Sahabat Intim Blog Ini

Thursday, November 6, 2008

Imbas kembali Kes Flat Sri Cempaka

Tuesday, 21 October 2008
SHAH ALAM, 21 Okt (Hrkh) - Pemberhentian kerja-kerja membaik pulih kerosakan pangsapuri Seri Cempaka, Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah berlaku sejak tahun 2004 dan bukan dihentikan setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor.
Demikian penjelasan Exco Perumahan, Pembangunan Bandar dan Setinggan, Iskandar Ab Samad ketika menjawab soalan lisan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali).
Katanya, walaupun masalah yang berlaku di Seri Cempaka telah dibangkitkan dalam sidang lalu namun gambaran yang diberikan oleh Batang Kali mengenai kerosakan pangsapuri itu seolah-olah berlaku selepas pilihan raya 8 Mac.
"Hakikatnya kerosakan itu berlaku sejak tahun 2004 setelah didesak oleh penduduk pada 13 Ogos 2007 Menteri Besar ketika itu (Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk dengan mengambil tanah pemaju untuk membiayai kos membaikpulih," tegasnya.
Berhubung masalah rumah yang terbengkalai katanya, kerajaan Negeri sedang berusaha membawa masuk aktiviti ekonomi untuk membangunkan kawasan tersebut.
Katanya, terdapat juga pemaju yang mempunyai tanah di kawasan itu yang mahu menukar syarat guna tanah mereka daripada kediaman pada industri perusahaan.
Kerajaan juga sedang berusaha menarik institusi pengajian tinggi ke kawasan tersebut dan kerajaan telah mengadakan hubungan dengan sebuah IPT yang mahu membuka cawangan dan memerlukan 700 hektar tanah, katanya.
Seterusnya tambah beliau, mengusahakan lot-lot kediaman, unit perniagaan disewakan secara borong dan ada satu cadangan untuk dijadikan asrama pekerja.
Beliau menjelaskan, Majlis Daerah Hulu Selangor telah meluluskan beberapa projek seperti pembinaan sekolah rendah di Bukit Beruntung Satu, pembinaan sekolah menengah di Bukit Sentosa Dua dan pembinaan sekolah agama di Bukit Sentosa Tiga.
Katanya, pada asal kawasan Bukit Beruntong, Bukit Sentosa digelar 'The New Subang Jaya' atau 'The Second PJ' dan diuar-uarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditempatkan di situ.
Bagaimanapun, projek itu tidak dijalankan kerana kawasan tersebut menghadapi masalah. - lanh

No comments: