Sahabat Intim Blog Ini

Saturday, November 15, 2008

Anak Selangor dpt bantuan kewangan , pendidikan dan insuran

Anak Selangor diberi bantuan kewangan pendidikan, insurans

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Kerajaan Selangor akan memberi perlindungan insurans kepada setiap anak kelahiran negeri itu sehingga berusia 18 tahun di samping memastikan mereka mendapat RM1,500 pada usia tersebut untuk membiayai pembelajaran kelak.
Selain memberi insurans Tabung Warisan Anak Selangor atau Tawas turut menghadiahkan RM100 kepada anak yang baru lahir di negeri itu.
Kerajaan negeri juga melancarkan skim hadiah anak masuk universiti bernilai RM1,000 khususnya kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha itu sebagai membantu golongan berpendapatan rendah mengurangi beban kos pengajian tinggi anak mereka.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (Unisel) yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai hari ini.
Beliau berkata, bidang pendidikan bukanlah satu pintu utama yang menjanjikan kekayaan tetapi ia merupakan pintu kepada peluang kejayaan besar.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi individu atau singkatannya 'Spise'.
"Apabila individu mempunyai keseimbangan antara lima elemen ini saya percaya beliau lebih mampu bertindak berteraskan ketelusan dan keadilan untuk kebjikan rakyat," katanya.
Seramai 1,600 graduan menerima diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang masing-masing yang disampaikan oleh Canselor Unisel

No comments: