Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, November 30, 2008

HAK ORANG ASLI DIPINGGIRKAN DI PAHANG?

"Harap tuan/puan beri respon terhadap isu ini :Kes tanah: Orang Asli mohon semakan kehakiman
TEMERLOH 28 Nov. - Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Buan, Rompin hari ini memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman berhubung kelulusan pembangunan tanah seluas 407.3 hektar di kampung itu untuk dijadikan ladang kelapa sawit.
Penduduk kampung tersebut yang diwakili oleh Batin Majid Jaafar, Jentong Duka dan Rusman Imat memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Rama-Rozi & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Beliau diiringi kira-kira 40 penduduk kampung itu.
Mereka menamakan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, kerajaan Negeri Pahang, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) itu.
Mereka memohon perintah membatalkan keputusan kerajaan negeri Pahang yang meluluskan pembangunan sebahagian tanah di kampung itu kepada TH Plantations Berhad untuk dijadikan ladang kelapa sawit melalui notis pengosongan tanah oleh kontraktor Ambang Saujana Resources Sdn. Bhd. pada 1 November lalu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa mereka adalah pemegang-pemegang hak milik adat Orang Asli dan pemegang-pemegang hak milik adat komuniti Orang Asli di tempat berkenaan.
Selain itu, mereka menuntut satu deklarasi bahawa hak-hak tanah mereka ke atas tempat yang diduduki itu tidak dimusnahkan, disekat atau dilenyapkan dengan tindakan kerajaan negeri Pahang malah mendakwa ia sepatutnya dilindungi oleh responden.
Selain itu, mereka memohon deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan kerajaan Malaysia untuk mengambil semua langkah yang perlu dalam membolehkan kerajaan negeri mewartakan tempat tersebut sebagai rizab Orang Asli, adalah satu pelanggaran kewajipan perlembagaan, statutori dan fidusiari.
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dengan jumlah kerugian ditaksirkan mengikut peraturan-peraturan mahkamah berikutan kerosakan yang disebabkan kerja-kerja pembersihan tanah terbabit.
Mereka juga menuntut kos dan lain-lain relif yang dianggap patut oleh mahkamah

No comments: