor.
Saya fikir, Datuk Abdullah Ahmad Badawi yang faham ilmu Islam, mufti dan para ulama Selangor tidak menyebelahi Muhammad Taib kerana pendapat beliau hampir benar dengan pendapat Abdullah Ibni Ubai.
MEMECAH BELAH
Kalau hendak diambil kira, perjuangan PAS yang mempertahankan Islam dan mahu menegakkan negara Islam di bumi ini lebih baik dari parti yang diperjuangkan oleh Muhammad Taib. Tetapi kerana parti itu semua ahlinya orang Melayu dan Islam (di Semenanjung), saya kira kerjasama ahli-ahli parti itu dengan UMNO amat baik bagi dan ini saya kira tidak ditolak oleh orang-orang yang hatinya ikhlas dan jujur sesama umat Islam.
Muhammad Taib boleh berjuang dalam partinya dan boleh naik ke puncak sehingga ke kerusi Timbalan Perdana Menteri, tetapi fikir-fikir secara orang mukmin, jangan memecah belahkan orang Islam kerana perjuangan politiknya.
Percayalah, Allah melaknat manusia yang memecah-belahkan umat Islam! Sebenarnya Muhammad Taib kini, adalah seorang yang sedang bernafsu hendak menjadi pemimpin - Timbalan Presiden UMNO dan mungkin Timbalan Perdana Menteri,maka apa sahaja boleh mendapat publisiti, maka beliau lakukan.

Tuesday, November 11, 2008


Monday, November 10, 2008

Keputusan Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2
Isnin 10 November 2008 - Keputusan terhadap Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 yang dijadualkan pada hari ini (10 Nov 08) telah tertunda lagi ekoran daripada KEGAGALAN semua pihak Defendan iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Bumi Circle untuk menghadirkan diri mereka di Kamar Hakim seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.Ini adalah penangguhan kali kedua bagi Kumpulan 2 dan 3 sejak penundaan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".Pihak Defendan memberikan alasan (apabila dimaklumkan oleh Peguam Pembeli) bahawa mereka tidak menyedari tarikh menentukan Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini berlangsung pada hari ini iaitu 10 November 2008. Namun begitu, kita menyakini bahawa pihak Defendan tidak dapat menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tujuan Pengurusan Kes. Atau pihak Defendan GAGAL menyediakan hujah-hujah mereka untuk menolak tuntutan Pembeli Desa Kerayong Indah di dalam dokumentasi yang lengkap. Ini adalah kerana YA Hakim boleh membuat penghakiman terus pada hari ini sekiranya dokumentasi mereka adalah tidak cukup kuat (baik) untuk menghadapi perbicaraan sebenar nanti.Walaubagaimanapun, Peguam kita yang memasuki kamar Hakim sendirian telah membuat aduan kepada YA Hakim terhadap 2 kali penundaan ini. Oleh itu, YA Hakim telah menetapkan Penetapan Tarikh Sebutan Kes yang akan datang adalah pada 16 Februari 2009 nanti. Pihak Defendan adalah dimestikan untuk "compile" kesemua dokumentasi mereka untuk Pengurusan Kes bagi YA Hakim menentukan samada perlunya perbicaraan atau terus menmbuat penghakiman. Jika masih ENGKAR, YA Hakim akan membuat penghakiman terus terhadap kes tuntutan kita ini.Wassalam.

Bagaimana Menjaga Peribadi Sebagai Ahli atau Pemimpin

Monday, November 10, 2008

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan
Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,A. Muraqabah dengan Allah SWTSemua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.Caranya:-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RABermaksud“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”B. Qudwah hasanahSuri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.Firman Allah SWT“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)Caranya:-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan dating.-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.by DUN LEMBAH JAYA

Monday, November 10, 2008

KEM CUTI SEKOLAH

Mempersilakan Tuan/Puan untuk memenuhkan musim cuti remaja dengan"Kem Bestari Solat keArah Bina Insan Bertaqwa"KONSEP BERASRAMA DAN SEPENUH MASA BERIBDAT TARBIAH ISLAM AM UNTUK REMAJA(UMUR: 10 TAHUN HINGGA 15 TAHUN)ASRAMA DI SEDIAKAN TERMASUK MAKAN MINUMPROGRAM
- Qiamullail
- Bimbingan Solat, Latihan Azan/Iqqamat/Jadi Imam
- Sessi kaunseling
- Asas Fardu Ain
- Kisah Anbia
- Tajwid Al Quran
- Tafsir Al Quran
- Sunnah Nabi Matalamat:
1. Menanam ruh solat dan pengaruh dalam kehidupan harian
2. Meninggkat kan insan robanniTarikh: 28 November 2008 hingga 30 November, 2008Tempat:Darul Quran, Bandar Sunway,Selangor No. 14A, Jalan PJS 10/32Bandar Sri Subang 46000 Petaling Jaya(Belakang Masjid Bandar Sunway bertentangan dengan Sunway Lagoon) Yuran:RM 120.00 (Makan,Minum,Nota dll)Untuk maklumat lanjut sila hubungi:- Ustaz Ismail Tel: 012-3617494,019-2662771- Ustaz Nik Tel: 016-3558053, 012-2219811

Thursday, November 6, 2008

Imbas kembali Kes Flat Sri Cempaka

Tuesday, 21 October 2008
SHAH ALAM, 21 Okt (Hrkh) - Pemberhentian kerja-kerja membaik pulih kerosakan pangsapuri Seri Cempaka, Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah berlaku sejak tahun 2004 dan bukan dihentikan setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor.
Demikian penjelasan Exco Perumahan, Pembangunan Bandar dan Setinggan, Iskandar Ab Samad ketika menjawab soalan lisan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali).
Katanya, walaupun masalah yang berlaku di Seri Cempaka telah dibangkitkan dalam sidang lalu namun gambaran yang diberikan oleh Batang Kali mengenai kerosakan pangsapuri itu seolah-olah berlaku selepas pilihan raya 8 Mac.
"Hakikatnya kerosakan itu berlaku sejak tahun 2004 setelah didesak oleh penduduk pada 13 Ogos 2007 Menteri Besar ketika itu (Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk dengan mengambil tanah pemaju untuk membiayai kos membaikpulih," tegasnya.
Berhubung masalah rumah yang terbengkalai katanya, kerajaan Negeri sedang berusaha membawa masuk aktiviti ekonomi untuk membangunkan kawasan tersebut.
Katanya, terdapat juga pemaju yang mempunyai tanah di kawasan itu yang mahu menukar syarat guna tanah mereka daripada kediaman pada industri perusahaan.
Kerajaan juga sedang berusaha menarik institusi pengajian tinggi ke kawasan tersebut dan kerajaan telah mengadakan hubungan dengan sebuah IPT yang mahu membuka cawangan dan memerlukan 700 hektar tanah, katanya.
Seterusnya tambah beliau, mengusahakan lot-lot kediaman, unit perniagaan disewakan secara borong dan ada satu cadangan untuk dijadikan asrama pekerja.
Beliau menjelaskan, Majlis Daerah Hulu Selangor telah meluluskan beberapa projek seperti pembinaan sekolah rendah di Bukit Beruntung Satu, pembinaan sekolah menengah di Bukit Sentosa Dua dan pembinaan sekolah agama di Bukit Sentosa Tiga.
Katanya, pada asal kawasan Bukit Beruntong, Bukit Sentosa digelar 'The New Subang Jaya' atau 'The Second PJ' dan diuar-uarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditempatkan di situ.
Bagaimanapun, projek itu tidak dijalankan kerana kawasan tersebut menghadapi masalah. - lanh

Tuesday, November 4, 2008

BPR ASYIK BUKA SIASATAN JE !

NILAI: Tumpuan terhadap isu dakwaan ‘unsur-unsur tidak sihat’ dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi mengantikan Nuri semakin luas dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengumumumkan ia sudah mula membuka kertas siasatan berhubung isu itu. Siasatan tersebut dibuat berikutan kritikan sesetengah pihak mengenai harganya yang terlalu mahal dan didakwa dipengaruhi pihak tertentu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahamd Said Hamdan berkata, kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini. “Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan,” katanya. Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah. “Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu,” katanya lagi. Bernama
.
Komen 1
[Apakah BPR akan telus dalam kes ini? Sedangkan sebelum ini sudah "bertimbun-timbun" laporan polis dibuat terhadap pemimpin kerajaan perihal isu rasuah ini. kita takut BPR hanya akan melengkapkan siasatan pihak PAC tentang hal ini. Maknanya BPR turut akan mengeluarkan kenyataan nanti bahawa proses rundingan dan pembelian itu dibuat secara telus dan tiada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Sebab kita tahu, bahawa BPR hanya "rakus" menjalankan siasatan jika ia melibatkan pemimpin pembangkang semata-mata. Lihat sahaja apa yang berlaku di Perak baru-baru ini. Habis dilondehkan pemimpin terbabit perihal isu rasuah yang "entah ya entahkan tidak" itu. Bagaimana dengan pemimpin dari negeri lain, terutamanya MB Pahang yang ternyata banyak laporan polis beliau terlibat dengan rasuah. Apa berlaku? laporan tersebut "dikapankan" begitu sahaja].
Komen2
soalnya, beranikah bpr nie menyoalsiasat kes2 yg membabitkan pm atau tpm? kalau setakat buka kertas siasatan, tak mainlah. kita nak dengar pm atau tpm disiasat & hasil siasatan tu dumumkan secara terbuka, macam yg berlaku kat ehurt olmert kat israel tu. aku masih belum yakinlah dgn keupayaan bpr atau polis kita menyiasat kes2 berprofil tinggi nie…