Sahabat Intim Blog Ini

Wednesday, November 19, 2008

MAHKAMAH MALAYSIA PENUH KEAJAIBAN ?

KEENGGANAN PENDAKWA RAYU KES RAZAK BAGINDA, TIMBULKAN TANDATANYA ? ~ Ref Malaysiakini
Jarang sekali pihak pendakwa tidak membuat rayuan kepada keputusan Hakim jika orang didakwa tidak dipanggil membela diri. Tetapi inilah yang berlaku terhadap kes mahkamah Altantuya di mana salah seorang tertuduh dilepaskan dan pendakwa tidak membawa rayuan.Sikap Pendakwa ini menguatkan lagi kesangsian keluarga mangsa dan rakyat Malaysia bahawa sesuatu yang tidak kena terhadap perbicaraan kes Altantuya ini.Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini meminta Jabatan Peguam Negara memberikan alasan yang konkrit berhubung keputusan mereka tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan."Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan)."Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.Saya setuju dengan pandangan YB Gobind Singh ini. Pihak mesti memberikan justifikasi secara lengkap mengapa pihak tidak mahu membuat rayuan. Kita tidak mahu institusi kehakiman kita diragui oleh rakyat malah oleh masyarakat antarabangsa.Jika sistem kehakiman kita mula diragui saya bimbang ianya akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara apabila pelabur luar dan pelancong takut untuk melabur dan melancong ke negara. Mungkin mereka merasakan institusi kehakiman kita hanya seringkali menyebelahi rakyat negara kita dalam kes-kes yang melibatkan orang luar.

No comments: