Sahabat Intim Blog Ini

Sunday, November 16, 2008

Majlis Ihtifal Pasti Zon Bkt Beruntung/Bkt Sentosa


Pagi tadi telah berlangsung majlis Ihtifal anak-anak Pasti di sekitar Bkt Beruntung dan Bkt Sentosa, yang membabitkan tiga buah pasti, iaitu Pasti Al-Faizin, Pasti Al-Fatini dan Pasti Ummi Sham yang telah di adakan di dewan sekolah agama Taufik Hidayah Bkt Sentosa. Program ini telah di rasmikan oleh saudara Mohd Yusuf Abd Rahman iaitu salah seorang ahli majlis kawasan Hulu Selangor merangkap Ketua Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).
Majlis tersebut telah di mulakan dengan pembacaan ayat-ayat suci AlQuran oleh seorang bekas pelajar pasti iaitu adik Hafizuddin Bin Mohd Sakri, serta telah diserikan dengan persembahan dari anak-anak pasti yang telah menamatkan persekolahan mereka baru-baru ini, seperti acara nasyid berkumpulan dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris, bercerita dan bersajak, serta diselang-selikan dengan acara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.
Acara yang paling menarik yang dapat disaksikan oleh para ibubapa dan guru-guru serta hadirin ialah acara mendeklamasikan sajak yang telah di bacakan oleh dua orang pelajar iaitu adik Mohd Daniel Bambang Suhartono dari Pasti Ummi Sham dan adik Nuralia Sabrina Bt Khairul Salleh dari Pasti Al-Faizin. Kedua-dua adik ini merupakan johan acara mendeklamasikan sajak peringkat kebangsaan anak-anak pasti yang diadakan di negeri Kedah baru-baru ini.
Syabas kita ucapkan kepada guru ketiga-tiga pasti ini, yang telah bertungkus-lumus dalam menbimbing anak-anak pasti dengan jujur dan ikhlas, demi melihat anak-anak bangsa terdidik dengan ilmu pengetahuan yang merangkumi keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan ibubapa di sekitar Bkt Beruntung dan Bkt Sentosa, ketiga-tiga pasti ini sekarang telah membuka pendaftaran untuk anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6tahun untuk pengajian sessi 2009.

No comments: