Sahabat Intim Blog Ini

Tuesday, November 11, 2008


Monday, November 10, 2008

Keputusan Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2
Isnin 10 November 2008 - Keputusan terhadap Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 yang dijadualkan pada hari ini (10 Nov 08) telah tertunda lagi ekoran daripada KEGAGALAN semua pihak Defendan iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Bumi Circle untuk menghadirkan diri mereka di Kamar Hakim seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.Ini adalah penangguhan kali kedua bagi Kumpulan 2 dan 3 sejak penundaan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".Pihak Defendan memberikan alasan (apabila dimaklumkan oleh Peguam Pembeli) bahawa mereka tidak menyedari tarikh menentukan Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini berlangsung pada hari ini iaitu 10 November 2008. Namun begitu, kita menyakini bahawa pihak Defendan tidak dapat menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tujuan Pengurusan Kes. Atau pihak Defendan GAGAL menyediakan hujah-hujah mereka untuk menolak tuntutan Pembeli Desa Kerayong Indah di dalam dokumentasi yang lengkap. Ini adalah kerana YA Hakim boleh membuat penghakiman terus pada hari ini sekiranya dokumentasi mereka adalah tidak cukup kuat (baik) untuk menghadapi perbicaraan sebenar nanti.Walaubagaimanapun, Peguam kita yang memasuki kamar Hakim sendirian telah membuat aduan kepada YA Hakim terhadap 2 kali penundaan ini. Oleh itu, YA Hakim telah menetapkan Penetapan Tarikh Sebutan Kes yang akan datang adalah pada 16 Februari 2009 nanti. Pihak Defendan adalah dimestikan untuk "compile" kesemua dokumentasi mereka untuk Pengurusan Kes bagi YA Hakim menentukan samada perlunya perbicaraan atau terus menmbuat penghakiman. Jika masih ENGKAR, YA Hakim akan membuat penghakiman terus terhadap kes tuntutan kita ini.Wassalam.

No comments: